Sejujurnya, pernahkah anda terfikir, cara yang diamalkan selama ini menjadi penyebab kerosakan pada rambut dan kulit kepala? Kali ini, Nona kongsikan kaedah yang betul untuk mencuci rambut.
Sebelum membasuh, sikat rambut terlebih dahulu. Rambut yang kusut penyebab rambut menjadi lebih kusut.
Basahkan rambut dan kulit kepala dengan air hangat yang akan membuka kutikel dan bersih daripada minyak dan kotoran. Lebih baik di bawah pancuran atau pili air yang mengalir.
Tuang syampu secukupnya pada telapak tangan, lalu gosok perlahan hingga berbuih. Sapukan pada rambut dan kulit kepala sambil melakukan urutan dengan hujung jari untuk melancarkan peredaran darah.
Elakkan menggaru dengan kuku kerana akan mencederakan kulit kepala dan penyebab alahan.
Bilas rambut dengan air sejuk untuk menutup kutikel yang sebelumnya telah terbuka.
Perah rambut dengan lembut untuk mengurangkan kadar air. Oleskan perapi secukupnya pada helaian rambut sahaja.
Untuk mengeringkannya, perah rambut perlahan dan tempelkan pada tuala. Biarkan rambut kering dengan sendirinya.
Bagi jenis rambut berminyak, disarankan dicuci setiap hari. Untuk rambut normal dan cenderung kering, cuci rambut 2 ke 3 kali seminggu.
TIP SELEBRITI
(a) Rambut Berkilau ala Kelly Brook
Jika anda mempunyai rambut yang cenderung kering dan bercabang, elakkan air hangat saat ramas dan gunakan deep conditioner yang mempunyai tekstur krim yang lebih pekat sehingga dapat melembapkan rambut secara lebih mendalam.
(b) Rambut Sihat Gwyneth Paltrow
Ads
Gwyneth mengamalkan pemakanan berunsurkan bahan organik agar rambut selalu sihat dan bersinar.
(c) Rambut beralun Elle Macpherson
“Saya selalu mengurut kulit kepala selama beberapa minit setiap hari. Ia bermanfaat untuk melancarkan peredaran darah menjadikan kulit kepala tetap sihat dan pertumbuhan rambut menjadi lebih kuat,” ujar bekas supermodel dan pemilik brand kecantikan ‘The Body’ ini.
TRIVIA RAMBUT
Ads
RAWAT SIKAT ANDA
Bersihkan sikat secara rutin dengan syampu bayi dan titisan air limau diikuti dengan memberus serta dibilas di bawah air mengalir.
ELAKKAN RAMBUT BERCABANG
Lakukan trimming rambut di salun sebulan sekali. Kebiasaan ini berguna untuk membuang hujung rambut yang telah bercabang dan rosak. Jika tidak sempat melakukan rawatan ini di salon, gunting hujung rambut bercabang di rumah. Seterusnya lakukan rawatan topeng (mask) rambut.
Ads
NUTRISI RAMBUT
Kekacang dan daging termasuk ikan salmon yang kaya dengan protein, omega3, zink dan vitamin B. Kandungan tersebut membantu menutrisi rambut daripada dalam sekaligus memperbanyakkan sel darah merah yang membawa oksigen ke setiap helaian rambut.
APLIKASI SERUM
Sapukan serum rambut ketika mengeringkan rambut menggunakan hair dryer. Serum ini berguna sebagai pelindung serta rawatan tambahan agar rambut tidak mudah rosak . Pilih yang mempunyai kandungan macadamia dan minyak argan untuk menutrisi, melembutkan dan memberi kilau pada rambut tanpa menjadikannya lepek.
PILIHAN TUDUNG
Gunakan hijab warna putih atau cerah pada keadaan udara panas. Hijab berwarna gelap lebih cepat menyerap panas yang menyebabkan keadaan lembap di sekitar kepala dan rambut. KR
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wow, belum pun cecah usia 20 tahun tapi model dari Perancis ini sudah dinobatkan Wajah Wanita Tercantik Di Dunia 2018! Satu kejayaan besar bagi remaja bernama Thylane Blondeau ini. Raut wajah unik Thylane terutamanya di bahagian bibir menyerlahkan aura seksi gadis ini dan sudah tentu ia salah satu tarikan yang membuatkan ramai terpegun.
Menampilkan 100 Most Beautiful Faces of 2018, keputusan TC Candler itu menyaksikan Thylane berada di kedudukan paling atas mengalahkan 99 calon wanita cantik di seluruh dunia. Antaranya nama-nama bintang terkenal antarabangsa termasuk Keira Knightly, Ariana Grande, Selena Gomez, Deepika Padukone, Natalie Portman dan Emma Watson.
Tahun lalu, model dari Filipina iaitu Liza Soberano dinobatkan sebagai The Most Beautiful Faces of 2017. Acara yang mula diadakan sejak tahun 1990 ini turut pernah menampilkan wajah aktres, pelakon dan penyanyi terkenal seperti Nicole Kidman, Lindsay Lohan, Keira Knightly, Emma Watson dan Natalie Portman sebagai pemenang hasil undian pengguna Internet.
Thylane Blondeau merupakan Duta Loreal Paris dan juga Pengasas Heaven May. Menerusi Instagram miliknya, gadis ini turut berkongsi rasa teruja dan tidak menyangka sama sekali akan terpilih sebagai The Most Beautiful Faces of 2018.
Dilahirkan pada 6 April, Thylane kini bertapak kukuh sebagai model popular bernaung di bawah agensi IMG Models yang menghiasi kempen label terkenal seperti Ralph Lauren, Fendi dan banyak lagi.
Kredit: Instagram Thylane Blondeau
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap anak selesa menjadikan peribadi ibu tersayang sebagai inspirasi terdekat mereka. Tidak terkecuali, penyanyi nombor satu negara Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Ternyata dia cukup mengagumi peribadi ibu tersayang iaitu Siti Salmah Bachik atau mesra disapa Mak Salmah.
31 Disember lalu genap 71 usia ratu hati Dato’ Sri Siti ini. Menerusi media sosial, isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa berkenaan memuat naik video yagn memaparkan momen indah dirinya di samping Mak Salmah.
“31 December lahirlah bidadari syurga yang sangat saya sayangi. Selamat Hari Lahir Mak Salmah. Mak wanita hebat, Mak wanita solehah dan selalu menjadi idola Siti, Mak.
Tegas dalam lembut, baik budi pekerti, tinggi adabnya dan pemurah serta sentiasa bersangka baik.
Itulah sikap Mak Salmah. Sentiasa nak senangkan orang lain sebab itu Allah SWT berikan kebaikan kepada Mak.
Semoga Allah SWT beri iman, kesihatan dan rezeki melimpah ruah buat Mak agar Mak dapat buat amal jariah ye Mak. Sayang Mak tiada bandingan.”
Kredit Instagram @ctdkKredit Instagram @ctdkKredit Instagram @ctdk
Rata-rata peminat penyanyi kesayangan ramai ini turut menitipkan ucapan hari lahir dan mendoakan kesejahteraan Mak Salmah.
Ada juga di antara mereka yang meluahkan rasa senang terhadap sikap baik ibu Dato’ Sri Siti Nurhaliza ini yang murah dengan senyuman dan merendah diri.
Mak Salmah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Tarudin Ismail iaitu seorang pegawai polis. Ketika membesarkan anak-anak, insan hebat ini juga aktif berniaga.
Hasil perkongsian hidup dengan bapa Dato’ Sri Siti, Mak Salmah dikurniakan tujuh orang anak. Tiga daripada adik-beradiknya turut menceburi bidang nyanyian iaitu Saiful Bahri, Siti Norsaida dan Siti Nursairah.
Semoga Mak Salmah terus dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Senyuman menawan adalah senyuman yang diberi penuh keikhlasan. Namun, terdapat faktor penyumbang yang menjadikan senyuman itu sesuatu yang cukup bernilai iaitu keputihan gigi. Jangan kerana sayang duit, gigi kuning pun tak kisah. Tapi ada cara semula jadi yang anda boleh cuba. Nak tahu?
Sebagai wanita, kebersihan gigi perlu menjadi keutamaan. Mungkin para lelaki juga perlu menitikberatkan soal kebersihan gigi kerana saat komunikasi pasti menjadi lebih selesa dan menyenangkan. Sekiranya anda tergolong dalam orang-orang yang memiliki gigi kuning, tip ini diharap dapat menjadi penyelesaian.
Penyebab gigi kuning?
Malas menggosok gigi atau cara menggosok gigi yang anda lakukan salah
Tabiat minum kopi dan teh menyebabkan gigi menjadi kuning
Bagi si perokok, efek nikotin membuat gigi menjadi kuning
Pemakaian ubat titis mata secara berlebihan
Sering mengambil minuman supplemen atau minuman penambah energi
Memakai ubat pemutih gigi yang tidak sesuai
Bagaimana cara memutihkan gigi secara semua jadi, cepat dan mudah?
Merawat gigi ternyata tidak hanya dapat dilakukan dengan cara seperti menggosok gigi dengan menggunakan ubat gigi, tapi kita juga perlu mengelakkan tabiat buruk yang boleh menyebabkan gigi menjadi kuning. Selain itu anda juga dapat melakukan beberapa tips tradisional atau alami untuk memutihkan gigi :
Memutihkan gigi dengan kayu sugi
Rawat gigi dengan mengunakan kayu sugi. Kayub sugi adalah sejenis dahan atau akar pokok yang digunakan untuk membersihkan gigi, gusi dan mulut. Cara ini sudah lama digunakan oleh umat Islam terdahulu serta menjadi sunat yang dilakukan baginda Rasulallah SAW.
Putihkan gigi dengan menggunakan arang
Walaupun kedengaran agak pelik kerana arang berwarna hitam tetapi cara ini amat berkesan utnuk menghilangkan warna kuning pada gigi. Tetapi anda juga harus berhati-hati memakai arang kayu kerana jika digunakan secara berlebihan boleh merosakkan gigi dan menyebabkan gigi berasa sakit.
Putihkan gigi dengan kulit limau
Siapa sangka, kulit jeruk yang dibunag boleh berfungi sebagai pembersih gigi. Gunakan bahagian dalam kulit limau yang berwarna putih untuk menggosok gigi yang kuning. Lakukan secara teratur setiap hari dan gigi anda boleh kelihatan putih secara semula jadi. Hati-hati buat anda yang bergigi sensitif kerana kandungan vitamin C yang terkandung di dalamnya tidak sesuai untuk gigi anda.
Putihkan gigi dengan strawberi
Selain enak dimakan, strawberi juga berkhasiat untuk memutihkan gigi secara alami. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran seperti strawberi, epal dan saderi bermanfaat untuk memutihkan gigi. Anda tidak perlu membuat ramuan khusus, hanya makan buah-buahan ini selain untuk menjaga kesihatan.
Putihkan gigi dengan ubat gigi dari bahan semula jadi
Sediakan daun salam dan kulit limau kemudian jemur sehingga kering. Tumbuk sehingga halus dan tambahkan air. Adun sebati sehingga menjadi pes. Gunakan ubat gigi ini untuk menggosok gigi setiap hari atau berselang hari.
Putihkan gigi dengan lemon dan garam
Buatlah ubat gigi anda sendiri dari bahan semula jadi iaitu dari jus yang ditambah sedikit garam. Ubat gigi begini boleh membantu memutihkan gigi anda tetapi anda ditegah dari menggunakannya setiap hari kerana garam boleh menyebabkan lapisan gigi anda rosak.
Putihkan gigi dengan soda bikarbonat
Soda bikarbonat mampu menghilangkan noda-noda yang ada pada gigi namun jika ia sering digunakan, ia boleh merosakkan lapisan gigi . gunakan sebulan sekali. Caranya mudah, hanya sapukan soda bikarbonat ke seluruh permukaan gigi dan biarkan seketika selama 10 minit. Kemudian, gosok gigi menggunakan ubat gigi biasa.
Putihkan gigi dengan berhenti merokok.
Anda perlu ingat, semua rokok menyimpan tar dan campuran tembakau yang menjadikan gigi anda kuning. Apabila berhenti merokok, anda bukan sahaja boleh memelihara kebersihan gigi malah boleh menjamin kesihatan.
Putihkan gigi dengan biji buah pinang
Biji buah pinang bermanfaat untuk merawat gigi. Caranya, bakar biji buah pinang sehingga hangus. Gosok biji buah pinang pada gigi dengan menggunakan sabut pinang dua minggu sekali. Biji pinang juga boleh menguatkan gigi.
10. Putihkan gigi dengan pengambilan susu
– Beberapa produk susu yang berada di pasaran seperti keju dan yogurt mengandungi kalsium tinggi dan sangat baik untuk membantu memutihkan dan menguatkan gigi. Banyakkan makan makanan yang mengandungi kalsium tinggi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.