Pernah tak terasa kebas, nyeri atau sengal-sengal di bahagian pergelangan dan tapak tangan? Awas jika kesakitannya berlarutan berhari-hari atau berminggu-minggu. Anda mungkin mengalami sindrom Carpal Tunnel.
Ads
Menurut Pakar Perunding Tangan & Pakar Bedah Mikro Pusat Perubatan Tropicana Kota Damansara, Dr. Terence Tay Khai Wei, Carpal Tunnel merupakan suatu keadaan yang mungkin berlaku apabila saraf median, yakni saluran tunjang utama pada tangan dan jari menjadi mampat dalam terowong Carpal.
Terowong Carpal dibentuk oleh lapan tulang pergelangan tangan (tunnel) dan ligamen melintang Carpal. Ia bertindak sebagai laluan di pergelangan tangan anda, di mana saraf median dan sembilan tendon melaluinya untuk mencapai tangan anda.
Mampatan saraf median yang berlaku disebabkan oleh penurunan ruang di dalam terowong, mungkin disebabkan oleh keadaan seperti bengkak tisu pada lapisan terowong, pembendungan cecair, kehadiran sista simpul saraf, struktur otot yang tidak normal atau keadaan-keadaan lain. Dalam banyak keadaan, puncanya masih tidak diketahui.
Simptom
Anda mungkin merasakan seolah-olah tangan anda ‘tidur’. Biasanya, jari telunjuk dan tengah adalah kawasan paling terjejas, tetapi ia juga boleh berlaku pada deria di sepanjang tangan anda.
Sekiranya gejala-gejala ini masih baru bermula, misalnya terasa kebas atau sakit sebaik terjaga daripada tidur, ia mungkin boleh dilegakan dengan cara menggoncang atau menyapu tangan anda. Walau bagaimanapun, di peringkat lewat, rasa kebas berkenaan boleh jadi berterusan dan merimaskan.
Ads
Rawatan
Dalam kebanyakan kes, rawatan akan bermula dengan pendekatan bukan pembedahan yang boleh melegakan gejala-gejala berkaitan. Ramai pesakit sembuh dari rasa sakit dengan mengubah aktiviti-aktiviti bagi mengurangkan tekanan dalam terowong Carpal, menggunakan Wristlet untuk menampung pergelangan tangan berada dalam kedudukan yang neutral.
Suntikan steroid juga boleh digunakan untuk melegakan gejala. Ada juga yang mengambil ubat-ubatan (melalui mulut seperti makan atau minum) seperti vitamin B6 atau ubat-ubatan anti-radang bukan steroid bagi tujuan sama.
Doktor anda akan melakukan pemeriksaan fizikal. Kajian pengaliran saraf dan elektromiografi (NCS/EMG) mungkin akan digunakan untuk mengesahkan diagnosis dan menilai tahap keterukan keadaan.
Jika kaedah bukan pembedahan tidak berjaya, kaedah pembedahan mungkin diperlukan. Matlamat cara pembedahan adalah bagi mengurangkan tekanan dalam terowong Carpal untuk mengurangkan mampatan saraf median.
Sista Ganglion
Selain sindrom Carpal Tunnel, satu lagi yang walaupun jarang-jarang dihidapi tetapi juga merimaskan adalah Sista Ganglion (simpul saraf). Ia adalah jisim benign yang biasanya ditemui di belakang pergelangan tangan dan hujung sendi pada jari. Tumor atau ketulan ini biasanya timbul daripada sendi atau tendon. Ia dipenuhi cecair tebal (cecair sendi) yang diselaputi sarung tebal.
Ads
Simptom
Walaupun masih berlaku di bahagian tangan atau pergelangan tangan, tetapi simptomnya sedikit berbeza. Sista ganglion biasanya dilihat pada kemunculan ketulan atau benjol di tangan atau pergelangan tangan. Punca sista ini timbul mungkin berkaitan dengan masalah artritis atau radang di sekitar tendon. Walau bagaimanapun, dalam beberapa kes, punca sebenarnya juga masih tidak diketahui.
Diagnosis
Diagnosis terhadap sista ganglion biasanya dibuat di bahagian ketulan atau benjol berkenaan timbul. Kadang-kadang x-ray adalah perlu untuk menolak keabnormalan tulang. Dalam peratusan besar kes, sista ganglion tidak menyakitkan, tetapi sesetengah pesakit kesakitan adalah disebabkan oleh aktiviti-aktiviti tertentu. Sista ini boleh berubah saiz (mengecil) atau hilang sepenuhnya dengan sendiri.
Rawatan
Rawatan biasanya berkaitan dengan gejala. Sekiranya tidak ada kesakitan yang dikaitkan dengan sista, biasanya rawatan adalah dengan pemerhatian doktor sahaja. Penggunaan pendakap pergelangan tangan antara alternatif yang digunakan bagi membantu mengurangkan saiz sista tersebut.
Sekiranya kesakitan berkenaan dikaitkan dengan sista atau bersaiz besar dan tidak boleh dihilangkan/dirawat dengan cara biasa, penggunaan jarum mungkin diperlukan untuk mengeluarkan cecair di dalamnya.
Sista juga boleh dibuang melalui pembedahan. Pembedahan ini meliputi penyingkiran sista dan membran sekitarnya dan lanjutan sista ke dalam sendi.
Terdapat juga peluang lebih baik bagi mengelak sista berulang selain pembedahan (walaupun sista masih boleh kembali) iaitu dengan teknik aspirasi.
Biasanya, ‘dressing’ lembut atau balutan anduh akan digunakan untuk mengawal kesakitan selepas pembedahan. Jahitan akan dikeluarkan 7 hingga 10 hari selepas prosedur. Kadang-kadang terapi fizikal juga diperlukan jika kedapatan kekakuan terbentuk pada pergelangan atau jari tangan. Rosmah Idayu Abu Samah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Alhamdulillah, sihat walafiat tengok keadaan terkini Aznah Hamid! Walau sudah meniti usia 60an, wajahnya masih menghiasi drama di kaca televisyen. Meskipun tawaran lakonan yang diterima tidak serancak dulu tapi peminat masih mengingati lakonan pelakon wanita veteran tanah air ini.
Meninjau media sosial Aznah Hamid, ibu kepada pelakon Sheera Iskandar ini masih jelita dalam kelas tersendiri. Terbaharu, seniwati ini menyertai Putra Fest iaitu Jualan Jelajah Artis Malaysia di Kedah.
Sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, Aznah aktif mengikuti bazar jualan melibatkan rakan-rakan artis. Antara yang dijual termasuklah produk kecantikan, tudung, snek dan minyak wangi.
Malah, dia juga ceria melayan pelanggan yang hadir ke gerai jualannya untuk membeli barang mahupun beramah mesra.
Kongsinya di media sosial, “Ada orang kata kita sendu. Usia manja-manja nak sendu tang mana tah. Apa pun meriahnya pengunjung semua sporting-sporting best. Malam ni persembahan menarik menanti. Kami last day di sini Mai Mai Mai.”
Biarpun level artis veteran popular namun Aznah Hamid tidak malu berniaga. Yang penting halal dan menjana pendapatan. Apatah lagi dengan usia yang semakin meningkat, dia enggan lagi kejar populariti dan hanya memilih watak bersesuaian dengan dirinya.
Bahkan dia sudah lama minat dan berkecimpung dalam perniagaan terutamanya melibatkan karnival jualan yang turut disertai rakan-rakan artis dan teman seperjuangan.
Aznah Hamid dilaporkan mula karier lakonan seawall usia 12 tahun. Namanya menjadi sebutan ramai kebelakangan ini apabila kejayaan Aznah yang pernah bergandingan dengan hero lagenda Tamil iaitu Rajinikanth menerusi filem Priya pada tahun 1979 bertebaran di media sosial.
Khabarnya filem tersebut turut dibintangi aktres terkenal, Sri Dewi sebagai heroin.
Antara filem lakonan Aznah Hamid ialah Dia Ibuku, Penyamun Tarbus, Wira Angkasa dan Sembilu. Sheera Iskandar merupakan satu-satunya anak Aznah yang mengikut jejak langkah sebagai pelakon.
Figura ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Tengku Iskandar Putra Tengku Long Ahmad pada tahun 1981 ketika berusia 18 tahun namun berpisah selepas lima tahun hidup bersama.
Dia kemudian berkahwin dengan pelakon Sabree Fadzil pada 1988 namun akhirnya berpisah sekitar tahun 1993.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sopan dan sejuk mata memandang! Penampilan supermodel terkemuka, Naomi Campbell di Masjid Agung Sheikh Zayed di Abu Dhabi, Dubai beberapa hari lepas meraih perhatian ramai. Lebih menyentuh hati, wanita yang kini bergelar Dr Naomi Campbell itu turut membawa puteri kesayangannya bersiar-siar di sana.
