19 April lepas genap 36 tahun usia Maria Sharapova. Walau sudah bersara daripada arena sukan tenis tapi nama bekas atlet kelahiran Rusia ini masih menjadi bualan ramai sampai hari ini.

IKLAN

Dilabel antara pemain tenis tercantik di dunia, Maria atau nama sebenarnya Maria Yuryevna Sharapova dipuji ramai wanita kerana kesungguhannya jaga penampilan selepas bergelar ibu mencetuskan rasa kagum khususnya dalam kalangan ibu-ibu.

Juara Glam Slam lima kali ini dilaporkan selamat melahirkan anak sulung yang juga bayi lelaki pada Julai 2022. Dia juga tidak mengambil masa lama untuk kembali mendapatkan bentuk tubuh asal sebelum hamil!

Montelnya Anak Maria Sharapova, Bekas Atlet Tenis Ini Bahagia Pertama Kali Rai Birthday Jadi Ibu!
Kredit Instagram @mariasharapova

Berkongsi kehidupannya lebih bermakna sejak kehadiran cahaya mata, Maria menerusi Instagram memuat naik gambar dirinya sedang mendukung anak tersayang. Walau belum bersedia berkongsi wajah anak kepada umum, badan montel bayi berkenaan menjadi perhatian peminat Maria.

“My first birthday as a mommy,” tulisnya.

Maria dan suami yang merupakan pengasas Paddle8 mengumumkan kehadiran cahaya mata sulung di media sosial masing-masing pada pertengahan Julai lepas.

Pasangan ini dilaporkan sepakat menamakan bayi mereka dengan nama Theodore.

IKLAN
Montelnya Anak Maria Sharapova, Bekas Atlet Tenis Ini Bahagia Pertama Kali Rai Birthday Jadi Ibu!
Kredit Instagram @mariasharapova
Montelnya Anak Maria Sharapova, Bekas Atlet Tenis Ini Bahagia Pertama Kali Rai Birthday Jadi Ibu!
Kredit Instagram @mariasharapova
Montelnya Anak Maria Sharapova, Bekas Atlet Tenis Ini Bahagia Pertama Kali Rai Birthday Jadi Ibu!
Kredit Instagram @mariasharapova
Montelnya Anak Maria Sharapova, Bekas Atlet Tenis Ini Bahagia Pertama Kali Rai Birthday Jadi Ibu!
Kredit Instagram @mariasharapova
Montelnya Anak Maria Sharapova, Bekas Atlet Tenis Ini Bahagia Pertama Kali Rai Birthday Jadi Ibu!
Kredit Instagram @mariasharapova
Montelnya Anak Maria Sharapova, Bekas Atlet Tenis Ini Bahagia Pertama Kali Rai Birthday Jadi Ibu!
Kredit Instagram @mariasharapova

Sebelum ini usahawan Sugarpova tersebut turut memuat naik gambar keluarga kecil mereka. “The most beautiful, challenging and rewarding gift our little family could ask for.”

Berita kehamilan Maria mendapat perhatian peminat dunia tenis apabila jelitawan ini mendedahkan kehamilannya ketika ulang tahun kelahiran ke-35 pada April tahun lalu.

IKLAN
Montelnya Anak Maria Sharapova, Bekas Atlet Tenis Ini Bahagia Pertama Kali Rai Birthday Jadi Ibu!
Kredit Instagram @mariasharapova
Montelnya Anak Maria Sharapova, Bekas Atlet Tenis Ini Bahagia Pertama Kali Rai Birthday Jadi Ibu!
Kredit Instagram @mariasharapova

Malah dia turut berkongsi kapsyen menggunakan nombor Roman Vll.l.MMXXll dalam foto anaknya seolah-olah memberi bayangan mengenai tarikh lahir bayi tersebut pada 1 Julai 2022.

Maria bersara daripada profesion tenis pada Februari 2020 selepas berjaya mencatatkan 36 kejuaraan Hologic WTA Tour, Roland Garros sebanyak dua kali selain memenangi acara besar lain seperti Australian Open, Wimbledon dan US Open.

Dia dikhabarkan bertunang dengan Alexander Gilkes pada Disember 2020 selepas dua tahun bercinta.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/bolot-rm11-4-juta-dah-kaya-raya-pun-nak-sambung-belajar-pemain-tenis-no-1-ini-mahu-masuk-universiti/

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI