Raja Permaisuri Agong Berkenan Berangkat Ke Majlis Khatam Al-Quran, Disertai Pegawai & Kakitangan Istana

KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran di Surau Utama Istana Negara pada 4 April 2023.

Majlis Khatam Al-Quran tersebut dipimpin oleh Penolong Pegawai Agama Istana Negara Ustaz Mohd Zuhairee bin Mohd Yatim.

Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan cenderakenangan kepada semua peserta khatam Al-Quran yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Istana Negara.

 

Turut hadir Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Mejar Jeneral Dato’ Zahari Mohd Ariffin, Datuk Paduka Maharaja Lela Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini dan Pegawai Agama Istana Negara Datuk Munir Md Salleh.

 

Sumber: Instagram Istana Negara

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona

 

IKLAN
Share