Berusia 52 tahun, Naomi Campbell kini bergelar doktor falsafah apabila beliau dianugerahkan Ijazah Kehormat dari University for the Creative Arts (UCA) pada Julai 2022 atas sumbangannya dalam bidang fesyen secara global.
Hampir 40 tahun bergiat aktif dalam industri fesyen, Dr Naomi Campbell sering menjadi wajah yang memperjuangkan nilai fesyen lebih dari sekadar warna kulit.
Beliau juga disegani kerana sifat positif serta bersuara untuk hak manusia sejagat tanpa mengira bangsa dan agama.
Dalam hantarannya di Instagram, Dr Naomi tampil menawan dalam balutan dress labuh lengan panjang bermotif leopard. Bagi menghormati tempat suci umat Islam, beliau turut mengenakan selendang pashmina rona kelabu.
Tidak berseorangan, supermodel legenda yang turut bergelar aktivis dan aktres ini terlihat mengunjungi masjid tersebut bersama anak perempuannya. Hantaran itu menerima banyak pujian daripada pengikut beliau di media sosial.
Umum mengetahui bahawa si kecil tersebut merupakan anak kandungnya tetapi dilahirkan menerusi kaedah ibu tumpang. Walau bagaimanapun, identiti ayah kandung masih belum dapat dipastikan.
Teruja menonton video Dr Naomi bersiar-siar menikmati panorama indah masjid di Abu Dhabi itu. Semoga wahita hebat itu diberi hidayah dan menonjolkan keindahan seni Islam yang terunggul di mata dunia!
Aduhai, comel betul nampak kelibat anak Naomi Campbell dengan ibunya jalan-jalan di masjid. Terserlah gaya keibuan supermodel ni…
Meskipun jarang berkongsi foto ibu dan anak di media sosial, namun perkongsian beliau kali ini menggembirakan peminat. Cahaya matanya yang lahir pada Mei 2021 itu dilihat berjalan berpimpin tangan dengan ibunya dalam persalinan gaun krim dan legging sedondon.
Sumber: Instagram @naomi
***********
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)
***********
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terserlah kebahagiaan di riak wajah 3 artis jelita ini yang baru bergelar ibu. Apatah lagi baru-baru ini berpeluang meraikan Syawal bersama bayi sulung mereka. Nur Fazura, Zahirah Macwilson dan Tasha Shilla juga nampaknya semakin berseri-seri! Jom jenguk koleksi foto mereka bersama yang tersayang.
NUR FAZURA
Suri hati jejaka tampan, Fattah Amin ini sentiasa tampil menawan biarpun sudah bergelar ibu kepada cahayamata perempuan yang sangat comel, Nur Fatima Aisya. Bayi sulungnya itu dilahirkan pada Jumaat tanggal 2 Oktober 2020 bersamaan dengan 14 Safar 1442 Hijrah. Tujuh hari selepas kelahiran, Nur Fazura dan Fattah mendedahkan nama anak sulung mereka itu selaras dengan sunnah Rasulullah SAW. Ternyata, kehadiran Nur Fatima Aisya menambahkan lagi seri dan kebahagiaan rumahtangga pasangan popular ini.
ZAHIRAH MACWILSON
Siapa yang tidak kenal dengan pelakon jelita ini. Isteri kesayangan kepada aktor kacak, Aiman Hakim Ridza. Pasangan sama cantik sama padan ini dikurniakan putera sulung yang sangat comel berlesung pipit diberi nama, Isaac Raees. Zahirah melahirkan bayinya pada 5 Januari 2021 pada jam 2.26 waktu tempatan Australia. Berita gembira itu dikhabarkan menerusi Instagram dan menganggap ianya hadiah paling bermakna pernah diterima.
TASHA SHILLA
Baru sahaja bergelar ibu, Tasha Shilla memanjatkan kesyukuran dengan kehadiran putera sulungnya yang sangat comel. Tasha selamat melahirkan Raees Zander di bulan yang penuh keberkatan iaitu Ramadan ke-12 bersamaan dengan 24 April 2021 pada Sabtu. Tasha turut menzahirkan ungkapan terima kasihnya buat suami tersayang, Atiq Idris yang sentiasa memberi kekuatan dan kebahagiaan buat dirinya selama ini seterusnya menjadi ibu yang terbaik buat anak mereka.
Semoga anak-anak ini membesar dengan sihat seterusnya menjadi anak yang soleh serta solehah buat ibu dan ayah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cikgu Samm ada kisah sedih sebelum berjaya, "hari pertama ambil SPM ayah meninggal, kesannya cikgu gagal. Sebut sahaja nama Ho Pooi San, pasti ramai...