Rezeki 1 Ramadan, Isteri DATUK SERI EIZLAN YUSOF Selamat Melahirkan Anak Yang Digelar “Baby ZR”

Di saat seluruh umat Islam sedang menjalani ibadah berpuasa yang pertama, Datuk Seri Eizlan Yusof pula menerima berita gembira apabila isterinya, Datin Seri Natasha Rosa Boudville selamat melahirkan anak perempuan mereka. Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) ini nampak ceria sambil mendukung bayi perempuannya itu.

Foto: Instagram @eizlanyusof

Berita gembira ini telah dikongsi Datuk Seri Eizlan menerusi laman media sosialnya. Menurut ayah kepada 4 orang anak ini, isterinya selamat melahirkan anak perempuan pada jam 1 tengah hari tadi di Hospital UMRA, Shah Alam.

Foto: Instagram @eizlanyusof
Foto: Instagram @eizlanyusof

“Alhamdulillah isteri saya melahirkan bayi Ramadan. Nama sudah ada sebenarnya cuma saya dan isteri sepakat untuk tidak menghebahkannya lagi. Cukup dipanggi baby ZR dulu,” ulasnya tentang bayi seberat 2.98 kilogram yang dilahirkan secara pembedahan itu.

Tambahnya lagi, “Bergelar bapa sekali lagi saat ini satu perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Tiga lagi anak saya menerusi perkahwinan terdahulu pun teruja nak jenguk adik mereka.

Foto: Instagram @eizlanyusof
Foto: Instagram @eizlanyusof
Foto: Instagram @eizlanyusof

Saya bersyukur kerana dikurniakan rezeki dan harta dunia akhirat ini. Terima kasih isteri kerana menggendong 9 bulan dan melahirkan anak tanda cinta kami,” tutur Datuk Seri Eizlan.

Lebih menarik apabila tiga orang anak daripada empat orang anak kandungnya itu dilahirkan di hospital yang sama. “Anak lelaki saya, Zareef Yusof dan adiknya Vie Zaalia pun lahir di hospital sama. Kebetulan hospital ini milik kawan saya, jadi senang segala urusan berkaitan,” kata Datuk Seri Eizlan yang telah berkahwin dengan Datin Seri Natasha pada 12 Disember 2019.

Foto: Instagram @eizlanyusof

Datuk Eizlan juga telah menyimpan momen terindah dalam hidupnya saat menimang cahaya mata apabila bertindak memakai baju yang sama. Mungkin ramai yang tak terfikir untuk melakukannya tapi bukan Datuk Seri Eizlan. “Baju ini akan jadi kenangan kerana 4 anak saya, Vie Zaara Khan, Zareef Yusof dan Vie Zaalia disambut bersama dengannya,” kongsinya di laman media sosialnya.

IKLAN
Share