Berikut 8 fakta menarik mengenai Alia Bhatt yang pernah tersenarai dalam senarai Forbes India’s Celebrity 100, dan 30 Under 30 tahun 2017 oleh Forbes Asia.
Ads
1. Alia Bhatt dilahirkan pada 15 Mac 1993.
2. Ketika berusia enam tahun, Alia Bhatt pernah berlakon dalam filem Sangharsh 1999.
3. Alia Bhatt pernah ‘senyap’ seketika dari industri seni Bollywood selama beberapa tahun dan selepas itu dia kembali memulakan kerjayanya.
4. Pada 2012, Alia Bhatt kembali ke skrin besar membintangi filem ‘Student of the Years’ sebagai peranan utama.
Ads
5. Selain bergelar pelakon, Alia Bhatt juga seorang penyanyi Bollywood.
6. Alia Bhatt antara pelakon yang pernah mengalami kenaikan berat badan yang drastik ketika remaja, namun kini dia sudah memiliki bentuk badan yang ideal.
7. Pada 2016, Alia Bhatt pernah bergandingan dengan bintang Bollywood ternama Shah Rukh Khan dalam filem Dear Zindagi.
8. Sepanjang kariernya, Alia Bhatt telah membintangi lebih daripada 20 filem.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai diantara kita yang mempunyai impian untuk tampil langsing dan menawan ketika menyambut Syawal yang bakal berkunjung tiba tidak lama lagi.
Malah, jika lemak dibadan dapat disingkirkan. Maka pada Hari Raya tahun inj merasalah pakai busana-busana cantik yang lebih indah digayakan jika berbadan kurus.
Justeru, pelbagai cara boleh dilakukan untuk merealisasikan impian menurunkan berat badan itu. Begitu jugalah dengan rutin diet yang dikongsikan oleh pasangan penyanyi duo kembar seiras Aisha Hanim yang nekad menurunkan berat badan dengan meninggalkan terus satu tabiat ini.
Baru-baru ini pasangan kembar ini telah mendedahkan rahsia yang diamalkan mereka hingga berjaya menyingkirkan 13 Kilo lemak yang menempel di badan, hanya dengan tidak menjamah makanan ruji rakyat Malaysia iaitu nasi selama empat bulan.
Menurut pemilik nama sebenar Nooraisha Farizan dan Hanim Fariza itu, impak daripada diet yang diamalkan ini mereka berjaya menurunkan sebanyak 13 kilogram berat badan.
“Sebenarnya tak dinafikan kami mula berdiet (tidak makan nasi) dari tahun 2022 sebelum penggambaran muzik video Tinggallan Cinta dan Dua Muka, selama empat bulan.
“Kami nekad, kalau nak buat biarlah buat betul-betul, kalau tidak dalam skrin tu penuh muka kita.
“Orang asyik tanya bila dah kurus ni makan apa? Senang saja, jangan makan! Tapi memang ada masanya kami ‘moody’ sebabkan berlapar, sampai ada tempoh tu berminggu-minggu tak keluar rumah jumpa kawan-kawan.
“Mungkin sebab kami berdua kembar, nak buat aktiviti pun bersama. Bila berpakat tu menjadilah,” kata Aisha dan Hanim lapor portal hiburan tempatan.
Ketika disoal bagaimana mereka mampu menahan lapar sewaktu melakukan diet, jelasnya, mereka menggantikan diet nasi dengan makanan gantian. Selain itu, Aisha dan Hanim juga akui bahawa mereka sering melakukan senaman bersama-sama di rumah.
“Berat badan Hanim turun sebanyak 13 kilogram manakala Aisha dalam 9 kilogram. Menariknya sepanjang tempoh berdiet, kami saling ingat mengingati antara satu sama lain. Itu yang menyuntik motivasi sebenarnya.
“Untuk permulaan sebenarnya jaga makan. Elakkan pengambilan gula dan garam dalam makanan.
“Sebenarnya apabila berat badan naik, akan timbul pelbagai kerisauan termasuk dengan masalah kesihatan seperti kadar kolesterol. Saya pun takut… jadi kenalah kawal dan jaga,” tambahnya.
Mengulas berkenaan perkembangan terkini, Aisha Hanim dijangka bakal membuat kemununculan istimewa dengan lagu dan muzik video raya berjudul Raya Rumah Terbuka ciptaan Omar K, Hanis Rafi dan Firdaus Rahmat.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Perawatan kaki merupakan sesuatu yang penting yang harus dilakukan oleh semua individu untuk mencapai kesihatan yang optimum. Kaki memiliki ‘sumbangan’ penting dalam aktiviti seharian kepada setiap individu selain berperanan menampung berat seluruh tubuh dan menjadi bahagian yang sering kali digunakan.
Perawatan tubuh yang sempurna pastinya menyerlahkan imej sihat dan menawan. Salah satu bahagian tubuh yang memerlukan perawatan ekstra sudah pastinya kaki. Justeru, impian untuk memiliki kulit kaki yang bersih, halus dan lembut menjadi idaman setiap wanita. Praktikkan amalan penjagaan kaki yang sempurna dengan tip penting berikut. Di samping mudah dan praktikal, ia juga boleh dilakukan hanya dari rumah.
1) Sapuan pelembap
Memberikan pelembap cukup penting untuk kaki sama ada menyapu minyak atau losen, pilihlah yang sesuai dengan jenis kulit anda. Kelembapan pada kulit wajib dipelihara agar tidak kering. Oleh itu, dengan menyapu pelembap akan membantu mengekalkan kelembapan pada kulit. Gunakanlah pelembap selepas mandi. Vitamin yang terkandung dalam pelembap akan diserap oleh kaki.
2) Rutin melakukan lulur dan skrub
Dengan cara menyental atau lulur akan menyingkirkan sel-sel kulit mati sehingga kulit akan kembali cerah bersinar, halus dan lembut. Pilih dan pakai lulur mahu pun skrub yang sesuai dengan jenis kulit. Lakukan secara teratur. Seterusnya proses regenerasi kulit akan berlangsung, kolagen yang dihasilkan akan meningkat dan menjadikan kulit kusam berganti menjadi lebih lembut.
3) Gunakan sikat halus dan batu apung
Untuk mengangkat sel-sel kulit yang mati, sediakan alat seperti sikat kecil dan juga batu apung di dalam kamar mandi. Kedua-duanya paling berkesan digunakan untuk mengikis bahagian kulit yang pecah-pecah di bahagian tumit kaki atau telapak kaki. Lakukan secara lembut tidak terlalu kuat ketika menggosok untuk mengelakkan alahan pada kulit.
4) Selalu memakai alas kaki atau selipar
Dengan menggunakan alas kaki adalah untuk mengelakkan kulit pada kaki menebal, kulit kaki pecah-pecah dan kaki terlindung dari benda atau barang yang boleh melukakan kaki.
5) Periksa dan belai kaki secara teratur
Memeriksa kaki akan membantu dalam mengesan jika terjadi perubahan pada kaki seperti perbezaan warna kaki, tebal, suhu dan kaki pecah-pecah. Jika terjadi perubahan yang ekstrem, segera dapatkan pandangan dari doktor.
6) Cuci kaki setiap hari untuk memastikan kaki tetap bersih.
Jangan lupa mencuci di celah-celah jari kaki. Segera keringkan kaki setelah dicuci. Kulit kaki yang basah akan membuatnya tidak elastin sehingga mudah mengalami pecah-pecah.
7) Potong kuku kaki secara teratur.
Berhati-hatilah, jangan memotong terlalu pendek yang berpotensi melukakan kulit. Khusus untuk wanita, cat kuku sebaik-baiknya hanya dipakai tidak lebih daripada seminggu. Gunakan cecair pembersih cat kuku untuk membersihkannya. Pemakaian cat kuku dalam jangka lama dapat menyebabkan kuku rapuh dan menimbulkan masalah lain.
