Tidak dinafikan situasi terkini wabak Covid-19 mencetuskan panik dalam kalangan masyarakat. Hingga ada yang berebut memborong keperluan makanan dalam kuantiti
yang banyak sedangkan Perintah Kawalan Pergerakan waktu itu pun belum lagi dilaksanakan. Akibatnya, ramai yang merungut tidak mendapat bekalan yang cukup dek
kerana sikap segelintir masyarakat yang terlalu mementingkan diri.
Tidak terkecuali berdepan keadaan berkenaan ialah jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei. Walau luahan rasa yang dibuat penuh dengan jenaka dan gurauan, namun apa yang ingin disampaikan beliau tepat hinggap ke kalbu. Pendek kata, memang ‘deep’!
Ads
Kejadian tersebut berlaku ketika beliau bersama isterinya, Datin Wong Mew Choo membeli keperluan rumah di sebuah pasaraya. Kongsinya, “Dua hari lepas, ada khabar angin restriction order berkenaan coronavirus ni. Jadi Mew Choo pon suruh pergi beli apa yang patut untuk 2 minggu ni. Isteri lagi pandai add maths (matematik tambahan), jadi kita ikut shopping list isteri. Family 4 orang, ayam 5 ekor, beras 1 beg, sayur untuk 2 minggu, Maggi 2 pek, telur 2 dozen, buah dan toilet paper 1 beg.
Tapi time I sampai supermarket, aduhai! Ramainya aunties dan mak cik, macam lumba marathon trolly! Kalah Khairul Hafiz Jantan (Raja Pecut Asia Tenggara)! Nasib baik sempat lagi kumpul shopping list wife. Tapi toilet paperI terlambat. Ternganga I tengok mamat depan I ‘tapau’ 10 beg tisu tandas! Toilet papers are important during previous pandemic period due to unclean water and psychological effect. Datang suatu suara menyeru dari belakang, ‘Lee, nah ambil beg ni. I terambil 2. Tadi tengok semua rebut ‘tapau’ wa pun terikut ambil extra. Entah kenapa, bukan I pakai untuk basuh pun!”
Ads
Jelas Datuk Lee Chong Wei, lelaki yang menyapanya tadi merupakan sahabatnya yang dikenali sebagai Nazir. “Kita tergelak and catch up sekejap. Selepas itu, makin ramai gangster trolly serbu, I pun terus ‘cabut’ sebab I tahu virus ni merebak mudah.”
Gambar hiasanGambar hiasanGambar hiasan
Menyedari rasa bimbang masyarakat dengan keadaan semasa ini, bekas pemain badminton perseorangan lelaki negara ini juga sempat menitipkan pesanan berikut. “Kawan sekalian, saya berharap agar jangan cemas menghadapi krisis ini. Simpanlah makanan tapi berpatutanlah bilangannya. Dan saya minta tolong semua duduk di rumah jangan keluar sementara ni. Jangan balik kampung macam cuti raya. Anda mungkin ok, tapi yang mati nanti orang tersayang.
Ads
Percayalah, mimpi ngeri ini akan berakhir. Jangan panik. Kita warga Malaysia tak kira bangsa dan agama berganding bahu, bertolak ansur, tolong-menolong. Hari itu akan sampai dengan lebih cepat. Kepada frontliners, para doktor, jururawat, kakitangan hospital dan juga cashier pasaraya yang terus berkhidmat dalam masa ini… terimalah tunduk hormat dari saya! Cara paling baik kita membalas budi dan menyumbang ialah dengan duduk di rumah.”
Dalam kalangan atlet negara, Datuk Lee Chong Wei pun sudah menzahirkan rasa tanggungjawab dan mengajak masyarakat agar lebih prihatin untuk sama-sama membendung wabak jangkitan coronavirus. Begitu juga selebriti tanah air seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Mira Filzah dan ramai lagi yang turut senada membantu usaha kerajaan dan Kementerian Kesihatan untuk terus menurunkan kes jangkitan.
Moga rakyat Malaysia ambil iktibar daripada apa yang berlaku dan kekal duduk di rumah sekiranya tiada apa-apa keperluan mendesak untuk anda keluar serta tidak berada di khalayak ramai.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kegembiraan berganda untuk Ryan Bakery! Selepas memenangi anugerah Popular Creator Content Of The Year semalam di Tiktok Awards, Ryan turut berkongsi berita gembira di mana isterinya, Elyia Ibrahim kini hamil 5 bulan.
Tak menyangka bakal bergelar bapa, Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery turut mengharapkan doa orang ramai untuk kandungan isterinya. Yang menariknya, Ryan juga turut berkongsi dua nama bakal anaknya nanti.
” Syukur atas kemenangan ini. Ini sebenarnya hadiah buat isteri dan anak kami yang bakal lahir nanti. Alhamdulillah, isteri saya kini sedang hamil lima bulan”.
Jelas Ryan lagi, dia dan isteri juga sudah sepakat dan sudah memberikan nama untuk anak mereka nanti. “Kalau anak lelaki saya beri nama Ryan Ezra dan kalau perempuan pula Raisya Ezra,” katanya ketika ditemui ketika sidang media Tiktok Awards semalam yang berlangsung penuh gah dan meriah Pusat Pameran Perdagangan Malaysia (MITEC).
Selain itu Ryan turut berkongsi yang dia sudah tidak sabar untuk membuat ‘content’ bersama anaknya nanti. Malah Ryan turut mendedahkan kehadiran bakal anaknya nanti membuatkannya untuk bekerja lebih keras mencari nafkah memandangkan tanggungjawabnya untuk menampung kehidupan keluarganya.
