Bakat memasak sebenarnya wujud secara semula jadi dalam diri kita. Kemahiran terpendam ini boleh berkembang dengan ilmu, latihan serta pengalaman memasak, dari semasa ke semasa.
Khusus buat ibu-ibu di rumah yang berhasrat menyediakan hidangan lazat dan menyihatkan, dua resipi ini tidak rumit dicuba. Walaupun menggunakan bahan utama berasaskan pasta, tapi kebanyakan ramuan lain mudah didapati di dapur. Kalau tak ada, gantikan saja dengan bahan lain!
TUNA PASTA SALAD
Ingin keluar bersiar-siar dengan keluarga dan membawa bekal salad yang dimasak di rumah untuk piknik? Salad pasta tuna ini menggunakan pasta penne organik Alce Nero untuk hidangan yang berkhasiat dengan campuran tekstur rangup dan halus.
Mudah untuk disediakan dan enak dimakan panas atau sejuk. Tambahkan cita rasa Asia dengan serai, daun bawang, cili padi atau minyak bijan.
Ads
RESIPI
250g Alce Nero organic penne
280g Ayam Brand tuna light flakes in oil
100g Ayam Brand whole kernal corn
50g lobak merah, dipotong
100g timun, dipotong kiub
50g kubis merah, dihiris
80g bawang besar, dihiris
5g daun pudina
90ml Alce Nero minyak zaitun
30ml Alce Nero cuka epal
1 labu bawang putih, dicencang
Garam, serbuk lada putih dan bawang putih
Cara Membuat:
1. Gaul minyak, cuka dan bawang putih, kemudian perasakan dengan garam dan lada.
2. Rebus pasta di dalam periuk besar yang diisi air dan garam. Masak kira-kira 12 minit.
3. Tapis pasta dan pindahkan ke dalam mangkuk untuk digaul dengan dressiing salad.
4. Campurkan semua bahan dalam mangkuk salad. Perasakan jika perlu.
5. Hiaskan tuna salad anda dan sedia dihidang.
Ads
CHEESY BAKED PENNE DENGAN TERUNG
Ads
Hanya empat bahan dan 25 minit diperlukan untuk menghasilkan hidangan makan malam yang mengagumkan ini. Masak pasta penne organik Alce Nero, selang-selikan dengan lapisan pasta, sos pasta Alce Nero, terung (atau sebarang sayur yang boleh didapati) dan keju di dalam bekas kaserol, dan tambahkan lebih banyak keju.
Bakar selama 20 minit atau sehingga keju cair. Siap! Sungguh mudah, enak dan sesuai untuk hantaran di Instagram anda.
RESIPI
1 botol Alce Nero Pasta Sauce with Vegetables
4 cawan Alce Nero Penne
1 biji terung, dihiris nipis
1 cawan keju mozarela parut, sebagai sos
1 cawan keju cheddar parut, sebagai sos
1 cawan tambahan keju mozarela, sebagai topping
Cara Membuat:
1. Panaskan ketuhar kepada 180 darjah Celsius.
2. Masak pasta mengikut arahan dan tapiskan. Ketepikan juga 1/4 cawan air rebusan pasta.
3. Dalam periuk lain, tuangkan air rebusan pasta dengan sos pasta. Biarkan mereneh seketika.
4. Tutup api, masukkan pasta, terung dan keju. Gaul sebati.
5. Dalam bekas kaserol, tuangkan campuran pasta berkeju tadi dan taburkan keju mozarela sebagai topping.
6. Bakar selama 20 minit atau sehingga terung benar-benar masak dan keju mencair.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebut sahaja hidangan terbaik, pasti ramai dikalangan Nonarians yang bersetuju bahawa masakan yang disediakan oleh ibu masing-masing adalah masakan yang paling enak dinikmati seantero dunia!
Masakan air tangan ibu sememanya paling istimewa di hati setiap individu bergelar anak dan tiada siapa dapat menandinginya. Walaupun hanya hidangan ringkas seperti telur goreng, namun masakan ibu tetap paling sedap di dunia.
Begitu juga dengan apa yang dialami penyampai radio serta aktress jelita, Siti Elizad yang memuji masakan arwah ibu sememangnya super sedap, terutamanya apabila memasak menu gulai dan rendang.
