Watak penyanyi pop terkenal dunia, mendiang Michael Jackson dilaporkan akan dilakonkan semula oleh anak saudaranya yang berusia 26 tahun, Jaafar Jackson dalam filem biografi ‘Michael’.

Jaafar merupakan anak kepada abang mendiang Michael iaitu Jermaine Jackson atau Muhammad Abdul-Aziz Jackson yang juga seorang penyanyi dan penerbit.

IKLAN

Jaafar Jackson mempunyai adik-beradik seramai 8 orang terdiri 6 lelaki dan 2 perempuan dari ibu berlainan. Ibunya bernama Alejandra Oaziaza.

Menariknya, raut wajah segak dan bakat seni yang mengalir deras dalam tubuh Jaafar membuatkan jejaka ini individu paling tepat menggambarkan zaman kegemilangan mendiang bapa saudaranya.

Usia 26 Tahun, Anak Saudara Raja Pop Dunia Ini Jadi Jelmaan Michael Jackson

 

Usia 26 Tahun, Anak Saudara Raja Pop Dunia Ini Jadi Jelmaan Michael Jackson

 

Usia 26 Tahun, Anak Saudara Raja Pop Dunia Ini Jadi Jelmaan Michael Jackson

 

Menurut ibu Michael iaitu Katherine Jackson, cucu kesayangannya itu mampu menjadi pewaris mereka dalam industri muzik.

“Jaafar mewakili anak saya. Sangat menggembirakan melihat dia meneruskan legasi Jackson sebagai seorang penghibur.” Katherine Jackson

IKLAN
Usia 26 Tahun, Anak Saudara Raja Pop Dunia Ini Jadi Jelmaan Michael Jackson
Foto oleh Jourdynn Jackson

 

“Saya teruja membawakan watak bapa saudara saya, Michael Jackson kembali ke layar perak. Buat semua peminat beliau di seluruh dunia, saya bakal bertemu anda nanti.” Jaafar Jackson

 

Berita ini disahkan oleh Studio Lionsgate dalam satu kenyataan yang memaklumkan, naskhah berkenaan akan meneroka kehidupan seorang lelaki rumit yang bergelar Raja Pop.

IKLAN

Menurut kenyataan itu, filem tersebut bakal mendedahkan semua aspek dalam kehidupan Michael serta persembahannya yang paling penting sekali gus meletakkan beliau menjadi ikon dalam dunia muzik.

Penggambaran akan bermula tahun ini dan filem epik ini akan diarahkan oleh Antoine Fuqua dan diterbitkan oleh Graham King yang bersetuju Jaafar mempunyai keupayaan semula jadi untuk mencontohi dan menghidupkan watak Michael.

Usia 26 Tahun, Anak Saudara Raja Pop Dunia Ini Jadi Jelmaan Michael Jackson

 

Usia 26 Tahun, Anak Saudara Raja Pop Dunia Ini Jadi Jelmaan Michael Jackson

“Jelas bahawa dia adalah satu-satunya orang yang layak mengambil peranan ini,” kata King yang teruja untuk membawa Jaafar ke skrin besar sebagai ‘jelmaan’ mendiang bapa saudaranya.

Dalam masa sama, Lionsgate tidak menyebut mengenai salah satu kes paling kontroversi dalam episod hidup superstar dunia itu iaitu perbicaraan atas tuduhan penderaan seks kanak-kanak pada 2005 dan dakwaan tambahan terhadap penyanyi itu dipaparkan dalam dokumentari 2019, ‘Leaving Neverland’.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI