Bekas Senator, Datuk Ras Adiba Radzi menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas menerima watikah keahlian parti berkenaan pada Ahad.
Watikah berkenaan disampaikan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan di sini.
Turut menerima watikah ialah bekas Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.
Dua lagi individu iaitu bekas Ketua Wanita Keadilan Negeri Sembilan, Azlimah Zamli dan bekas Ketua Cabang Keadilan Jelebu merangkap bekas Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang, Yus Mazmi Ahmad Yusof pula menyerahkan borang keahlian Bersatu mereka.
Ads
Ras Adiba ketika ditemui berkata, beliau memilih menyertai BERSATU untuk menyokong perjuangan gabungan PN dalam membela nasib rakyat termasuk golongan OKU dan percaya PN berupaya mengembalikan kecemerlangan dan kesejahteraan negara.
Ras Adiba mengakui sebelum ini beliau adalah ahli UMNO sehingga akhir tahun lalu tetapi memutuskan untuk menyertai BERSATU berikutan senario politik yang berubah.
Ads
Turut mencuti tumpuan ialah penampilan bekas wartawan penyiaran, pengacara televisyen dan pengulas sukan tersebut yang tampil anggun dan jelita menyarung kebaya berona biru dengan lilitan selendang menutupi sebahagian kepalanya.
Walaupun masih perlu bergantung pada kerusi roda elektrik untuk bergerak, namun aura dan personaliti Datuk Ras Adiba nyata cukup memukau dan masih berkarisma.
Ads
Untuk rekod, Ras Adiba pernah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada 11 November 1995 di mana beliau mengalami kecederaan pada tulang belakangnya. Keadaan beliau bertambah teruk pada tahun 2001 apabila beliau diserang oleh sekumpulan lelaki di luar rumahnya. Pada tahun 2002 beliau tergelincir ketika menaiki tangga lalu tulang belakangnya cedera di tahap Thorasic 10 atau T10.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Makin cantik berseri-seri suri hati kesayangan Datuk Latif Romly, Datin Nabila. Meniti usia 27 tahun, pendidik ini bukan saja tampil memikat. Malah bertambah bahagia sejak bergelar isteri jaguh paralimpik negara berkenaan.
Meskipun berkahwin pada usia muda namun kedua-duanya matang menjalani alam rumah tangga.
Usia Perkahwinan Datuk Latif Romly Dah 2 Tahun
Tanggal 13 Disember lepas genap dua tahun usia perkahwinan Datuk Abdul Latif Romly dan isteri tercinta, Datin Nurul Nabila Farhana Musaidi. Lebih bermakna, tarikh berkenaan bukan hanya detik hari bersejarah mereka disatukan sebagai suami isteri.
Bahkan, ia juga merupakan hari lahir wanita kesayangan atlet para tersebut.
Tak dinafikan sejak bergelar isteri Datuk Latif Romly, penampilan Datin Nabila menjadi perhatian khalayak. Pastinya rasa bahagia yang dialami wanita ini jelas terpancar di raut wajah sekaligus menyerlahkan aura anggun, cantik dan bergaya.
Difahamkan pasangan ini mula berkenalan sejak di bangku sekolah lagi. Dalam temu bual Nona bersama Datin Nabila pernah mendedahkan mereka mula berkawan rapat sewaktu Tingkatan 5.
Datuk Latif Romly Tunai Umrah Dengan Isteri
Awal November lepas, Datuk Latif dan Datin Nabila berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah umrah. Sejak mendirikan rumah tangga, kerjaya olahragawan negara ini juga cemerlang.
Begitu juga rezeki yang dikurniakan kepada atlet kelahiran Perlis ini. Melimpah ruah!
Selain berjaya membawa pingat emas di Sukan Paralimpik Paris 2024, dia turut menerima Skim Hadiah Kemenangan Sukan Majlis Sukan Negara, Temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 berjumlah RM300,000 pada hujung Oktober 2024.
Diikuti penyerahan insentif kemenangan Sukan Paralimpik Paris 2024 bagi Negeri Perlis berjumlah RM80,000.