8) Pilih sepatu yang sesuai dengan ukuran kaki
Ketika membeli sepatu baru, beri keutamaan pada faktor selesa atau tidak. Rekaan jatuh sebagai pilihan seterusnya. Seboleh-bolehnya, hindari berjalan atau berlari tanpa selipar meski pun berada di dalam rumah untuk menjaga kesihatan kaki.
9) Setelah berdiri lama, berjalan, atau berlari, angkat kaki ke dinding seketika
Cara ini juga akan melancarkan peredaran darah di vena. Melancarkan vena dapat membantu mencegah pembekuan darah setelah berdiri lama.
10) Jangan pernah mengabaikan rasa sakit pada kaki atau pergelangan kaki.
Rasa sakit umumnya berhubungan dengan keradangan atau sebab lain yang tersembunyi. Segera berjumpa dengan doktor jika mengalami rasa sakit kaki yang berlebihan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berseri-serinya Hani Karmila di majlis pernikahan! Terpancar sinar kebahagiaan dan gembira di wajah puteri kesayangan Puan Sri Tiara Jacquelina ini tatkala disatukan dengan jejaka pilihan pada 7 Ogos lalu. Meskipun tanpa solekan tebal sudah cukup menyerlahkan kecantikan semula jadi pengantin perempuan ini.
Menerusi perkongsian di media sosial, Hani Karmila atau mesra disapa Mila yang meniti usia 29 tahun kelihatan memukau ketika diiring masuk ibu tersayang, Puan Sri Tiara Jacquelina menuju ke ruang pelamin.
Sentuhan magis jurusolek ternama tanah air, Khir Khalid nyata berjaya menonjolkan raut wajah jelita figura ini.
Mila memikat pandangan tetamu yang hadir dengan keanggunannya mengenakan persalinan eksklusif rona putih gading rekaan Afiq M. Simple yet elegant!
Wanita berjiwa lasak ini selamat diijab kabulkan dengan jejaka kacak kelahiran Sarawak iaitu Abang Saef Hud dalam majlis pernikahan serba indah yang hanya dihadiri ahli keluarga terdekat. Difahamkan perkenalan Mila dan Abang Saef bermula kira-kira lapan tahun lalu.
Sempena hari bahagia pasangan mempelai, keluarga pengantin perempuan kelihatan sedondon dalam persalinan rona jingga. Begitu juga ‘dulang girl’ dan ‘dulang boy’ yang memakai busana warna sama.
Sementara pihak keluarga pengantin lelaki pula cantik dan segak dalam persalinan rona biru lembut. Pengantin lelaki memberikan tujuh dulang hantaran. Manakala pengantin perempuan pula membalas sembilan dulang hantaran berupa cincin dan kek.
Turut hadir meraikan hari bahagia Mila dan Abang Saef ialah selebriti Juliza Adzlizan.
Khabarnya, Abang Saef ialah pemilik gim dan jurulatih Ryu Combat Academy yang menawarkan seni bela diri seperti Jiu Jitsu yang beroperasi di Kuala Lumpur dan Mila merupakan salah seorang tenaga pengajar.
Sebelum ini, bintang filem ‘Laknat’ berkenaan pernah meraih pingat emas dalam Kejohanan Antarabangsa Terbuka Singapura. Dia mula aktif menceburi seni bela diri Jepun berkenaan hampir sedekad lalu.
Hani Karmila satu-satunya anak perempuan Puan Sri Tiara Jacquelina hasil perkahwinan dengan bekas suami yang juga pelakon kacak, Allahyarham Hani Mohsin. Allahyarham meninggal dunia pada 25 Julai 2006.
Harriet Sperling, pakar jururawat pediatrik NHS dan penulis bebas, kini sah bergelar isteri Peter Phillips dalam majlis perkahwinan yang menyatukan beliau dengan keluarga diraja Britain.