PUAN SRI NOORAINEE ABDUL RAHMAN

Yang Amat Berbahagia Puan Sri Datin Paduka Hajah Noorainee Abdul Rahman lambang seorang wanita sempurna. Penampilan beliau yang sopan dan menutup aurat bukan hanya ‘sejuk’ mata memandang bahkan mencerminkan peribadi Muslimah sejati.

Sebagai isteri kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Puan Sri Noorainee dilihat cukup menjaga nama baik suami, setia menemani suami tercinta dan menjadi tulang belakang kepada kejayaan Perdana Menteri Ke-8 tersebut hingga ke hari ini.

IKLAN

Pengalaman Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam arena politik tanah air selama lebih 40 tahun membuatkan Puan Sri Noorainee lebih matang dan cekal membawa gelaran isteri pemimpin.

Isteri Penyayang & Ibu 4 Anak, PUAN SRI NOORAINEE Wanita Hebat Di Belakang Tan Sri Muhyiddin! Isteri Penyayang & Ibu 4 Anak, PUAN SRI NOORAINEE Wanita Hebat Di Belakang Tan Sri Muhyiddin!

Isteri Penyayang & Ibu 4 Anak, PUAN SRI NOORAINEE Wanita Hebat Di Belakang Tan Sri Muhyiddin!

Isteri Penyayang & Ibu 4 Anak, PUAN SRI NOORAINEE Wanita Hebat Di Belakang Tan Sri Muhyiddin! Isteri Penyayang & Ibu 4 Anak, PUAN SRI NOORAINEE Wanita Hebat Di Belakang Tan Sri Muhyiddin! Isteri Penyayang & Ibu 4 Anak, PUAN SRI NOORAINEE Wanita Hebat Di Belakang Tan Sri Muhyiddin!Menyedari tanggungjawabnya sebagai isteri Perdana Menteri, kelibat Puan Sri Noorainee kelihatan menghadiri majlis-majlis rasmi dan mengikuti program ramah mesra bersama rakyat dalam usaha menyokong kerjaya suami tercinta.

Mendekati personaliti isteri kepada Perdana Menteri ini, Puan Sri Noorainee dilahirkan pada 21 April 1949. Sama seperti Tan Sri Muhyiddin, ibu berjiwa penyayang ini juga merupakan wanita kelahiran Muar, Johor.

Isteri Penyayang & Ibu 4 Anak, PUAN SRI NOORAINEE Wanita Hebat Di Belakang Tan Sri Muhyiddin!

 

Isteri Penyayang & Ibu 4 Anak, PUAN SRI NOORAINEE Wanita Hebat Di Belakang Tan Sri Muhyiddin! Isteri Penyayang & Ibu 4 Anak, PUAN SRI NOORAINEE Wanita Hebat Di Belakang Tan Sri Muhyiddin! Isteri Penyayang & Ibu 4 Anak, PUAN SRI NOORAINEE Wanita Hebat Di Belakang Tan Sri Muhyiddin!

Meniti usia 72 tahun, Puan Sri Noorainee pernah menyandang jawatan Timbalan Yang diPertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) dan Penasihat Pertubuhan Badan Amal Tenaga Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Johor (JUITA JOHOR) ketika Tan Sri Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor sekitar tahun 1986 hingga 1995.

IKLAN

Kini, Puan Sri Noorainee turut bergelar Penaung Kempen Tabung Pahlawan. Pada Julai tahun lalu, Puan Sri Noorainee berpeluang menyematkan pin veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di pakaian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kempen Tabung Pahlawan ini dilancarkan pada bulan Ogos bagi mengutip sumbangan daripada syarikat korporat dan individu untuk diagihkan kepada veteran ATM yang memerlukan di seluruh negara.

Isteri Penyayang & Ibu 4 Anak, PUAN SRI NOORAINEE Wanita Hebat Di Belakang Tan Sri Muhyiddin!
Puan Sri Noorainee semat pin veteran ATM

Isteri Penyayang & Ibu 4 Anak, PUAN SRI NOORAINEE Wanita Hebat Di Belakang Tan Sri Muhyiddin! Isteri Penyayang & Ibu 4 Anak, PUAN SRI NOORAINEE Wanita Hebat Di Belakang Tan Sri Muhyiddin!

IKLAN
Isteri Penyayang & Ibu 4 Anak, PUAN SRI NOORAINEE Wanita Hebat Di Belakang Tan Sri Muhyiddin!
Penyanyi, Najwa ialah anak kepada Tan Sri Muhyiddin & Puan Sri Noorainee

Puan Sri Noorainee mendirikan rumah tangga bersama Tan Sri Muhyiddin pada 22 September 1972. Selama 49 tahun hidup bersama, mereka dikurniakan empat cahaya mata terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan iaitu Datuk Fakhri Yassin, Datin Sri Nabila Mahiaddin, Najwa Mahiaddin dan Farhan Yassin Mahiaddin.

Keempat-empat anak pasangan ini melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan korporat, industri hiburan dan penulisan. Lebih membanggakan, salah seorang cucu Tan Sri Muhyiddin dan Puan Sri Noorainee iaitu Iman Alisha merupakan atlet gimrama yang mewakili Wilayah Persekutuan dalam Sukan Malaysia 2018 ketika berusia 13 tahun.

Moga segala jasa dan kebaikan yang dipamerkan Puan Sri Noorainee menjadi inspirasi untuk menjadi wanita, isteri dan ibu yang baik kepada keluarga serta masyarakat.

 

Kredit foto: Facebook Muhyiddin Yassin

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI