Siapa mampu menolak keenakan rasa hidangan Arab. Selain kaya dengan aroma memikat, dua pilihan nasi popular masyarakat Timur Tengah ini tentu saja menarik selera anda!
Sempena bulan puasa ini, tambat selera suami dan anak-anak dengan resipi juadah Nasi Mandy Yemen dan Nasi Maqlubah untuk hidangan berbuka puasa.
NASI MANDY YEMEN
Bahan-bahan:
1 kg beras basmathi
4 sudu makan minyak sapi @ sayuran
10 ulas bawang putih (dipotong bulat)
2 biji bawang besar (dimayang)
5 biji buah pelaga
2 batang kayu manis
Sedikit bunga cengkih
1 sudu makan rempah mandy
1 sudu makan garam halus
1 sudu makan gula
2 sudu makan kismis hitam
Daun pudina segar
1.5 liter air stok rebusan kambing @ ayam
Saffron atau pewarna kuning telur
Cara membuat:
Ads
Rendam beras selama 20 minit dan toskan. Panaskan minyak sapi atau minyak sayuran dan tumis bawang putih, bawang merah, buah pelaga, kayu manis dan bunga cengkih. Tumiskan pula rempah mandy sehingga wangi dan diikuti air rebusan kambing atau ayam. Seterusnya, bubuh garam, gula dan kismis. Tanah hingga mendidih. Kemudian, masukkan beras dan kacau sekali-sekala. Setelah air hampir kering, buat beberapa lubang kecil untuk masukkan saffron. Guna api paling kecil selama 15 minit untuk mengeringkan nasi. Akhir sekali, tabur hirisan daun pudina dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
NASI MAQLUBAH
Ads
Bahan-bahan:
1 kg beras basmathi
4 sudu makan minyak sapi atau sayuran
10 ulas bawang putih (dipotong bulat)
2 biji bawang besar (dimayang)
5 biji buah pelaga
2 batang kayu manis
Sedikit bunga cengkih
1 sudu makan rempah maqlubah
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu makan garam halus
1 sudu makan gula
2 sudu makan kismis hitam
Daun pudina segar
1.5 liter air stok rebusan kambing @ ayam
2 biji lobak merah
4 biji kentang
1 biji terung
1 biji buah lemon
Cara membuat:
Ads
Rendam beras selama 20 minit dan toskan. Lobak merah, kentang dan terung dipotong dan digoreng hampir 80% masak. Panaskan minyak sapi atau minyak sayuran dan tumis bawang putih, bawang merah, buah pelaga, kayu manis bersama bunga cengkih. Sesudah itu, tumis rempah maqlubah dan serbuk lada hitam sehingga wangi. Masukkan air rebusan dan didihkan. Kemudian, bubuh garam, gula dan kismis diikuti beras. Kacau sesekali. Sayuran yang telah digoreng, dimasukkan ke dalam periuk berasingan sebagai lapisan paling bawah. Nasi yang hampir masak, dipindahkan ke atas sayuran goreng tadi. Tutup dan gunakan api paling kecil selama 15 minit untuk mengeringkan nasi. Setelah kering, nasi dihidangkan secara menterbalikkan periuk ke atas dulang dan lapisan sayuran goreng akan berada di atas nasi. Tabur hirisan daun pudina bersama bawang goreng dan hirisan buah lemon.
Resipi: TERIMA KASIH HAJI AMINUDDIN RESAD, RESTORAN AROMA HIJRAH, TTDI SHAH ALAM, Selangor
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Coklat sering dikaitkan sebagai makanan yang boleh mengemukkan. Malah mitos ini telah mula tersebar sejak dahulu lagi bahawa coklat boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan antaranya ia boleh menyebabkan kegemukan, masalah penyakit kencing manis, gigi rosak dan sebagainya. Andaian tersebut ternyata tidak benar kerana kajian telah membuktikan sebaliknya. Kajian menunjukkan coklat tidak berkaitan dengan masalah kencing manis, gigi rosak, paras kolesterol yang tinggi atau penyakit berkaitan jantung. Jadi, jika anda penggemar coklat, usah risau!
Ramai orang mengatakan bahawa makanan dan minuman yang diperbuat daripada koko enak, melazatkan dan memberi nikmat. Tetapi masih ramai yang tidak mengetahui khasiat-khasiat yang boleh diperolehi daripada makanan dan minuman yang berasaskan koko.
Ada juga kajian menunjukk an bahawa individu yang gemar memakan coklat dikatakan dapat hidup satu tahun lebih lama berbanding individu yang tidak gemar menjamah coklat. Satu fakta yang boleh dikaji keberkesanannya.
Menurut penyelidikan yang dijalankan di University Harvard, coklat mengandungi bahan kimia yang boleh membantu mengekalkan keanjalan saluran darah dan meningkatkan kandungan flavonoid dan antioksidan di dalam darah. Ia juga didapati dapat menghalang penyakit kardiovaskular serta menghalang kerosakan sel dan tisu badan.
