Perjalanan hijrah pelakon Izara Aishah sering menjadi tumpuan orang ramai. Imejnya yang bertudung labuh dan menutup aurat itu juga menjadi inspirasi ‘outfit of the day‘ khususnya buat para wanita di luar sana.

IKLAN

Baru-baru ini tular perkongsian kata-kata mutiara oleh pelakon tersebut mengenai erti istiqamah buat dirinya. Ramai yang memuji cara penyampaian dan makna yang diberikan olehnya itu.

‘Rasa Kuat Itu Akan Datang..’ – Izara Aishah

“Rasa Kuat Itu Akan Datang,” Izara Ajarkan Cara Wanita Mampu ‘Istiqamah’ Menutup Aurat Sepertinya! “Rasa Kuat Itu Akan Datang,” Izara Ajarkan Cara Wanita Mampu ‘Istiqamah’ Menutup Aurat Sepertinya!

Perkongsian itu dimuat naik oleh pengguna TikTok @user637484748, Nik Izara Aishah Binti Nik Izazurin atau lebih dikenali sebagai Izara Aishah menjawab persoalan tentang tip untuk kekal istiqamah dalam menutup aurat.

“Tiada masalah tak kuat sekalipun, pakai sahaja. Nak buka, bukalah. Bila mahu pakai, pakai sahaja.

“Tapi bila dah pakai.. Pahalanya cukup dahsyat. Memang tidak diakui iman kita naik dan turun, lama-lama kita akan rasa kuat dan rasa sendiri untuk menutup aurat,

“Izara tutup sebab Izara jumpa ayat dalam al-Quran yang Allah SWT pesan untuk tutup aurat. Minta doa banyak-banyak, Allah SWT will guide you.” katanya.

Izara juga turut menceritakan tentang latar belakang keluarganya. Katanya, melihat perubahan yang berlaku melalui keluarganya yang mulai menutup aurat membuatnya bersyukur.

Izara Membesar Dalam Keluarga MODEN, Tapi Tak Pernah Tinggal Solat!

“Rasa Kuat Itu Akan Datang,” Izara Ajarkan Cara Wanita Mampu ‘Istiqamah’ Menutup Aurat Sepertinya! “Rasa Kuat Itu Akan Datang,” Izara Ajarkan Cara Wanita Mampu ‘Istiqamah’ Menutup Aurat Sepertinya! “Rasa Kuat Itu Akan Datang,” Izara Ajarkan Cara Wanita Mampu ‘Istiqamah’ Menutup Aurat Sepertinya!

IKLAN

“Izara dibesarkan dengan keluarga yang moden, tetapi masih religious. Moden tetapi memang solat tak tinggal.

“Tetapi kita bukan jenis yang pakai tudung. Selepas itu bila semua dah meningkat usia, semua family dan Izara sendiri mula untuk menutup aurat.

“Lama-lama bila umur meningkat kita akan realize sendiri. Slow-slow tak perlu risau.” ujarnya lagi.

IKLAN

Sekadar info, pelakon Pilot Cafe itu mulai mengenakan tudung pada 14 Ogos 2021. Satu hantaran gambar dimuat naik pada akaun Instagram miliknya mengejutkan semua peminat sekali gus dia juga memadam gambar-gambarnya yang terdahulu.

Untuk rekod, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di Telegram

Sumber: TikTok @user637484748 & Instagram Izara Aishah

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI