Menginjak usia 50 tahun, namun pesona diva kesayangan Indonesia, Krisdayanti masih kelihatan cantik dan anggun persis wanita muda. Siapa yang melihat pasti terpikat dengan kejelitaan isteri Raul Lemos ini.
Memiliki raut wajah sempurna, figura ini mempunyai nama besar dalam industri seni negara jiran dan turut terkenal di Malaysia. Tidak sekadar dikurniakan kelunakan suara dan rupa paras jelita, dia juga melakar kejayaan tersendiri apabila turut bergelar ahli politik di Indonesia.
Dua Orang Cucu Kris Dayanti Warisi Kecantikkan Aurelie Hermansyah!
Genap 48 tahun pada Mac lalu, penyanyi bersuara lunak yang mula melakar kerjaya bergelar anak seni sejak 30 tahun dahulu ini rupanya sudah memiliki dua orang cucu perempuan yang sangat comel mewarisi kecantikkan ibunya, Aurel Hermansyah.
Anak perempuan sulung Krisdayanti, Aurelie telah berkahwin dengan Atta Halilintar dan hasil perkongsian hidup mereka diserikan dengan kehadiran dua orang cahaya mata yang turut menceriakan hari-hari Kris Dayanti yang digelar Gemini (nenek).
Walau Kris Dayanti sibuk membela nasib masyarakat dan memartabatkan kaum wanita di sana namun minat Krisdayanti terhadap nyanyian masih menebal. Lebih istimewa, apabila dua anak perempuan mengikut jejak langkahnya sebagai penyanyi.
Ads
Rahsia Awet Muda Kris Dayanti
Walau sibuk dengan tugas harian, Kris tetap aktif mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam dan mempelajari seni mempertahankan diri Wushu. Serta melaksanakan derma darah setiap tiga kali dalam seminggu.
Ibu Aurel Hermansyah ini turut berkongsi tip awet muda, rupanya bukan kerana DNA Salmon. Bagaimanapun, penderma darah yang juga peneraju awet muda ialah empat anaknya. Bekas isteri Anang Hermansyah ini, sering menderma darah tiga kali seminggu.
“Satu hal yang menjadi resepi tampak muda, salah satunya adalah derma darah,” kata Krisdayanti di dalam temuramah portal di Indonesia.
Ads
“Tubuh kita, melalui saraf tunjang, sentiasa mengeluarkan darah baru,” kata Krisdayanti. Menurutnya, derma darah merupakan satu bentuk bantuan kemanusiaan yang memberi impak kepada ramai orang.
“Kita tidak perlu mengeluarkan bantuan material, tetapi ia boleh membantu seseorang untuk terus hidup,” katanya.
Kebaikan Derma Darah
Ads
Membantu pesakit yang memerlukan, juga dapat menjaga kesihatan si penderma
Menderma darah mengurangkan risiko sakit jantung bahkan turut membantu dalam menyeimbangkan zat besi di dalam badan penderma.
Menderma darah juga mengurangkan risiko terhadap penyakit kanser.
Penderma darah dapat mengurangkan kalori di dalam badan.
Menderma darah dapat menggantikan sel-sel darah yang baru lalu mengekalkan kecergasan dan menjadi perderma lebih produktif dalam melakukan kerja.
Paling utama, menderma darah dapat menyatukan ummah.
Inilah sebab paling utama untuk menderma darah bahawasanya ia mengingatkan kita bahawa sesungguhnya kita semua adalah sama.
Untuk rekod, Krisdayanti dilantik sebagai Duta Donor Darah Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia pada 24 November 2021. Malah, sebelumnya pada April 2021, beliau turut menerima pengiktirafan dari HighEnd Magazine Indonesia yang memilih figura ini sebagai salah seorang daripada 21 penerima Indonesia Beautiful Woman Award 2020/2021.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari majalah NONA & HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Chia seeds (Bijian Chia) nmempunyai banyak kebaikan dan khasiat yang sangat diperlukan dalam tubuh badan kita. Chia seeds juga dikenali sebagai ‘super food’ kerana kandungan nutrisinya yang tinggi. Ia mengandungi mineral dan serat yang tinggi serta lemak Omega-3 yang amat bagus untuk tubuh badan kita. Selain itu, chia seeds akan menyerap 9-10 kali air lebih daripada beratnya dan menghasilkan lendiran likat.
Sebab itulah bijian ini dijadikan ejen menguruskan badan yang popular kerana kita akan terasa lebih lama dan lebih cepat kenyang apabila mengambil bijian dalam diet permakanan harian kita. Ini antara khasiat lain chia seeds yang sangat diperlukan dalam tubuh badan kita.
1. MENGAWAL BERAT BADAN
Walaupun tidak ada kajian lagi yang menunjukkan chia seeds boleh menurunkan berat badan seseorang, tapi ia mampu mengurangkan keinginan makan seseorang untuk makan dalam jumlah yang berat.
2. MENINGKATKAN DAYA INGATAN
Nutrisi Omega-3 yang terdapat dalam chia seeds dan juga ikan adalah amat penting untuk kesihatan otak anda disamping meningkatkan daya ingatan dan tumpuan yang lebih baik.
3.KUATKAN GUSI DAN TULANG
Satu hidangan biji chia seed dalam diet menu harian mempunyai 18% daripada pengambilan harian yang telah disyorkan untuk kalsium, yang dimana ianya berfungsi untuk mengekalkan tahap kesihatan gigi, tulang, dan dapat mencegah osteoporosis.
4. TINGKATKAN KESIHATAN JANTUNG
Chia seeds terbukti dalam meningkatkan tekanan darah dan memperbaiki kesihatan jantung yang sangat sesuai untuk pesakit kencing manis. Ia juga boleh meningkatkan kolestrol sihat dalam badan di samping berfungsi untuk mengurangkan kolestrol dalam masa yang sama.
5. SEL DARAH MERAH
Zat besi dan natrium yang terdapat dalam chia seeds baik untuk anemia dan meningkatkan kualiti sel darah merah dalam badan. Selain itu, ia juga mampu merawat keradangan kulit dan membuat kulit dan rambut lebih sihat dan cantik.
7. STABILKAN GULA DALAM DARAH
Chia seeds juga amat berkesan untuk menstabilkan gula dalam darah kita disamping dapat melawan rintangan bagi insulin yang telah terikat dalam peningkatan pada lemak perut. Rintangan yang jenis ini adalah amat berbahaya bagi kesihatan diri kita secara keseluruhanya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kecantikan aktres Amyra Rosli sememangnya diketahui ramai dan tidak disangkal lagi. Memiliki pesona dan aura tersendiri, bintang drama popular Nur ini terkenal dengan sikapnya yang mesra, rendah diri dan penuh kelembutan. Dari seorang pelakon, bakat Amyra turut bersinar sebagai pengacara televisyen.
Baru-baru ini kehadiran isteri aktor Amar Baharin ke sebuah majlis ilmu nyata menarik perhatian para tetamu dan peminat setia.
Berkongsi momen istimewa itu di media sosial miliknya, Amyra yang anggun mengenakan persalinan jubah rona Aqua cukup manis dipandang.
Sekaligus menyerlahkan sisi elegan dan perwatakan wanita muslimah sejati.
Yang pasti, foto yang dimuat naik itu mendapat pujian ramai. Bukan hanya terpesona dengan kecantikan Amyra bahkan mereka turut menyenangi perwatakan jelitawan tersebut yang berbudi pekerti tinggi.
Kongsi Amyra dalam gambar berkenaan, “She’s imperfect but she tries. Thank you kak Umie Aida bagi peluang sebaris dengan insan-insan hebat. Banyak perkongsian yang dapat Myra manfaatkan daripada majlis ilmu ni. Alhamdulillah.”
April lalu, ibu dua anak ini turut mendapat tumpuan masyarakat apabila berusaha keras menyiapkan kediaman ibu bapa yang ditipu sebuah syarikat hiasan dalaman. Difahamkan Amyra membayar sejumlah besar wang kepada syarikat terbabit namun tiada tindakan susulan dibuat.
Bagaimana pun niat untuk membahagiakan ibu bapa menjadi realiti apabila syarikat hiasan dalaman terkenal iaitu Lentera Creative Home sudi membantu.
Amyra atau nama sebenarnya Nur Amirah Izzati Rosli kini meniti usia 32 tahun dan merupakan seorang anak seni berjaya.
Dia mendirikan rumah tangga dengan Amar Baharin pada tanggal 11 November 2016. Hasil perkongsian hidup, pasangan romantis ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu anak lelaki Aqeef Anaqi dan anak perempuan Ayra Aryssa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak ada wanita yang ingin dipandang lebih tua daripada usia sebenar mereka. Maka tidak hairanlah jika ribuan wang ringgit dihabiskan oleh kaum hawa untuk membeli rangkaian produk baik penjagaan wajah mahupun kosmetik. Bagi mereka yang dikurniakan kulit muka yang sempurna dan awet muda, bertuahlah empunya badan kerana tidak perlu berusaha keras sebagaimana mereka yang kurang bernasib baik. Namun, jika wajah anda menampakkan usia yang sebenar, berhati-hatilah ketika merias wajah kerana bimbang hasil sentuhan solekan membuatkan anda 10 tahun lebih berusia.
