
Selepas genap setahun menyambut ulang tahun perkahwinannya dengan Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra, Che Puan Sofie Louise Johansson terus memikat hati rakyat dengan kebaikannya.
Terbaru, Tengku Mahkota Kelantan dan isteri berkenan menyumbangkan 12 buah penyaman udara kepada hospital-hospital di negeri tersebut sebagai tanda penghargaan mereka terhadap barisan frontliners.
Bahkan pasangan diraja ini juga pernah membuat Tekakor atau Swedish tea cakes untuk dihadiahkan kepada frontliners yang bekerja keras menyelamatkan negeri daripada ancaman Coronavirus.



BERJIWA RAKYAT
Walaupun berasal dari Sweden, namun Che Puan Sofie pandai menyesuaikan diri dengan kehidupan diraja serta rakyat jelata. Penampilannya yang sopan dan berselendang amat manis dipandang, malah beliau juga tidak kekok, penyayang serta kerap mengiringi Tengku Mahkota Kelantan menyantuni rakyat.

Istimewa bulan Ramadan ini, Che Puan Sofie berkongsi masakan kuih tradisi Nasi Kaya Pulut atau Pulut Sekaya untuk berbuka. Kuih ni memang menyelerakan, teringat-ingat rasa pulut yang berlemak ditambah dengan manis lemak santan telur… memang terbaik.
TALAM PULUT SEKAYA

Bahan-bahan lapisan bawah:
- 2 cawan beras pulut (direndam 1-2 jam)
- 2 1/4 cawan santan cair
- Secubit garam
Bahan-bahan lapisan atas:
- 6 biji telur ayam saiz A
- 1 1/2 cawan santan pekat
- Secubit garam
- 3 sudu makan gula perang*
- 1/2 cawan air*
- 1 helai daun pandai disimpul*
- 1/2 cawan gula*
Cara membuat:
(1) Buat lapisan bawah


Untuk membuat lapisan pulut, didihkan kukusan. Cuci bersih beras pulut dan masukkan dalam loyang 9 inci yang telah dialaskan plastik dibawahnya. Kemudian masukkan santan 1 1/4 cawan santan cair dan kukus 20 minit. Keluarkan sekejap, kacau dan tuangkan baki santan selepas 20 minit. Padat-padatkan dan cakar dengan garfu. Kukus semula 10-15 minit.
(2) Buat lapisan atas


Masak semua bahan yang bertanda * terlebih dahulu dan kemudian tapis. Kemudian sejukkan pada suhu bilik. Selepas itu, kacau atau kisarkan telur, santan, garam dan bahan yang dimasak tadi hingga sebati.
(3) Kukus

Untuk menyiapkan pulut sekaya, panaskan semula loyang berisi pulut tadi sekitar 10 minit dan barulah dituangkan adunan di atas pada loyang yang berisi pulut.
Kukus selama 30-45 minit dan balut penutup dengan kain untuk elakkan air menitik. Kalau belum masak, berair bahagian atas, kukus lagi 5-15 minit tapi tanpa penutup. Boleh lap air yang bertakung di atas permukaan telur santan dengan tisu. Sedia dihidangkan.
Walaupun resipi di atas bukan original dari buku ‘Resipi Warisan Cik Siti Wan Kembang’ macam Che Puan Sofie, tapi bolehlah pakai dan rujuk sikit-sikit kalau teringat sangat air tangan mak di kampung! Ihsan resipi Tok Aji Serban DariDapur.com. Selamat mencuba!
Sumber: Instagram Che Puan Sofie Louise Johansson
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!



Minggu ini, hari minggu menjadi lebih bermakna apatah lagi tatkala negara bakal menyambut ulangtahun kemerdekaan ke 63 esok. Cuti hujung minggu yang lebih panjang dari biasa membolehkan pelbagai agenda bersama keluarga dirancang sebaik mungkin.
Jika anda masih mencari lokasi untuk menikmati hidangan yang enak pada harga yang berpatutan, kunjungan ke The Resort Cafe yang terletak di Sunway Resort Hotel & Spa boleh dijadikan pilihan. Mana tidaknya, The Resort Cafe memperkenalkan “Tiki-Licious Sunday Brunch” untuk membolehkan anda seisi keluarga menikmati hidangan secara buffet yang menampilkan menu dari seluruh dunia!
Tiki-Licious Sunday Brunch boleh dinikmati pada setiap hari Ahad bermula jam 11 pagi hingga 3 petang ini pada harga RM88nett untuk dewasa dan RM48 nett untuk kanak-kanak dari 6 hingga 12 tahun.
The Resort Café telah ditransformasi dengan gaya Lūʻau-inspired set-up di mana setiap kakitangan akan menampilkan pakaian dari Kepulauan Hawaii dan Mexico di samping alunan muzik Aloha yang dimainkan sepanjang 4 jam brunch berlangsung. Lebih istimewa, ketibaan pelanggan akan disambut oleh set up ala Hawaii di tepi pantai. Sememangnya bagai berada di Hawaii!
Nak tahu apakah perbezaan yang penulis dapat rasai sendiri tatkala menikmati Tiki-Licious Sunday Brunch ini baru-baru ini? Ya, penulis amat tertarik dengan konsep buffet yang lebih bersifat personal dan mesra di antara para kakitangan hotel dengan para pelanggan. Mana tidaknya, brunch kali ini membolehkan para kakitangan menghidangkan makanan secara direct di meja para pelanggan!
Antara menu yang ditawarkan bermula dari hidangan starters seperti Caesar Salad with condiments tossed in a large Cheese Wheel, sup barat atau Cina, mi tarik, teppanyaki,Makki Rolls dan sebagainya. Tidak ketinggalan, menu Asia dan hidangan Mexico yang wajid dicuba iaitu Nachos dan Quesadillas, hidangan enak seperti sate, kebab Turki, Satey Lilit Bali dan tidak dilupakan hidangan signature The Resort Cafe iaitu Churrasco.
Selain menikmati pelbagai hidangan yang enak, para tetamu turut akan dihiburkan dengan persembahan istimewa dari kakitangan The Resort Cafe yang sememangnya bukan sahaja mempunyai bakat dan kemahiran menyediakan hidangan yang enak untuk dinikmati, malah turut mempunyai bakat penghibur yang berjaya dicungkil melalui Tiki-Licious Sunday Brunch ini! Jika anda datang bersama anak-anak, turut disediakan sudut mewarna dan menghias kek cawan bagi membolehkan mereka mengisi masa lapang dengan pelbagai aktiviti yang menarik.