Tidak dinafikan setiap makanan mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Terpulang kepada individu untuk menikmatinya tetapi dalam kuantiti yang berpatutan.
10 Fakta Menarik tentang Coklat:
1. Coklat Tidak Menyebabkan Masalah Kerosakan Gigi
Kajian yang dijalankan oleh Universiti Osaka, Jepun mendapati koko mengandungi agen antibakteria yang menghalang masalah kerosakan gigi. Namun begitu, kandungan gula di dalam coklat boleh menjejaskan fungsi agen ini sekali gus menyebabkan kerosakan gigi.
2. Coklat Tidak Menyebabkan Masalah Jerawat
Satu kajian yang dijalankan oleh Fakulti Perubatan Pennsylvania mendapati penggunaan coklat tulen tidak memberi kesan terhadap pertumbuhan jerawat atau lain-lain masalah yang berkaitan dengan kulit. Malah pakar perubatan tidak menemui sebarang bukti sahih yang boleh mengaitkan pengambilan coklat sebagai punca jerawat. Tetapi masalah jerawat boleh berpunca daripada coklat yang menggunakan susu.
3. Kafein di dalam Coklat Bukan Penyebab Keresahan
Umum mengetahui bahawa koko mengandungi bahan perangsang seperti kafein dan theobromine. Kuantiti bahan-bahan ini adalah kecil di dalam kandungan coklat. Kajian mendapati 1 auns (28.3 gram) coklat pahit mengandungi 5 ke 10 miligram (mg) kafein dan 10 mg kafein pada 170 mililiter (ml) cawan koko berbanding 100-150 mg kafein dalam 220 ml cawan kopi. Oleh yang demikian, anda perlu makan lebih daripada satu dozen coklat untuk mendapatkan jumlah kafein yang sama dengan secawan kopi.
4. Coklat tidak menyebabkan migraine
Walaupun masih tiada bukti kukuh yang menyokong pendapat ini, tetapi terdapat kajian menunjukkan coklat turut menjadi pendorong rasa sakit kepala terutamanya di kalangan pesakit migraine.
5. Coklat TIDAK menyebabkan peningkatan paras kolesterol.
Umum mengetahui coklat mengandungi asid stearik iaitu sejenis lemak neutral yang tidak menyebabkan peningkatan kadar kolesterol tidak sihat atau LDL.
Malah, lemak koko dalam coklat mengandungi asid oleik, sejenis lemak mono tak tepu, yang juga ditemui pada minyak zaitun. Ia sebenarnya meningkatkan kandungan lemak sihat yang diperlukan badan (HDL). Pada masa yang sama lemak koko juga mengandungi 38.2% asid oleik iaitu sejenis asid lemak tidak tepu yang berperanan merendahkan paras kolesterol di dalam darah.
6. Coklat Sebagai Makanan Yang Sihat.
Koko mengandungi pelbagai khasiat walaupun ia datang di dalam
kuantiti yang kecil. Kajian menunjukkan sekeping coklat sus seberat 42.45 gm membekalkan 3 gm protein. Jadi, ia juga membekalkan protein buat tubuh badan! Walaupun serbuk koko bukan produk utama tetapi serbuk koko juga mengandungi berbagai-bagai zat yang diperlukan oleh tubuh manusia. Ini termasuklah lemak, protein, karbohidrat, Vitamin A, B, D dan E. Di samping itu, coklat juga mengandungi asid amino yang lengkap bagi pemeliharan protein tubuh manusia, kaya dengan Vitamin A dan D serta sumber Vitamin B seperti Tiamina, Riboflavin dan Niasin.
7. Coklat tidak bertindak mengawal emosi dan tingkah laku.
Penyelidik dari Neurosciences Institute, San Diego, California menyatakan bahawa coklat mengandungi bahan yang mengawal tingkah laku dan mood seseorang individu. Menurut kajian tersebut, bahan ini memberi kesan seperti pengambilan dadah yang merangsang tindak balas fizikal dan psikologi. Tetapi kebenarannya adalah amat kecil memandangkan kandungan bahan di dalam coklat adalah kecil dan tidak akan menyebabkan tindak balas seperti yang ditunjukkan di dalam kajian itu.
8. Coklat Bukan sebagai Punca Penyakit Jantung
KAJIAN Mayo Clinic, University of California, University of Scranton dan Pennsylvania State University menunjukkan coklat mengandungi bahan kimia, flavonoid, yang meningkatkan kesihatan kardiovaskular. Ia juga bertindak sebagai antioksidan yang menghalang atau melambatkan kerosakan sel dan tisu badan.
9. Coklat Bukan Punca Masalah Batuk Berlarutan.
RAMAI percaya coklat tidak baik untuk mereka yang batuk. Namun pada hakikatnya, coklat berkesan untuk menghalang batuk yang berterusan. Bahan yang diberi nama Theobromine yang terdapat di dalam coklat didapati lebih berkesan daripada pengambilan ubat batuk yang terdapat di pasaran. Coklat juga didapati melega dan melembapkan tekak.
