Ramai ‘Conquer’ TV Demi Normala Samsudin, Makin Tak Sabar Tunggu Penampilannya Dalam Ratu Hijabista!

Selepas bertahun-tahun menyepi dari radar penyiaran, pengacara lagenda Puan Sri Normala Samsudin tiba-tiba menggemparkan peminat apabila tampil sebagai juri tetap dalam program realiti Ratu Hijabista.

Khabar tersebut disampaikan sendiri dalam sesi bersama media semalam, diiringi dua pengacara Ratu Hijabista, Uyaina Arshad dan Fikry Ibrahim. Puan Sri Normala Samsudin yang bertudung ungu, muncul dalam persalinan top dan skirt labuh putih benar-benar menjadikan majlis tersebut lebih bermakna.

Duduk dari kiri: Editor Pengurusan Hijabista Fiezreen Ahmad, Juri Tetap Puan Sri Normala Samsudin dan Pengacara Ratu Hijabista Uyaina Arshad
Pesona Perempuan Melayu Terakhir, Puan Sri Normala Samsudin

“Doakan saya moga menjadi juri yang mempunyai ketegasan namun berhemah. Menilai dengan bijaksana namun tidak mendabik dada, menegur biarlah berlapik, mengajar tidaklah terlebih didiknya.

Ratu Hijabista satu pertandingan berprestij untuk wanita berhijab yang bijak, berkeperibadian tinggi dan berjiwa teguh walau dalam apa situasi cabaran dunia masakini.”

Teringat pula momen penggambaran bersama Puan Sri Normala Samsudin dan puterinya, Dr Ruhila Roslan dengan Majalah Nona sebelum PKP tempoh hari.

Memang seronok sangat bekerjasama dengan beliau kerana orangnya mesra dan humble. Bak pepatah ‘ikut resmi padi, semakin tunduk semakin berisi’.

Semoga semua finalis Ratu Hijabista memanfaatkan momen bersama Puan Sri Normala Samsudin sebaik mungkin. Peluang sekali seumur hidup ni!

RATU HIJABISTA

Buat julung kalinya pihak Astro menerusi kerjasama strategik di antara saluran Astro Prima dan pihak Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. menganjurkan pertandingan realiti Ratu Hijabista bagi mencari ikon wanita berhijab yang berinspirasi dan boleh menjadi contoh kepada segenap lapisan masyarakat.

Rangkaian program ‘Ratu Hijabista’ akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Kapsul pengenalan 12 peserta boleh ditonton melalui liputan harian ‘Profil Ratu Hijabista’ pada setiap hari, jam 11.55 pagi dan 6.55 petang bermula 23 Julai hingga 9 Ogos 2020. Klip sedutan aktiviti perkembangan para peserta sepanjang musim ini pula dapat ditonton melalui liputan harian ‘Jurnal Ratu Hijabista’ pada setiap hari Isnin hingga Rabu, jam 6.55 petang bermula 10 Ogos 2020.

Puan Sri Normala Samsudin diberi mandat untuk menggalas tanggung jawab selaku juri tetap yang bakal mengadili pencarian ‘Ratu Hijabista’ musim pertama. Beliau juga turut terlibat dalam penjurian tertutup sewaktu sesi uji bakat baru-baru ini.

Nasib para peserta akan ditentukan sepenuhnya berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh pihak juri profesional. Mereka akan dinilai mengikut kriteria utama termasuklah elemen keyakinan diri, kebijaksanaan, keluasan pengetahuan am, kreativiti, personaliti dan karisma yang menarik.

Dalam pada itu, penganjuran Ratu Hijabista juga turut disokong oleh Safi Hijabista yang hadir sebagai Penaja Utama untuk penganjuran musim pertama. Manakala ZAYAN pula turut menghulurkan sokongan selaku Radio Rasmi.

PROFIL FINALIS

Barisan 12 finalis Ratu Hijabista Musim 1

 

AISHAH

Siti Aishah Idris, 27, Pulau Pinang

IG @i_shahidris

 

AQILLA

Nur Aqilla Sidi Ahmad, 25, Negeri Sembilan

IG @qilalawa

 

AUNEE

Aunee Azrina Zulkifli, 27, Johor

IG @auneekifli

 

EKA

Asfika Mohamad, 26, Pahang

IG @eka_mohamad

 

ELLYNA

Nurul Ellyna Anuar, 21, Johor

IG @nurulellynaa

 

FIFFY AFRINA

Nurfiyanti Afrina Roslan, 23, Pulau Pinang

IG @fiffyafrina

 

JIHA

Nur Fatin Najihah Noor Hisham, 21, Johor

IG @najihah_sham

 

QILA

Wan Nur Aqilah Shahirah Wan Lokman, 21, Selangor

IG @qilaistheone

 

SAREE

Siti Sariah Abdullah, 21, Selangor

IG @sareeabd

 

MELLYA

Shamellya Norazizi, 23, Selangor

IG @mellyazizi

 

TINA

Qistina Sofia Abdul Aziz, 24, Shah Alam

IG @tinaziz

 

YUSRINA

Nuryusrina Shan Firdaus Shan, 23, Kedah

IG @yusrinashan

 

Semoga kesemua finalis ini berusaha mempamerkan wajah hijabista yang dimahukan. Good luck!

IKLAN
Share