“Ada sesuatu yang istimewa dalam masakan mama, sebab setiap masakan lauk pauknya, mama mesti tambah ulam-ulaman, tak kisahlah ulam apa, kebiasaanya pucuk ubi. Malah, di sekeliling rumah di kampung dulu, mama tanam macam-macam jenis ulam-ulaman,” katanya.
Luah Elizad, selepas pemergian ibu, Allahyarhamah Nazariah Mohd Salleh ke pangkuan Ilahi akibat penyakit Parkinson, rasa rindu yang teramat terhadap ratu hidupnya itu sukar dibendung.
“Saya bersyukur sempat mewarisi ilmu memasak daripada ibu. Cuma saya tak sempat belajar menjahit dengan arwah,”ujar Elizad mengenang ibunda tersayang.
Sebagai anak tunggal perempuan daripada lima beradik, Elizad atau nama penuhnya, Siti Elizad Mohd Sharifuddin banyak mengambil alih tugas arwah ibu dalam menjaga keluarganya.
“Dulu ibulah yang menjahit baju kami sekeluarga selain mencari langsir untuk disuai padan. Menu istimewa yang ibu sering masak pastinya ketika lebaran iaitu rendang campur air tangan ibu yang selalu dirindui,” katanya mengakhiri perbualan.
GULAI LEMAK DAGING SALAI BERSAMA PUCUK UBI
(Resipi: Datuk Chef Wan)
BAHAN-BAHAN:
Pucuk ubi (daun lembut sahaja)
1kg daging salai | hiris nipis
3 batang serai | titik
1 helai daun kunyit | siat-siatkannya
1kg santan pekat
Garam dan gula
4-5 biji belimbing buluh
1 keping asam gelugor
BAHAN KISAR:
30 biji cili padi
1cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1. Masukkan hirisan daging salai dalam periuk bersama bahan kisar, serai dan separuh dari santan.
2. Masak sekejap sehingga daging empuk.
3. Setelah kuah agak kering, masukkan kesemua lebihan santan dan kacau rata. Guna api dapur yang agak sederhana agar santan tak pecah.
4. Masak hingga kuah benar-benar masak dan perasakan garam dengan secukupnya. Masukkan belimbing buluh dan daun pucuk ubi yang telah dibersihkan.
5. Setelah daun agak layu sedikit, dalam 10 min bolehlah tutup api. Sedia untuk dinikmati.
Sumber: Majalah RASA
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa mampu menolak keenakan rasa hidangan Arab. Selain kaya dengan aroma memikat, dua pilihan nasi popular masyarakat Timur Tengah ini tentu saja menarik selera anda!
Sempena bulan puasa ini, tambat selera suami dan anak-anak dengan resipi juadah Nasi Mandy Yemen dan Nasi Maqlubah untuk hidangan berbuka puasa.
NASI MANDY YEMEN
Bahan-bahan:
1 kg beras basmathi
4 sudu makan minyak sapi @ sayuran
10 ulas bawang putih (dipotong bulat)
2 biji bawang besar (dimayang)
5 biji buah pelaga
2 batang kayu manis
Sedikit bunga cengkih
1 sudu makan rempah mandy
1 sudu makan garam halus
1 sudu makan gula
2 sudu makan kismis hitam
Daun pudina segar
1.5 liter air stok rebusan kambing @ ayam
Saffron atau pewarna kuning telur
Cara membuat:
Rendam beras selama 20 minit dan toskan. Panaskan minyak sapi atau minyak sayuran dan tumis bawang putih, bawang merah, buah pelaga, kayu manis dan bunga cengkih. Tumiskan pula rempah mandy sehingga wangi dan diikuti air rebusan kambing atau ayam. Seterusnya, bubuh garam, gula dan kismis. Tanah hingga mendidih. Kemudian, masukkan beras dan kacau sekali-sekala. Setelah air hampir kering, buat beberapa lubang kecil untuk masukkan saffron. Guna api paling kecil selama 15 minit untuk mengeringkan nasi. Akhir sekali, tabur hirisan daun pudina dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
NASI MAQLUBAH
Bahan-bahan:
1 kg beras basmathi
4 sudu makan minyak sapi atau sayuran
10 ulas bawang putih (dipotong bulat)
