KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran di Surau Utama Istana Negara pada 4 April 2023.
Majlis Khatam Al-Quran tersebut dipimpin oleh Penolong Pegawai Agama Istana Negara Ustaz Mohd Zuhairee bin Mohd Yatim.
Ads
Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan cenderakenangan kepada semua peserta khatam Al-Quran yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Istana Negara.
Ads
Turut hadir Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Mejar Jeneral Dato’ Zahari Mohd Ariffin, Datuk Paduka Maharaja Lela Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini dan Pegawai Agama Istana Negara Datuk Munir Md Salleh.
Ads
Sumber: Instagram Istana Negara
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lagi dua minggu program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) bakal melabuhkan tirainya. Pasti ramai yang merindukan juri tetap yang kekal cantik & bertenaga ini.
Aksi lucu dan komen bernas daripada Hetty Koes Endang yang mesra disapa dengan panggilan Bonda sentiasa dinanti-nantikan oleh peminatnya. Selain itu, penghibur legenda Indonesia ini sering ‘belanja’ lagu-lagu popularnya dalam program yang dihoskan Nabil Ahmad bersama Jihan Muse ini.
Hetty Koes Endang turut bergandingan dengan dua orang juri tetap mengadili peserta selama 10 minggu program berlangsung iaitu pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS dan guru vokal berpengalaman, Datuk Syafinaz Selamat.
Melihat telatah ibu kepada empat orang anak ini mungkin sikap positif dan kasih sayang serta restu daripada suami tercinta yang membuatkan Hetty Koes Endang kekal cantik & bertenaga.
“Harus selalu happy dan optimis langkahkan kaki mu terus ke depan dengan yakin, jangan selalu menoleh ke belakang,” tulis Hetty Koes Endang dalam laman media sosial milik peribadinya.
Wanita yang suka ketawa ini juga beruntung kerana suaminya Dr. Yusuf Erwin Faisal sering menemani di saat terikat dengan tanggungjawab kariernya. 30 tahun melayari bahtera rumah tangga, pasangan ini sesungguhnya kelihatan benar-benar romantis.
“Assalamualaikum. Salam sihat, salam bahagia, salam sejahtera untuk semua sahabat bunda. Allhamdulillah papa selalu mendampingi bunda di saat bunda di back stage maupun saat bertugas menjadi Juri. Doakan bunda dan papa sihat-sihat ya,” tulisnya.
Selama menetap di Kuala Lumpur untuk program Gegar Vaganza sudah tentu Hetty Koes Endang merindui cucu sulungnya. Ia boleh dilihat apabila nenek kepada Arlo Astrodistira Arsanda ini kerap memuat turun gambar cucu kesayangan di ruang media sosialnya.
Anak perempuan Hetty Koes Endang, Afifah Qomariah Yusuf telah selamat melahirkan anak lelaki pada 11 Ogos 2021 dengan berat 3.11 kilogram.
Afifah dan suaminya, Faldo Arsanda berkahwin pada 21 November 2020 di Jakarta dengan sekali lafaz. Sebelum itu pasangan sama cantik sama padan ini telah bertunang sekitar bulan Jun 2020.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak kahwin dan bergelar ibu, makin cantik berseri-seri Mira Filzah! Bukan saja kehidupan peribadi bertambah bahagia dengan kehadiran suami penyayang dan anak comel, bahkan Mira bertuah kerana kerjayanya kian bersinar dan berkembang maju.
Tahun ini sahaja Mira melakar satu lagi pencapaian apabila berjaya mempunyai jenama tudung sendiri dan menjadi wajah Swarovski. Malah, dia juga berpeluang menjalin kolaborasi bersama jenama muslimah terkenal Indonesia, Buttonscarves!
Isteri Wan Emir Astar ini juga kembali aktif mewarnai dunia lakonan selepas kelahiran anak sulungnya. Walau sudah berumah tangga dan mempunyai anak, populariti Mira masih utuh dan diterima ramai.
Buktinya, dia diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai duta bagi pelbagai produk. Antaranya Secret Recipe dan Coway.