Untuk rekod, Ryan melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihannya Elyia Ibrahim pada 1 Oktober 2022 selepas lima bulan bertunang.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
11% atau 227 daripada 2,043 orang yang tersenarai dalam FORBES’ World’s Billionaires adalah wanita dengan harta terkumpul $852.8 bilion atau RM3,673,517,000,000.
Bertuah dilahirkan dalam dulang emas, majoriti daripada senarai wanita terkaya di dunia ini mewarisi harta kekayaan daripada keluarga mereka. Jom kita semak siapakah wanita-wanita terkaya di dunia ini menurut senarai FORBES 2017.
(1) Liliane Bettencourt, pewaris L’Oreal
Nilai harta: $39.5 bilion atau RM168,961,250,000
(2) Alice Walton, anak perempuan tunggal pengasas Wal-Mart, Sam Walton
Nilai harta: $33.8 bilion atau RM144,579,500,000
(3) Jacqueline Mars, cucu pengasas coklat Mars
Nilai harta: $27 bilion atau RM115,492,500,000
(4) Maria Franca Fissolo, menantu pengasas Nutella dan balu pengasas Ferrero Rocher
Nilai harta: $25.2 bilion atau RM107,793,000,000
(5) Laurene Powell Jobs, balu Steve Jobs
Nilai harta: $20 billion atau RM85,550,000,000
Wah, tumpang gembira dengan khabar isteri kesayangan Dato’ Sri Eizlan Yusof yang kini sedang hamil lima bulan! Berita tersebut didedahkan Dato’ Sri Eizlan sendiri sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama pada 12 Disember lepas. Pandai pasangan romantis ni simpan rahsia daripada pengetahuan peminat.
Menerusi perkongsian Dato’ Sri Eizlan di Instagram, rata-rata peminat dan rakan artis turut meluahkan rasa gembira apabila mengetahui aktor kacak ini bakal menimang cahaya mata kelak. Kongsi Dato’ Sri Eizlan, “Happy 1st wedding anniversary to my sweet soulmate Sasha Boudville. Thanks for your love yayang mummy to be. Terima kasih atas ucapan yang baik dan doa you all semua.”
Walaupun ringkas tapi cukup untuk menyampaikan perasaan teruja dan gembira pasangan ini yang bakal menerima kehadiran ‘orang baru’ dalam hidup mereka tidak lama lagi. Mesti comel!
Sementara itu, mengintai Instagram Datin Sri Natasha Rosa Boudville pula… tiada ucapan atau kata-kata khusus yang menyatakan diri beliau sedang berbadan dua. Namun foto-foto terbaharu yang dikongsikan, jelas kelihatan ‘baby bump’ beliau. Biarpun usia kandungan sudah mencecah lima bulan tapi Datin Sri Natasha maintain langsing dan cantik!
Memetik laporan Harian Metro, Dato’ Sri Eizlan yang mempunyai tiga anak menerusi perkahwinan terdahulu berkata mereka sudah pun mengetahui jantina bayi namun belum bersedia mendedahkannya kepada umum. “Kami terpaksa melalui satu lagi pemeriksaan doktor sebelum benar-benar disahkan. Anak-anak yang lain iaitu Vie Zara, Zareef Yusof dan Vie Zaara memang suka ada adik. Mereka asyik tanya mamanya (Tasha) bila lagi mereka boleh dapat adik. Jadi mereka teruja apabila dapat tahu Tasha mengandung.
Mereka pun tidak kisah sama ada akan dapat adik lelaki atau perempuan asalkan bayi sihat dan selamat,” ujar Dato’ Sri Eizlan yang menjelaskan isteri kesayangannya itu turut mengalami morning sickness yang agak teruk pada dua dan tiga bulan pertama namun kini kesihatan ratu hatinya semakin stabil.
Dato’ Sri Eizlan Yusof menamatkan zaman dudanya bersama Datin Sri Natasha Rosa Boudville dalam majlis pernikahan serba indah di Bora Ombak Marina, Putrajaya pada tanggal 12 Disember 2019. Datin Natasha merupakan wanita cantik berketurunan Serani yang bekerja sebagai kakitangan pengurusan sebuah hotel bertaraf lima bintang di ibu negara. Beliau memeluk Islam pada Ogos 2018 sebelum dilamar pelakon kacak tersebut pada September 2019.
Pada hujung Julai lalu, Datin Sri Natasha melakar kejayaan tersendiri apabila beliau menerima pelantikan Kapten atas penglibatan aktif beliau dalam aktiviti sukarelawan sepanjang dua tahun hingga menarik perhatian dan pengiktirafan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Untung Dato’ Sri Eizlan dikurniakan isteri yang bukan sahaja cantik tapi juga berjiwa penyayang dan sedia turun padang membantu mereka yang berada dalam kesusahan.
Ini dibuktikan ketika situasi pandemik Covid-19 melanda negara, Datin Sri Natasha bersama Dato’ Sri Eizlan telah sama-sama memerah keringat membantu petugas barisan hadapan menangani wabak berkenaan. Malah, pembabitan beliau dalam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia juga sudah bermula sebelum berkahwin dengan suami tercinta lagi.
Apa-apa pun, Nona mendoakan Datin Sri Natasha dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan bersalin kelak. Moga perkahwinan selebriti romantis ini juga berkekalan hingga ke syurga dan terus menjadi inspirasi ramai.
Kredit foto: Instagram Dato’ Sri Eizlan & Datin Sri Natasha
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!