2 biji bawang besar (dimayang)
5 biji buah pelaga
2 batang kayu manis
Sedikit bunga cengkih
1 sudu makan rempah maqlubah
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu makan garam halus
1 sudu makan gula
2 sudu makan kismis hitam
Daun pudina segar
1.5 liter air stok rebusan kambing @ ayam
2 biji lobak merah
4 biji kentang
1 biji terung
1 biji buah lemon
Cara membuat:
Rendam beras selama 20 minit dan toskan. Lobak merah, kentang dan terung dipotong dan digoreng hampir 80% masak. Panaskan minyak sapi atau minyak sayuran dan tumis bawang putih, bawang merah, buah pelaga, kayu manis bersama bunga cengkih. Sesudah itu, tumis rempah maqlubah dan serbuk lada hitam sehingga wangi. Masukkan air rebusan dan didihkan. Kemudian, bubuh garam, gula dan kismis diikuti beras. Kacau sesekali. Sayuran yang telah digoreng, dimasukkan ke dalam periuk berasingan sebagai lapisan paling bawah. Nasi yang hampir masak, dipindahkan ke atas sayuran goreng tadi. Tutup dan gunakan api paling kecil selama 15 minit untuk mengeringkan nasi. Setelah kering, nasi dihidangkan secara menterbalikkan periuk ke atas dulang dan lapisan sayuran goreng akan berada di atas nasi. Tabur hirisan daun pudina bersama bawang goreng dan hirisan buah lemon.
Resipi: TERIMA KASIH HAJI AMINUDDIN RESAD, RESTORAN AROMA HIJRAH, TTDI SHAH ALAM, Selangor
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seronok tengok bisnes yang diusahakan Muabellaz! Apa saja produk yang dijual pasti laris di pasaran. Siapa sangka Muabellaz atau mesra disapa Bellaz yang selama ini sinonim dengan dunia kecantikan dan kosmetik mampu meraih pulangan lumayan dalam bisnes makanan pula. Luar biasa penangan usahawan Kedah ini.
Bellaz atau nama sebenarnya Nabilah Zulyadaini menerusi media sosial miliknya melahirkan rasa syukur dengan sambutan penjualan kuih karipap dan aneka hidangan pencuci mulut yang diterima daripada peminat ketika menyertai Penang Starvendors Foodstival Auto-City Juru baru-baru ini.
Sepanjang dua hari penganjuran acara tersebut sejak 10 hingga 12 November, peminat sanggup beratur panjang setiap hari demi untuk merasai air tangan ibu empat anak tersebut. Selain mendapatkan produk kecantikan Bellaz Beauty.
Dalam festival jualan makanan tersebut, Bellaz menjual kuih karipap air tangannya dan suami iaitu Karipap Cinta, Wara Dadih Lemak, Premium Cheesekut Eica dan banyak lagi.
Kagum dengan semangat suami isteri ini yang rajin berniaga dan membuat kuih sendiri!
Daripada perkongsian video pengasas Bellaz Beauty ini, kelihatan suami tercinta iaitu Anuar Ahmad yang sedang asyik membuat karipap. Kemas saja pembuatan karipap mereka.
“Bellaz nak habaq siapa yang dah beli Karipap Cinta Bellaz. Jangan makan waktu panas takut melecup mulut eh tunggu dia betul-betul sejuk lepas tu hampa tokak pergh nikmat crunchy dia tu memang padu dan nak goreng api jangan kuat tau.
Karipap ni sedap dimakan dihidangkan dengan air kopi O atau teh panas. Resipi ibu mentua Bellaz. Alhamdulilah permintaan terlalu tinggi.”
Terbaharu, Bellaz dan suami akan mengeluarkan satu lagi produk kuih air tangan mereka iaitu Cucur Badak.
“Coq Badak sayang Mat Nuart ni. Kulit di luar rangup dalam lembut. Inti berasa manis manis secukup rasa. Menu terbaru ye. Lepas ni walaupun limit tetap dapat dua bekas insyaAllah.
Karipap Cinta dengan Coq Badak sayang. Macam biasa inti bini buat, kulit rangup lembut Mat Nuart buat.”
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.