Tidak ketinggalan, wanita cantik kelahiran Perak ini merupakan pengasas Luna. Murah rezeki Mira Filzah!
Bersandarkan kejayaan Mira dalam kerjaya dan kecemerlangannya dalam bidang akademik di universiti, dia menerima jemputan daripada institusi pendidikan awam ternama negara, Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 20 Mei lepas.
Kongsi Mira, “Assalamualaikum UiTM. Saya kembali sebagai Alumni jemputan untuk Istiadat Konvokesyen UiTM ke 96.”
Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman ialah graduan Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian Perniagaan Antarabangsa UiTM yang tamat graduasi pada tahun 2016.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rezeki dapat ibu mertua yang baik, bukan semua menantu dapat rasa. Apatah lagi kalau dapat yang memahami dan menjadi tempat meluahkan perasaan. Seperti Puteri Sarah Liyana, selebriti cantik ini bertuah selalu dapat berdampingan dengan keluarga mertuanya termasuk ibu, Datin Patimah Ismail.
Isteri kepada penerbit terkemuka, Datuk Yusof Haslam ini merupakan ibu kepada Shamsul Yusof, Nurshamin Yusof dan Syafiq Yusof. Ketika kemelut rumah tangga membabitkan anaknya dan Puteri Sarah Liyana hangat diperkatakan, wanita kelahiran Gelugor, Pulau Pinang itu bertindak matang dengan tidak merumitkan keadaan.
Sering terlihat, Datin Patimah dan suami hadir menyatakan sokongan mereka kepada menantu, Puteri Sarah Liyana. Malah sempat juga melapangkan masa untuk makan tengah hari bersama-sama baru-baru ini…
“Lunch bersama menantu saya, isteri Shamsul Yusof, alhamdulillah.” Datin Patimah
Di ruangan komen, Puteri Sarah turut dilihat membalas muat naik tersebut meluahkan rasa sayang terhadap ibu mentuanya yang dipanggil Mama.
Perkongsian Datin Fatimah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji hubungan baik Puteri Sarah dengan ibu mertua meskipun sedang berdepan kemelut rumah tangga.
Terdahulu, Puteri Sarah mengambil tindakan undang-undang terhadap orang ketiga yang mengganggu rumah tangga dan kehidupannya sejak 2019.
Berusia 37 tahun, Puteri Sarah yang dilahirkan di London, England mendirikan rumah tangga dengan Shamsul Yusof pada 8 Mac 2014. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.
Meskipun tertekan dengan keadaan yang berlaku, beliau tetap fokus pada kerjaya serta perniagaan yang diusahakan.
“Alhamdulillah, selepas buat come back rezeki saya tak pernah putus. Dalam kesibukan saya itu, saya sempat curi masa untuk pergi ke gimnasium. Saya menyertai kelas kickboxing untuk kelihatan fit dan stamina.
Selain itu setiap hari Jumaat saya akan menyertai kelas usrah,” kongsi Puteri Sarah yang juga merupakan Pengasas Shara Cosmetics & Skincare.
REZEKI
Ibu bapa mertua merupakan orang yang berpengaruh besar dalam rumah tangga seseorang. Tanpa persefahaman, hubungan mertua dan menantu boleh terjejas contohnya jika mertua menuntut sesuatu di luar kemampuan atau memaksa menantu mengikut keinginannya.
Sebagai seorang menantu, kita selalu berdoa agar Tuhan menemukan dengan seorang lagi ibu yang boleh menjadi tempat bercerita, berkongsi rasa dan menumpang kasih seperti darah daging sendiri. Seorang wanita yang tidak membuat kita kekok dan menerima kita seadanya.
Didoakan semoga Puteri Sarah Liyana bertemu penyelesaian terbaik untuk kehidupan mereka seisi keluarga. Bertuah ada ibu mertua macam Datin Patimah, bukan semua orang dapat!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampaknya Didie Alias bakal menerima seorang lagi menantu. Ini selepas anak perempuan kesayangan iaitu Nur Dayini Ahza selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan, Tholhah Othman pada 7 Februari lepas.