Raut Wajah Lembut & Bergelar Isteri, Kecantikan Nadiah Anak Datuk Ramli MS Raih Tumpuan!

Terpegun tengok kecantikan Nadiah Ramli! Tak dinafikan anak perempuan pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS ini memiliki raut wajah lembut dan sedap mata memandang. Meskipun hanya mengenakan solekan nipis namun pesona dan kejelitaan semula jadi Nadiah tetap terserlah.

Hadir menyaksikan program hiburan popular All Stars Gegar Vaganza yang menampilkan bapa tersayang sebagai juri tetap, Nadiah menarik tumpuan para penonton tatkala wajahnya ‘ditangkap’ lensa kamera.

Tampil dengan gaya santai, wanita ini sebenarnya merupakan isteri kepada jurugambar Taufiq Nadzri.

Kredit Instagram @nadiahramli
Kredit Instagram @nadiahramli
Kredit Instagram @nadiahramli
Kredit Instagram @nadiahramli

Mengimbas kembali detik bersejarah bergelar isteri, pasangan ini diijab kabul ketika Covid-19 sekitar hujung Februari 2021.

Berkongsi foto perkahwinan di media sosial, kedua-duanya mengenakan persalinan indah putih gading.

Sementara ahli keluarga terdekat pula mengenakan busana rona kuning cair.

Kredit Instagram @nadiahramli
Kredit Instagram @nadiahramli

Biarpun diraikan secara sederhana namun tetap meriah dengan kehadiran insan-insan tersayang.

Sebelum ini Nadiah pernah berkongsi momen perkenalan dengan suami dan ujarnya  mereka mula mengenali di antara satu sama lain kira-kira enam tahun lepas iaitu pada hujung tahun 2017.

Kredit Instagram @nadiahramli
Kredit Instagram @nadiahramli
Kredit Instagram @nadiahramli

Ketika itu dia mengambil khidmat Taufiq sebagai jurugambar profesional. Inilah yang dikatakan ‘Kalau dah jodoh tak ke mana!’

Melihat wajah Nadiah, wanita ini mewarisi kecantikan ibu tersayang yang memiliki darah keturunan Cina, Australia dan Irish.

Kredit Instagram @nadiahramli
Kredit Instagram @nadiahramli
Kredit Instagram @nadiahramli

Ibunya juga individu berpengaruh dan merupakan penggiat seni terkenal tanah air, Jennifer Thompson.

Memandangkan ibu bapa Nadiah bergerak aktif dalam industri muzik, dia dan abangnya turut mengikut jejak langkah kedua-dua ibu bapa mereka dalam arena sama.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/terima-kasih-allah-atas-bahagia-ini-sheera-iskandar-makin-jelita-syukur-dikurnia-anak/

IKLAN
Share