Semoga segala impian Datuk Latif untuk mengharumkan nama negara dapat direalisasikan dan rumah tangga di samping Datin Nabila kekal bahagia hingga ke syurga.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak remaja, figura cantik kelahiran Sungai Petani ini sudah bekerja keras mencari pendapatan sendiri. Ketika remaja lain sibuk dengan kuliah, Janna Nick pula sibuk bekerja dan berniaga demi mengukuhkan nama dalam industri.
Usaha dan kerja keras itu berbaloi. Berkat menyara keluarga dan membahagiakan ibu tersayang, rezeki Janna Nick atau nama betulnya Nurul Jannah Muner terus mengalir bagaikan air.
Mampu membeli rumah pertama seawal usia 21 tahun, kini nama isteri kepada Dini Schatzmann itu bukan saja terpahat sebagai penyanyi, pelakon, pengacara, pengarah dan penerbit tetapi sebagai pengasas produk kecantikan berjaya di tanah air.
Penampilan Janna Nick, 28 tahun, selepas melangsungkan perkahwinan baru-baru ini juga tampak lebih matang. Menyerlahkan lagi kecantikannya yang putih gebu dengan kulit yang halus mulus.
Apa amalan kulit licin gebu Janna Nick? Jom tengok apa rahsianya dalam video Bual Cantik ini…
Amboi, terpancar aura usahawan sukses dari kata-kata yang dilontarkan oleh Janna Nick.
“Saya dah lama aktif dalam bidang perniagaan sejak enam tahun lepas. Produk pertama saya ialah Sephia, yang sehingga kini saya rasa tak perlu dipromosikan langsung kerana kebaikannya dah menjadi bualan mulut ke mulut.
Setiap kali stok ada, ejen-ejen akan terus ambil. Inilah produk saya yang ada regular customer sepanjang enam tahun di pasaran iaitu Sephia All-In-One Argan Oil, boleh dipakai dari hujung rambut sampai hujung kaki. Sangat bagus dan berpatutan.
Dari situ jugalah saya mula nampak bahawa bisnes ini sangat membantu untuk berkongsi rezeki dengan lebih ramai orang, ejen-ejen saya, pekerja-pekerja saya. Saya pun dapat tambah lebih ramai pekerja.
Kiranya saya dapat kongsi rezeki dengan lebih ramai oranglah.” Janna Nick
Bukan itu saja, Janna Nick juga melancarkan rangkaian produk penjagaan kulit sendiri iaitu White Fluffy tiga tahun lepas.
“Baru-baru ini saya launching produk terbaharu iaitu moisturizer dan peel-off mask. Saya sangat-sangat obses dengan produk saya sendiri sebab krim malam dan peel-off mask ni sangat bagus.
Kalau tengok kulit saya glowing adalah kerana produk yang terbaru tu.
Saya puas hati bila keluarkan produk yang baik kerana dalam bisnes, kita bukan mengejar keuntungan semata-mata tapi nak menghasilkan yang terbaik sambil berkongsi rezeki dengan orang lain.” Janna Nick
Ramai wanita yang masih keliru dengan produk yang patut mereka miliki. Tip penting sebelum memilih produk yang terbaik adalah produk tersebut bersesuaian dengan individu masing-masing. Setiap individu mempunyai keperluan yang berbeza. Teliti isi kandungan terlebih dahulu ya!
(1) HARUMAN MENCIPTA KETENANGAN
Jenama wangian mewah antarabangsa, Amouage, telah memperkenalkan Beach Hut Woman yang penuh kelembutan mencipta fantasi keindahan haruman dan warna-warni taman bunga-bunga liar. Wangian ini mengadunkan elemen kehangatan dan kesejukan demi mencipta keharuman yang sarat nostalgia.
(2) BIBIR CANTIK UMPAMA PUTERI
Silkygirl telah memperkenalkan Lacquer Lipcolor Balm yang mampu memberi dimensi baharu kepada kecantikan kulit. Lipstik berpigmen tinggi ini diperhalusi dengan balsam dan kesan pengilat untuk kesan yang lebih indah. Diperkaya dengan Monoi Butter dan Vitamin E bagi mengekal kesan lembut dan segar sepanjang hari. Hadir dengan 5 rona istimewa Mauve, Caramel, Crimson, Salsa dan Rose.
