KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj memang terkenal kehebatan memasak di dapur.
Selain memasak, kegemaran Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah pada masa lapang ialah membaca, menjahit, bermain golf dan paling utama menjaga dan bermain-main dengan Paduka-paduka Anakanda serta berbakat dalam bidang penulisan.
Foto: Instagram @istana_negara
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah telah menghasilkan sebuah buku masakan yang bertajuk “Air Tangan Tengku Puan Pahang”. Buku masakan ini telah diterbitkan dan seterusnya dilancarkan pada Mac 2005. Sehingga kini penjualan buku tersebut masih lagi dijalankan dan hasilnya disalurkan terus ke Tunku Azizah Fertility Foundation (TAFF).
Ads
Foto: Facebook Istana Negara
Melalui laman Instagram @airtangan_tunkuazizah, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah telah berkongsi tentang buku resipi milik peribadi Baginda. “Mengemas kinikan resepi secret saya, tulis semula untuk anak dara saya Afzan dan Jihan. Ada 500 resipi saya kena tulis semula. Banyak kerja kan! Doakan saya dapat selesaikan dangan cepat!,” tulis Baginda.
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah pernah bertitah, “No matter who you are, who you are married to, regardless of race, wealth, religion or creed, you are still a wife. It is our duty to serve our husband and family, and I rather quite enjoy it! Serve with love,” titah Raja Permaisuri Agong.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pertama kali mengenali wanita cantik ini adalah ketika sesi fotografi kira-kira tujuh tahun lalu. Disifatkan seorang yang mudah mesra dan manja, Datin Nina Sabrina Datuk Seri Ismail Sabri cukup beruntung kerana selain dikurniakan rupa paras cantik, beliau juga mampu membuatkan sesiapa saja tertawan dengan pesona dirinya. Walau berstatus anak kepada menteri dan isteri pereka fesyen ternama negara, Datuk Jovian Mandagie namun Datin Nina bijak menyusun tutur kata dan cukup menyenangkan.
Sehingga ke hari ini pun keramahan anak Menteri Kanan Keselamatan ini sewaktu menjalani penggambaran Nona Edisi Platinum 3 Dekad pada tahun 2013 yang lalu masih segar di ingatan. Dalam kelembutan tingkah laku dan bicara, Datin Nina juga sebenarnya seorang wanita yang bercita-cita tinggi dan berjiwa penyayang. Bahagia melayari alam rumah tangga di samping Datuk Jovian, perkahwinan mereka lebih bermakna sejak kehadiran puteri sulung, Jeanelle Nika Mandagie.
Melalui temu bual bersama Datin Nina pada tahun 2013, jelas mencerminkan siapa dirinya yang sebenar.
Karakter anda?
Saya sangat sukakan kanak-kanak dan pernah menjadi sukarelawan untuk menjaga kanak-kanak ketika masih menuntut di University of Queensland, Australia. Rasa kagum terhadap perwatakan seorang puteri yang memiliki sikap penyayang dan cantik menyebabkan saya gemar berpenampilan anggun dan menawan persis seorang puteri.
Mantera fesyen?
Oh, I love colorful and pastel fancy things! Saya gemar mengenakan gaya feminin dengan memakai gaun berbanding pants. Dalam bergaya tidak perlu mengenakan banyak aksesori kerana bagi saya, less is more.
Aktiviti di waktu senggang?
Membaca, memasak dan saya suka ‘Google’ bermacam-macam benda untuk tahu sesuatu perkara itu dengan lebih lanjut. Resipi masakan saya tentunya masakan tradisional seperti ayam masak merah dan sambal belacan. Tambahan pula, Jovian sangat sukakan masakan tersebut.
Sumber inspirasi anda dalam dunia fesyen.
Saya kagum dengan personaliti Olivia Palermo dan Kate Middleton yang kelihatan sangat bergaya dan classy.
Jenama kegemaran anda?
Untuk kasut, saya sukakan jenama Prada dan Salvatore Ferragamo. Bagi aksesori dan beg tangan pula, Chanel menjadi pilihan. Sementara busana, Jovian Mandagie.
Destinasi percutian idaman?
Beach! Apabila bercuti di pantai atau pulau, saya tidak perlu bermekap atau mengusung gajet-gajet canggih. Cukup menenangkan! Destinasi percutian pilihan saya tentunya
di Vanuatu Island, Bali, Phuket, Pulau Perhentian dan Pulau Tioman.
Individu paling anda kagumi?
Tentunya kedua ibu bapa saya. Saya begitu kagum dengan semangat papa terutama dalam urusan perniagaan. Beliau bijak menguruskan perniagaan dan komited dengan pekerjaan yang dilakukan. Sementara sikap rendah diri dan penyayang mama dalam mendidik kami adik-beradik dan menjaga keluarga menjadi contoh terbaik yang wajar diteladani.
Tatkala ditanya impian beliau tujuh tahun lepas, Datin Nona berkata beliau berhasrat untuk mengusahakan salun kecantikan rambut yang dikhaskan untuk golongan wanita berhijab. Tidak hanya pekerja salun bahkan pelanggan juga terdiri daripada kaum wanita sahaja di samping menggunakan hanya produk organik yang mendapat pengiktirafan sijil halal.
Kini, selepas hampir tujuh berlalu.. kakak kepada penyanyi Dafi ini membuktikan impiannya bukan angan-angan kosong. Kerana berkat kerja keras dan sokongan padu keluarga, Datin Nina berjaya mengusahakan salun yang diimpikan iaitu Capello by Nina di empat lokasi strategik iaitu Shah Alam, Bangi, Ampang dan Johor. Bahkan, beliau juga merupakan pemilik pusat asuhan kanak-kanak, Peterana Kindergarten. Luar biasa semangat yang ada dalam diri isteri Datuk Jovian ini.