10. Coklat TIDAK menyebabkan barah.
Coklat adalah antara makanan yang mempunyai kandungan plumbum paling tinggi. Bagaimanapun, Pihak Berkuasa Makanan dan Dadah Amerika Syarikat menyebut kandungan plumbum dalam coklat amat rendah dan tidak memberi kesan buruk sekalipun dimakan dalam kuantiti yang banyak.
Coklat juga merupakan sejenis bahan makanan yang mengandungi tiga bahan utama yang berasaskan koko seperti likur dan lemak koko, gula dan juga susu. Oleh itu, coklat bukan sahaja merupakan bahan makanan yang lazat tetapi juga kaya dengan zat makanan yang diperlukan.Terdapat tiga jenis coklat yang biasa didapati di pasaran iaitu coklat susu, coklat kosong atau coklat pahit dan coklat putih.
– Coklat susu: jika dibandingkan dengan jenis-jenis coklat lain, mempunyai nilai pemakanan yang lebih baik. Coklat susu mempunyai kandungan tenaga, protein, kalsium dan Vitamin A dan B yang lebih tinggi. Kandungan protein, kalsium dan vitamin sebahagian besarnya adalah disumbangkan oleh susu yang merupakan salah satu bahan utama dalam coklat susu. Coklat susu seberat 100 gram boleh menyumbangkan 18% daripada tenaga, 11% daripada protein, 8% daripada zat besi, 47% daripada kalsium, 19% daripada Riboflavin dan 11% daripada Vitamin A yang diperlukan oleh badan dalam sehari. – Coklat putih: juga mempunyai kandungan tenaga yang tinggi. Coklat putih seberat 100 gram boleh menyumbang 18% daripada tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam sehari. Di samping itu, coklat putih juga mengandungai kalsium dan vitamin yang tinggi. Walau bagaimanapun, berbanding dengan coklat susu, kandungan protein dalam coklat putih adalah lebih rendah kerana coklat putih tidak mengandungi likur koko dan serbuk koko. – Coklat kosong: pula mengandungi kandungan lemak dan zat besi yang tinggi. Zat besi yang terkandung dalam 100 gram coklat kosong boleh menyumbang 23% daripada zat besi yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam sehari. Walau bagaimanapun kandungan zat-zat lain didapati lebih rendah berbanding jenis-jenis coklat yang lain disebabkan coklat kosong tidak mempunyai campuran susu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ubi ngarku atau lebih dikenali sebagai Arrow Head sering didapati apabila tibanya musim perayaan Tahun Baru Cina sahaja. Sempena kedatangan tahun anjing kali ini, snek ringan ini boleh dijadikan pilihan.
Ubi ngarku mudah diperolehi di kebanyakan pasar raya besar terutama menjelangnya perayaan masyarakat Tiong Hua ini. Ia digunakan di dalam penyediaan makanan dan turut dijadikan hidangan sampingan seperti kerepek.
Nak cuba sediakan kerepek mudah ini? Hanya 4 bahan sahaja diperlukan hasil perkongsian resipi Cef Sue M Arukin.
BAHAN-BAHAN
15-20 biji ubi ngarku (arrow head)
Garam secukupnya
Serbuk lada hitam secukupnya
Minyak untuk menggoreng
CARA-CARA MEMBUAT
Kupas ubi ngarku dan bersihkan. Sagat ubi ngarku nipis-nipis.
Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Goreng ubi ngarku hingga keperang-perangan. Toskan.
Tabur garam dan serbuk lada hitam secukupnya.
Setelah sejuk, simpan di dalam bekas kedap udara.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lebih dua minggu berpuasa, pastinya buah kurma masih berbaki di dalam simpanan bukan? Mungkin ada yang sudah jemu menjamah buah kurma dan inginkan kelainan. Datin Ira Ghani, antara VIP yang sudi berkongsi menu ringkas yang boleh disajikan hanya menggunakan buah kurma dan enam bahan yang ringkas. Jom kita lihat resipi Kurma Tempura Goreng yang enak dinikmati ketika berbuka puasa!
KURMA TEMPURA GORENG
BAHAN-BAHAN:
Buah Kurma|dibuang biji
Tepung Tempura
Serbuk Vanilla
Chocolate Rice
Garam
Air
Susu Kambing
CARA MEMBUAT:
Masukkan tepung tempura ke dalam mangkuk. Jika tiada boleh gunakan tepung gandum dicampur tepung beras.
Masukkan pula susu kambing dan gaulkan sehingga sebati.
Tambahkan sedikit air, garam dan serbuk vanilla.
Masukkan kurma yang telah dibuang bijinya. Gaulkan sehingga sebati.
Panaskan minyak. Kemudian goreng sehingga kekuningan.
Angkat dan hidangkan ketika masih panas.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.