Berikut merupakan antara kesalahan dalam menata rias wajah:
Kesalahan 1: Dandanan Terlalu Tebal
Solekan yang terlalu tebal menampakkan diri kelihatan lebih tua dari usia sebenar. Sebaiknya ketika mengoles bedak asas, elakkan produk bercirikan ‘matte’, ‘velvet’ dan ‘tahan lama’ tetapi carilah produk yang formulanya lebih ringan. Selepas mengaplikasi bedak asas, tekan dengan span yang lembab di daerah wajah yang memiliki kedutan untuk menyerap bedak asas yang berlebihan. Kalau tidak mahu solekan tampak sangat tebal dan terlalu putih, kurangkan pemakaian base makeup. Pilih salah satu sama ada foundation atau concealer.
Kesalahan 2: Bedak Asas Terlalu Terang
Selain Sapuan bedak asas yang terlalu tebal, aplikasi warna bedak asas yang lebih pucat dari warna kulit asal juga akan menegaskan garis-garis halus di wajah. Apabila usia kian bertambah, pemilihan warna yang sedikit lebih gelap daripada warna kulit asal adalah disarankan meskipun anda berwajah cerah. Malah, kandungan bedak asas yang mampu memberikan efek kilauan pada wajah adalah lebih baik untuk menyerlahkan kulit wajah yang bersinar.
Kesalahan 3: Bahaya Eyeliner Dan Maskara Di Bawah Mata
Aplikasi penggaris mata di garisan bawah mata bukan sahaja membuatkan mata kelihatan lebih kecil malah menampakkan mata yang penat hasil efek lingkaran hitam yang terjadi. Begitu juga aplikasi maskara di bawah mata boleh membuat mata anda kelihatan rapuh di samping lingkaran hitam di bawah mata selain garisan halus dan kedutan pada sudut luar mata. Memadai jika anda memakai eyeliner dan maskara di bahagian atas mata sahaja. Garisan eyeliner yang dioles sebaiknya semakin menebal ketika mencapai sudut mata memandangkan daerah tersebut memiliki kecenderungan untuk kendur apabila usia kian bertambah.
Sementara olesan maskara pula seharusnya fokus pada bahagian bulu mata atas sahaja dari akar hingga ke hujung bulu mata. Harus ingat bulu mata cenderung untuk kering apabila umur semakin meningkat. Sekaligus menyebabkan maskara mudah bergumpal, lantas menitis pada wajah. Oleh itu, elakkan sapuan maskara yang tebal. Selain itu, jangan lupa untuk menyepit bulu mata agar mata kelihatan lebih besar, secara tidak langsung membuatkan anda kelihatan lebih muda.
Kesalahan 4: Membuat Bibir Tampak Lebih Tebal
Anda mungkin pernah mencuba teknik ini. Membuat garis tambahan di luar garis bibir akan membuatkan bibir tampak lebih tebal. Namun jika anda salah melakukannya, bibir akan tampak lebih janggal dan tidak semula jadi. Seeloknya jika anda ingin menggunakan pensil bibir, pilihlah warna yang sama atau satu tingkat lebih gelap daripada warna bibir anda.
Jika anda sudah pun menggunakan pensil bibir dan gincu, anda boleh menghaluskan garisan yang terdapat pada bibir dengan meratakan sapuan gincu tersebut. Manakala bagi mereka yang mempunyai bibir nipis, jangan sesekali membuat garis bibir di luar bibir kerana ia hanya akan menjadikan bibir tampak tebal.Cukuplah sekadar menggunakan pensil bibir pada garis asal dan sapukan pengilat bibir agar bibir kelihatan penuh.
Kesalahan 5: Kening “Sin Chan”
Kesilapan yang sering dilakukan apabila menggunakan pensil kening adalah membentuk kening terlalu tebal dan gelap hingga hilang rupa bentuk semula jadinya. Cara yang betul adalah sebelum menggunakan pensel kening, tandakan titik pada kening agar mudah untuk dilukis. Kemudian ratakan kening yang dilukis menggunakan berus. Sementara pemilihan warna pensel kening pula sebaiknya berasakan rona natural atau sama dengan warna rambut anda.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.