Bergelar seorang ibu merupakan momen terindah dalam hidup seorang wanita. Namun, dalam masa yang sama terpaksa memikul tanggungjawab yang besar untuk membesarkan anak-anak tersayang.
Dalam situasi pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang sedang berlangsung ini mungkin ‘menguji’ peranan seorang ibu. Apatah lagi buat ibu yang terpaksa bekerja dari rumah dan minggu depan lebih mencabar lagi apabila perlu bergelut dengan kelas online anak-anak yang akan mula bersekolah.
YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menitipkan kata-kata semangat buat semua ibu. “To all the incredibly beautiful and strong mummies out there, I know that as mothers, we prioritise our children.
They are our heart and soul; our number ones. They simply come first no matter what. But we must also remember to take care of ourselves too. I am constantly reminding myself that I cannot pour from an empty cup,” coret isteri kepada YM Tengku Abu Bakar Ahmad bin Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah ini di laman media sosialnya.
Tengku Puteri Iman Afzan juga telah berkongsi 8 tip yang patut diamalkan oleh setiap wanita yang bergelar ibu;
Dalam pada itu, Tengku Puteri Iman bergiat aktif membantu kanak-kanak serta remaja kurang berkemampuan menerusi Yayasan J’Keb Malaysia (YJM). Selaku Penaung yayasan ini, Tengku Puteri Iman bertitah, “Saya berharap lebih ramai pihak yang prihatin akan tampil bersama-sama YJM dalam memperjuang dan memartabatkan nasib mereka ini,” titahnya.
YJM ditubuhkan bagi membantu menyediakan alternatif kepada anak dari institusi JKM yang sudah tamat tempoh perintah mahkamah, namun tiada atau dipinggirkan waris, selain tidak ada hala tuju dan tempat perlindungan.
Membeli-belah kini lebih mudah hanya di hujung jari saja.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nama Ashanty mungkin tidak begitu popular dalam kalangan peminat di Malaysia. Namun di negaranya, Ashanty mempunyai pengaruh tersendiri dan dikagumi peminat Indonesia. Ini terbukti apabila dia memiliki hampir 30 juta followers di Instagram.
Minat mendalam terhadap dunia seni dan nyanyian telah membawa Ashanty ke industri muzik Indonesia. Ashanty atau nama penuhnya Ashanty Siddik Hasnoputro dilahirkan di Jakarta pada 4 November 1984. Meniti usia 38 tahun, Ashanty bukan saja berstatus ibu malah sudah bergelar nenek sejak anak tirinya, Aurel Hermansyah melahirkan anak pada 22 Februari lepas.
Kelibat Ashanty mula menjadi perhatian sejak berkahwin dengan Anang Hermansyah yang merupakan bekas suami kepada penyanyi terkemuka Indonesia, Krisdayanti. Walau ibu tiri kepada Aurel tapi hubungan kedua-duanya sangat akrab.
Memetik laporan Palembang Tribunews, Ashanty bukan calang-calang wanita. Dia berasal dari keluarga bangsawan dan anak bongsu daripada lima beradik kepada pasangan Soejahjo Hasnoputro dan Farida Siddik.
Ibu Ashanty keturunan Arab-Perancis. Sementara ayahnya, Prof Soejahjo Hasnoputro pula berketurunan Jawa. Ini bermakna Ashanty mempunyai darah kacukan Jawa, Arab dan Perancis.
Penglibatan Ashanty dalam arena hiburan tidak mendapat restu daripada kedua-dua ibu bapa. Ini kerana keluarganya sangat mengutamakan pendidikan. Apatah lagi, datuk Ashanty ialah bekas diplomat.
Manakala bapanya pula seorang profesor dan staf di Lembaga UNICEF Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Datuk Ashanty bernama Prof Dr. KH Abdullah Siddik dan neneknya pula H Sutimah Siddik. Khabarnya moyang figura ini iatu Edward Coles berkahwin dengan puteri bekas penguasa Pangeran Ing Alaga di kerajaan Silebar yang terletak di wilayah Bengkulu, Sumatra Selatan.
Dikatakan juga moyang Ashanty menjadi gabenor terakhir Benteng Bengkulu pada 14 Oktober 1781 hingga 28 Februari 1785.
Akur dengan didikan ibu bapa yang mementingkan pendidikan terhadap anak-anak, Ashanty berjaya melanjutkan pelajaran dalam jurusan Hubungan Antarabangsa di Universitas Paramadina.
Pada tahun 2009, isteri Anang ini mewarnai dunia seni dan melancarkan album sendiri bertajuk Ashanty. Popularitinya kian melonjak ketika dia berduet dengan Anang Hermansyah sehinggalah kedua-duanya menghasilkan lagu berjudul Jodohku pada tahun 2011.
Keserasian mereka berpadu suara akhirnya bercambah menjadi pasangan kekasih dan mereka selamat bernikah pada 12 Mei 2012 di Jakarta.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak iaitu Arsy Addara Musicia Nurhermansyah dan Arsya Akbar Pemuda Hermansyah. Selepas berkahwin, Ashanty lebih menumpukan perhatian terhadap keluarga dan anak-anak.
Selain masih aktif dengan kerjaya nyanyian, Ashanty turut memanfaatkan masanya dengan urusan perniagaan. Dia berjaya membina empayar niaga bersama-sama suami tercinta dan antara bisnes yang diusahakan Ashanty termasuklah dalam bidang kecantikan, kosmetik, Dapur Asix, Ayam Asix dan Ash Juice.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lama tak dengar khabar bekas personaliti cantik televisyen, Puan Sri Normala Samsudin. Menjelang 1 Syawal, jelitawan ini tidak melepaskan peluang meraikan hari lebaran di samping keluarga tersayang.