Auranya cukup memukau. Setiap gerak tari Farah Ann Abdul Hadi di gelanggang gimnastik bukan hanya menggetarkan jiwa atlet yang bertanding bahkan membuatkan penonton bersorak gembira dengan aksinya yang mempesona. Semalam, selepas 10 pingat dirangkul dalam temasya Sukan SEA, Farah Ann mengulangi kejayaan sama meraih pingat emas kelimanya dalam sukan dwitahunan yang berlangsung di Filipina tersebut. Sekaligus melonjakkan kembali namanya hingga menjadi bualan dan kebanggaan negara. Kagum!
Mengumpul mata tertinggi 48.050 di Kompleks Sukan Rizal Memorial, Farah Ann berjaya memintas pesaing terdekat dari Indonesia iaitu Rifda Irfanaluthi yang mengutip 47.800 mata dalam acara individu keseluruhan. Lebih manis, selain Farah Ann… seorang lagi gimnas negara iaitu Tan Ing Yueh turut menaiki podium dan meraih gangsa dengan kutipan 46.900 mata. Difahamkan, Farah Ann sudah pun melayakkan diri beraksi pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan pernah memenangi dua emas pada edisi 2017 di Kuala Lumpur dalam acara berpasukan dan saingan senaman lantai.
Pingat Emas Farah Ann dalam Sukan SEA Filipina 2019Kejayaan manis Farah Ann semalam
Membuka kembali lembaran temu ramah Nona bersama wanita cantik ini, Farah Ann yang berusia 25 tahun memberitahu dia dan adik-beradik sudah didedahkan dengan sukan ini sejak kecil oleh ibu bapanya, Abdul Hadi Ahmad dan Kimberly Ann Gagnon. Galakan berkenaan diberikan kepada mereka memandangkan kedua-dua ibu bapanya juga datang dari latar belakang yang sama dan berhasrat menjadikan anak-anak sebagai atlet negara.
“Disebabkan saya bersikap hiperaktif dan suka bermain monkey bar di taman permainan, ibu bapa saya memilih sukan gimnastik untuk kami ceburi. Justeru, seawal usia tiga tahun, saya sudah mula dihantar mengikuti kelas gimnastik bersama kakak saya, Katrina Ann yang pada masa itu berusia lima tahun. Katrina sekarang merupakan atlet renang berirama negara.
Memasuki umur enam tahun, saya sudah mula menyertai pertandingan di peringkat negeri Selangor. Manakala ketika menginjak umur tujuh tahun pula, saya berjaya mewakili Selangor untuk bersaing di peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM).
Di samping keluarga tersayang
Ads
Melihat potensi saya untuk pergi jauh dalam arena sukan gimnastik, saya ditawarkan untuk menyambung pelajaran di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Nyata penglibatan saya dalam sukan gimnastik mula serius setelah menghadiri latihan sebanyak enam kali seminggu di sekolah tersebut,” ujar gadis kelahiran Subang Jaya ini.
Kenapa gimnastik… “Saya sifatkan sukan gimnastik sebagai sukan luar biasa. Gimnastik membantu individu menjadi lebih kuat dan fleksibel. Malah, saya berpendapat, sukan gimnastik menjadikan saya lebih kreatif untuk merancang aksi dan skil yang ingin ditonjolkan kepada umum.”
Ads
Ads
Ditanya tentang kenangan pahit? “Saya pernah mengalami kecederaan di bahu dan tulang belakang sewaktu menjalani latihan. Ia memerlukan jangka masa lama untuk pulih sehingga menyebabkan saya terlantar di hospital hampir dua minggu serta terpaksa berehat di atas katil selama sebulan.”
Akui Farah Ann lagi, ada dua sisi lain tentang dirinya yang tidak diketahui ramai. “Saya pun sama macam orang lain. Sebenarnya saya seorang yang pemalu dan clumsy,” katanya sambil tersenyum.
Menjadikan Dato’ Nicol David dan Pandalela Rinong sebagai idola, Farah Ann bercita-cita untuk menceburkan diri dalam bidang media jika tidak lagi berada dalam bidang ini.
Tip Kecantikan Farah Ann
Minum air kosong secukupnya.
Amalkan diet sihat dan seimbang.
Jangan malas untuk bersenam untuk kekal awet muda.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa tak mengenali Miss Universe Filiphina, Pia Wurtzbach yang suatu ketika dulu popular apabila kemenangannya pada pertandingan ratu cantik pada 2015 menimbulkan kontroversi apabila hos Steve Harvey membuat kesilapan ketika mengumumkan nama pemenang. Tercatat sebagai salah satu momen paling kecoh diperkatakan sewaktu itu, populariti Pia semakin mencanak selepas kejadian tersebut.
