Sejak diisytiharkan secara rasmi sebagai Sultanah Kelantan pada 2 Ogos lalu, penampilan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultanah Kelantan Sultanah Nur Diana Petra Abdullah menjadi perhatian rakyat khususnya di negeri Kelantan.
Ternyata khalayak bukan hanya terpikat dengan kejelitaan suri hati KDYMM Sultan Kelantan Sultan Muhammad V ini bahkan tertawan dengan sisi peribadi Baginda yang makin ‘sebati’ dengan budaya Melayu.
Sentiasa tampil anggun dalam persalinan tradisi kurung dan berselendang, Sultanah Kelantan juga tidak kekok beramah mesra bertemu masyarakat.
Malah setiap kali bertemu rakyat terutamanya di Kelantan, Baginda sentiasa kelihatan ceria dan tak lekang dengan senyuman.
Ads
Sultanah Nur Diana Petra Abdullah menyambut ulang tahun hari kelahiran pada 25 Februari lalu. Rata-rata rakyat meluahkan rasa teruja melihat raut wajah cantik Sultanah Kelantan dan memuji peribadi Baginda.
Sememangnya Sultanah Nur Diana Petra memiliki aura tersendiri yang penuh kelembutan dan pakej lengkap seorang ratu!
Pada 1 Oktober lepas, Sultanah Kelantan ini berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam Persembahan Majlis Orang-Orang Besar D’Raja Kelantan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Muhammad V Yang Ke-54 di Kompleks Kota Darul Naim.
Berangkat sama Yang Teramat Mulia (YTM) Tengku Mahkota Kelantan dan YTM Che Puan Mahkota Kelantan, Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid dan YAM Tengku Bendahara Kelantan.
Memasuki bulan pertama 2021, tentu sekali ramai wanita berlumba-lumba memasang azam baru bukan? Selain melangsingkan badan dan mahu lebih berjaya tahun ini, pasti ada yang mahu kelihatan lebih muda berbanding usia sebenar.
Dalam pelbagai himpunan produk anti-penuaan di pasaran, dua jenama ini sentiasa menjadi sebutan kerana kajian dan penyelidikan intensif terhadap sains kecantikan. Produk L’Occitane dan Melvita masing-masing melancarkan produk baharu sempena tahun 2021 ini.
KEREMAJAAN WAJAH
Kulit wajah kita didiami oleh microbiota, sejenis organisma mikro yang menjadikan kulit sebagai ekosistem semula jadinya sekaligus membuatkan kulit jadi sihat. Dengan memastikan kadar bakteria baik terkawal, penuaan dapat diperlahankan dan kulit kekal anjal semula jadi.
Nona tertarik dengan produk terbaharu Melvita, Argan Bio-Active yang mampu mengembalikan kontur wajah lebih tegang dan muda remaja. Ia diperkaya dengan mikrobiotik minyak argan untuk merangsang kolagen dan menjadikannya lebih anjal.
TUBUH BADAN ANJAL
Selain wajah, kulit tubuh juga menjadi penanda usia seseorang. Mereka yang berkulit tegang, leher masih jinjang dan lembut kala disentuh pasti kelihatan lebih muda berbanding kulit mereka yang menggeleber atau kasar.
Produk baru Shea Butter L’Occitane dirumus dengan formula untuk kulit kering hingga sangat kering serta melindunginya daripada kekeringan dengan menguatkan lapisan hidro lipid kulit. Ia memberikan lembapan berpanjangan sehingga 72 jam tanpa kesan lekit.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila usia memasuki 40 tahun tanda-tanda penuaan sebenarnya akan semakin jelas kelihatan. Perubahan ini lebih ketara pada bahagian kulit terutama wajah. Namun, ia tidak seharusnya menjadi satu bebanan, bukankah tanda-tanda ini mampu memberi kesedaran pada kita.
Lagi pun mengapa perlu risau kerana di pasaran terdapat pelbagai produk yang membantu melambatkan tanda-tanda penuaan seperti berikut:
Kedutan dan garis penuaan
Dengan terjadinya penuaan,kedutan adalah tanda pertama yang paling jelas kelihatan dan harus diperhatikan. Biasanya ia mudah dialami oleh mereka yang memiliki kulit jenis kering. Selain itu, di sekitar bawah mata akan mengalami garis-garis halus. Penebalan yang tidak sekata pada lapisan kulit ditambah pula kekurangan air pada lapisan bawah kulit akan mempercepatkan lagi proses kedutan pada kulit anda.
Kulit kusam
Kolagen bertindak menjaga kulit namun ketika proses penuaan berlaku urat semakin kendur dan kadar kolagen semakin menurun sekali gus menyebabkan kulit menjadi longgar dan tipis. Selain itu kulit akan kehilangan lemak dan jaringan. Lantaran itu, kulit menjadi kusam dan tidak bermaya.
Kulit kering
Kulit menghasilkan sebum sendiri bagi melindungi dan mencegah kehilangan kelembapan kulit. Namun, seiring dengan bertambahnya usia, keupayaan kulit menghasilkan sebum semakin berkurangan sekali gus menyebabkan kulit mudah rapuh dan kering terutama di bawah sinaran matahari yang terik. Ditambah pula dengan keadaan cuaca yang sejuk, iklim yang kering dan berangin mudah menjadikan kulit anda bersisik dan mudah menimbulkan rasa gatal.