(3) AKTIFKAN KEREMAJAAN KULIT
Jenama penjagaan kulit klinikal, Murad® telah melancarkan Retinol Youth Renewal Serum, anti-penuaan baharu yang menyasarkan tanda-tanda yang kelihatan dengan cepat tanpa sebarang kesan sampingan. Dikuasakan oleh teknologi Murad RetinolTri-Active Technology, serum bertindak cepat ini mengurangkan garis kedutan yang mendalam, menegangkan, melicinkan warna kulit, menyinar dan memudakan kulit.
(4) PERAWATAN ANTI PENUAAN
Sothys telah melahirkan Secrets de Sothys® Global Anti-Age De-Stressing Care. Melalui formulasi yang telah diinovasi dengan teliti krim ini berupaya menentang penuaan akibat perubahan hormon, penuaan dan pencemaran secara semula jadi. Menggunakan teknologi Tex-OE®, ekstrak pear, minyak esensi Ylang-ylang dan Marjoram telah mengukuhkan lagi magisnya.
(5) HARUMAN LAMBANG PERSONALITI
Wangian yang diberi nama Guess 1981 ini hadir dengan haruman segar dan moden berinspirasi warisan dan klasik elegan. Guess 1981 telah digarap indahj dengan haruman jasmine petals, sweet juicy pear dan lingering sandalwood. Haruman segar sepanjang hari ini membuat hari menjadi lebih ceria.
(6) RESTORASI KULIT PADA TAHUN BARU
The Face Inc telah menemui sesuatu yang baru untuk diperkenalkan. Serum Anti Penuaan ini boleh membantu melawan kesan penuaan dengan memulihkan kesan garis-garis halus serta kedutan. Hadir dengan peptida kuat yang mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan.
(7) KOMBINASI UDA DAN DARA
Because It’s You, untuk wanita istimewa dan Stronger With You, buat lelaki yang gagah. Haruman khas untuk wanita ini menyuntik mood riang dan sukar dilepaskan oleh sesiapa sahaja. Menyuntik haruman indah raspberi yang diadun sempurna dengan neroli. Wangian kekal sepanjang hari ini berteman pula dengan pilihan buat jejaka yang sukar dijangkakan. Mengadunkan cardamom, pink peppercorn dan violet leaves.
(8) MANDIAN SEGAR SEPANJANG HARI
Jenama penjagaan diri L’occitane yang terkenal dengan hasil yang menakjubkan telah mengeluarkan Shea Shower Oil yang berupaya memelihara kulit jauh dari dalam. Teksturnya yang halus dan kaya dengan sumber semula jadi mampu melembapkan kulit dan menentang kerengsaan yang biasa dihadapi oleh wanita.
(9) SERUM MENENTANG KEDUTAN
Rangkaian penjagaan diri Melvita, telah mengeluarkan produk terbaru yang pasti menjadi item wajib bagi setiap wanita. Youthful Oil Serum yang sangat berkesan untuk memudarkan kedutan dan garis halus dan dalam masa yang sama memelihara kulit secara semula jadi.
(10) WAJAH LEBIH BERSERI DAN MUDA
Sephora Collection telah memperkenalkan Snow Glow Face Palette yang mampu mencipta raut wajah yang manis dan anggun. Mengandungi pemerah pipi, bronzer, highlighting dan luminizer dalam satu palet mencipta kemudahan untuk dibawa ke mana-mana.
(11) BERSIHKAN TUBUH DENGAN SEMPURNA
Soap & Glory telah menyediakan sebuah pakej yang indah buat wanita yang mahu mencipta masa dalam bilik air. Special Edition Soaper Heroes yang mengandungi Clean On Me™ Shower Gel, The Scrub Of Your Life™ Body Buffer, a Rich & Foamous™Body Wash Pod, a Sugar Crush™ Body Wash pod, The Righteous Butter™ dan Hand Food™ Hand Cream 50ml! Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wah, beruntungnya Elisya Sandha dikurniakan seorang ibu mentua yang baik dan sanggup menjaganya selepas melahirkan anak. Tak dinafikan, masih ada dalam kalangan ibu mentua yang berbuat perkara sama terhadap menantu seperti Sheila Rusly ...