Raih Untung Lumayan Masa PKP, MAYA KARIN Bakal Sambung Jual Burger Bakar!

Rezeki Maya Karin! Siapa sangka, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020 membuka ‘pintu rezeki’ baharu buat aktres jelita ini. Kreatif menjana pendapatan pada saat golongan artis berdepan detik sukar kerana tiada tawaran seni disebabkan penularan Covid-19, Maya meraih untung luar biasa apabila berniaga burger bakar keluarannya ketika itu.

Ditemui media baru-baru ini, Maya Karin berkata dia bakal menyambung semula perniagaan makanan burger bakar pada hujung tahun ini.

Ia merupakan bisnes yang diusahakan milik bintang filem Puntianak Harum Sundal Malam tersebut ketika pandemik Covid-19 melanda negara kira-kira dua tahun lalu.

Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke memberitahu hasrat untuk membuka kembali bisnes berkenaan kerana permintaan pembeli yang menggemari burger istimewanya itu.

Penjualan burger bakar dihentikan ketika ia semakin dikenali dan mendapat sambutan menggalakkan.

Malah, waktu itu Maya turut merancang membuka cawangan kedua namun tidak dapat direalisasikan atas sebab tertentu.

Ujarnya, “Ya, saya berharap dalam hujung tahun ini mungkin akan mulakan kembali perniagaan burger bakar. Sebelum ini saya berehat kejap sebab nak susun perancangan yang lebih rapi.

Pada mulanya sekadar main-main sahaja tetapi secara tiba-tiba mendapat sambutan meletup pula. Tak sangka sebab hanya buat sekadar hobi.

Ramai yang bertanya dan minta untuk teruskan perniagaan ini sampai ada yang nak tawarkan ruang meniaga percuma.”

Maya turut menjelaskan sepanjang mengusahakan bisnes tersebut dia meraih pulangan lumayan.

Dalam sehari, dia menerima 200 hingga 300 tempahan daripada seorang pelanggan. Untuk itu, dia perlu rancang bisnes ini sebaik-baiknya demi memastikan kualiti burger bakar.

IKLAN
Share