Bintik hitam
Peningkatan usia sekali gus menyebabkan kulit seseorang turut mengalami perubahan. Antaranya, bintik-bintik coklat pada kulit kita pun akan mula timbul atau juga dikenali sebagai bintik-bintik hitam terutama di bahagian wajah. Pada tahap awal bintik-bintik tersebut berwarna terang, namun pada akhirnya bintik-bintik tersebut akan berubah menjadi warna coklat sekali gus menjadi masalah pada kulit anda. Hal ini disebut dengan penuaan semula jadi. Bintik-bintik ini juga boleh menyebabkan masalah ketika anda menyapu solekan pada wajah. Ia biasanya berlaku disebabkan pendedahan diri secara berterusan kepada sinaran ultra ungu atau terdedah pada sinaran matahari dalam tempoh yang lama tanpa menggunakan topi atau krim pelindung kulit wajah.
Liang-liang roma terbuka
Faktor genetik dan usia antara dua faktor utama yang membolehkan pori-pori atau liang-liang roma pada kulit membesar. Kebiasaannya, ia berlaku kepada mereka yang memiliki kulit tebal dan berminyak. Terdedah lama pada sinaran matahari, kotoran, bakteria dan keanjalan kulit menurun juga antara faktor menyebabkan liang-liang roma membesar dan terbuka.
Tip untuk kekal muda
2. Merokok dapat menyempitkan pembuluh darah, yang mana dapat menurunkan aliran darah selain mengurangkan perjalanan oksigen dan nutrisi ke sel-sel kulit. Ia juga menyebabkan kulit anda menjadi kusam selain timbul bintik-bintik coklat.
3. Merokok juga menyebabkan proses penghasilan kolagen lambat pada kulit anda. Jadi, untuk mendapatkan kulit yang sihat dan bercahaya, berhenti merokok.
4. Gunakan pelembap anti-penuaan, ia membantu meningkatkan kapasiti air pada kulit. Selain itu, Vitamin A yang turut membantu dalam menjaga kulit yang terhidrasi. Pastikan anda mendapat vitamin A dari makanan seperti keju, ikan Kod dan telur.
5. Penggunaan kosmetik juga dapat membantu memperbaiki tekstur kulit. Garis-garis halus dan kulit kedut dapat ditingkatkan dengan memperbaiki permukaan kulit (resurfacing) melalui kaedah dermatologi, pengelupasan kimia (chemical peeling), laser atau mikro dermabrasi. Peeling juga dapat membantu untuk meratakan warna kulit dan memperbaiki tekstur kulit.
6. Lindungi kulit dengan SUPER MULTI-CORRECTIVE CREAM. Produk ini mudah menyerap ke lapisan kulit Teksturnya yang mewah dan halus membantu membaiki struktur kulit dengan pantas. Rumusannya didorong oleh ramuan super trio termasuk ProxylaneGX, Chaga Mushroom, dan Phytomimetic Vitamin A. Produk ini turut membantu mensasarkan 7 tanda penuaan yang dapat dilihat sekaligus iaitu membantu meningkatkan keanjalan kulit, mengurangkan penampilan kedutan, menyerikan, menghaluskan tekstur serta meratakan warna kulit.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terpaku dibuatnya apabila mendengar titah ucapan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin bersempena Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) baru-baru ini. Setiap bait dan tutur kata Baginda jelas serta terang.
Sekaligus membuatkan khalayak terpikat dengan suara Tengku Permaisuri Selangor. Terubat rindu nak dengar Baginda baca berita!
Berlangsung di Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM, Shah Alam pada 18 November lepas, DYMM Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen UiTM kali ke-98 tersebut.
Baginda yang mengenakan persalinan tradisi kurung rona biru gelap dan bertudung bawal tampil anggun berseri. Ditambah dengan aksesori rantai leher mutiara yang melengkapkan lagi pesona Baginda.
Dalam titah ucapan, Baginda menyeru agar semua institut pengajian tinggi (IPT) menyediakan program yang dapat membentuk pembangunan bakat dan sahsiah graduan secara langsung dengan dunia sebenar.
Baginda yang juga Pro-Canselor UiTM bertitah, universiti perlu memberi ‘kepercayaan’ kepada pelajar untuk memanfaatkan kemahiran dan pengetahuan mereka kepada komuniti.
Tegas baginda, perlu diakui bahawa pembangunan bakat merupakan elemen penting dalam membantu meningkatkan ekonomi negara.
Oleh itu juga, Baginda mahu agar sistem pendidikan negara mempunyai keupayaan menghasilkan modal insan berkualiti serta berkemahiran tinggi bagi memenuhi kehendak industri.
Baginda turut berbesar hati apabila Kementerian Pendidikan Tinggi telah memperkenalkan Service Learning Malaysia – Universiti For Society atau SULAM dengan menyediakan ruang kepada pelajar untuk memperkembangkan idea mereka kepada komuniti melalui kaedah Pembelajaran Menerusi Pengalaman.
Semasa istiadat pertama hari ini, Baginda berkenan menganugerahkan ijazah Doktor Falsafah dalam pelbagai bidang dan sarjana kepakaran perubatan kepada 125 graduan.
Istiadat konvokesyen itu turut dihadiri sembilan orang alumni terawal UiTM, yang dahulunya dikenali dengan Dewan Latehan RIDA dari tahun 1959 hingga 1967.
Lawatan Muzium Pahang bersama Tengku Ampuan Pahang menjadi detik penuh bermakna apabila baginda membawa rakan sekelas ISTAC UIAM menyelami sejarah, ilmu dan kenangan manis yang menyentuh hati.