Dan kini, nama Pia kembali menjadi sohor kini selepas dia mengumumkan secara rasmi yang dirinya kini sudah selamat menjadi isteri kepada lelaki pujaan hatinya, seorang usahawan tampan Jeremy Jauncey.
Jeremy Jauncey merupakan seorang usahawan dan juga Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Beautiful Destinations, sebuah syarikat studio strategik, kreatif dan penciptaan kandungan yang memenangi anugerah memfokuskan pada perjalanan dan pemandangan terbaik dunia.
Bercinta sejak tahun 2019, Pia memilih untuk melangsungkan perkahwinan sederhana di sebuah pulau yang indah. Berita perkahwinan Pia dan Jeremy tiba-tiba mengejutkan banyak pihak kerana sebelum ini tiada sebarang makluman mengenai perkara ini.
Perkahwinan Pia dan Jeremy disambut dengan ucapan tahniah oleh rakan-rakan selebriti dan pencinta pertandingan Miss Universe yang mendoakan kebahagiaan mereka. Menurut sumber, majlis pernikahan mereka dianjurkan secara tertutup dan sangat sederhana malah hanya dihadiri oleh beberapa orang kenalan rapat saja. Tiada ahli keluarga Pia dan Jeremy dilihat hadir.
Yang menariknya, Pia dan Jeremy memilih lokasi sebuah pulau eksotik di Seychelles di wilayah Afrika Timur sebagai tempat untuk mereka melaung dan mengikrarkan janji. Berbeza dengan pasangan selebriti yang lain, pasangan sama cantik sama padan ini dilihat cukup menjaga privasi dan tidak banyak berkongsi momen persandingan mereka dengan media.
Selepas sah bergelar suami dan isteri, Pia dan Jeremy masing-masing memuatnaik foto dan video di media sosial mereka dengan kapsyen “Forever & always, Mr & Mrs Jauncey”. Tahniah NONA ucapkan kepada Pia dan Jeremy, dan semoga cepat-cepat dapat anak.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam kehidupan setiap insan, pastinya ada individu yang dianggap seperti idola, menjadi pembakar semangat untuk kita sama ada menjadi sepertinya atau untuk mengecap satu-satu tujuan. Berkongsi di laman Instagramnya, Oktovia Manrose baru-baru ini menitipkan rasa kesyukuran apabila berpeluang menemui Ustazah Asma’ Harun dalam satu majlis ilmu, walaupun pada saat-saat terakhir.
Mengakui majlis tersebut sangat memberikan kesan, majlis Maulid Akhbar yang di anjurkan oleh Ustazah Asma’ Harun itu menjadi satu majlis ilmu yang banyak memberikan perkongsian yang baik, sekaligus membuatkan Oktovia Manrose terbuka untuk mendalami agama Islam.
”Majlis yang sangat mengesankan kepada semua yang hadir. Dan kepada sahabat saya , pengikut saya yang selalu meyokong saya dan mendoakan saya agar kekal istiqomah. Marilah kita sama-sama mendekatkan diri dengan majlis2 ilmu yang menceritakan kebesaran Allah SWT dan Rasullullah SAW,” titip Oktovia menerusi hantarannya di Instagram.
Oktavia atau nama penuhnya Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman juga tidak terkecuali meluahkan tanda penghargaannya kepada pendakwah bebas itu pada laman sosial media miliknya dan memuji keperibadian Ustazah Asmah’. MasyaAllah. Ustazah sangat baik, sangat humble, Tarik lah saya dan kami semua ke syurga Allah ustazah.”
Menjengah ruangan komen, ramai rakan-rakan artis serta warga maya yang menitipkan kata-kata syukur melihat keakraban dan pertemuan Oktavia dengan Ustazah Asmah’. Tak lupa juga ada yang mendoakan Oktavia untuk terus dan kekal istiqamah.
Baru-baru ini Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib menyantuni golongan asnaf pada majlis berbuka puasa anjuran Astana Negeri Sarawak.
Tun Taib dan Toh Puan Raghad turut menyampaikan duit raya kepadaa 50 asnaf daripada Persatuan Anak Limbang dan Persatuan Budaya Pasar Borneo Sri Kembangan.
Majlis turut menyaksikan syarikat VFive Group menyampaikan sumbangan RM100,000 kepada Ragad Foundation sebagai sokongan kepada yayasan itu dalam menjalankan kerja-kerja amal.
Hadir sama pada majlis itu ialah Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.
Majlis tersebut dihadiri oleh 300 tetamu yang terdiri daripada jabatan serta agensi di bawah Kerajaan Persekutuan dan Sarawak termasuk duta-duta dari negara luar.
Sumber: TVS
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.