Di saat seluruh umat Islam sedang menjalani ibadah berpuasa yang pertama, Datuk Seri Eizlan Yusof pula menerima berita gembira apabila isterinya, Datin Seri Natasha Rosa Boudville selamat melahirkan anak perempuan mereka. Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) ini nampak ceria sambil mendukung bayi perempuannya itu.
IKLAN
Foto: Instagram @eizlanyusof
Berita gembira ini telah dikongsi Datuk Seri Eizlan menerusi laman media sosialnya. Menurut ayah kepada 4 orang anak ini, isterinya selamat melahirkan anak perempuan pada jam 1 tengah hari tadi di Hospital UMRA, Shah Alam.
“Alhamdulillah isteri saya melahirkan bayi Ramadan. Nama sudah ada sebenarnya cuma saya dan isteri sepakat untuk tidak menghebahkannya lagi. Cukup dipanggi baby ZR dulu,” ulasnya tentang bayi seberat 2.98 kilogram yang dilahirkan secara pembedahan itu.
Tambahnya lagi, “Bergelar bapa sekali lagi saat ini satu perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Tiga lagi anak saya menerusi perkahwinan terdahulu pun teruja nak jenguk adik mereka.
Saya bersyukur kerana dikurniakan rezeki dan harta dunia akhirat ini. Terima kasih isteri kerana menggendong 9 bulan dan melahirkan anak tanda cinta kami,” tutur Datuk Seri Eizlan.
IKLAN
Lebih menarik apabila tiga orang anak daripada empat orang anak kandungnya itu dilahirkan di hospital yang sama. “Anak lelaki saya, Zareef Yusof dan adiknya Vie Zaalia pun lahir di hospital sama. Kebetulan hospital ini milik kawan saya, jadi senang segala urusan berkaitan,” kata Datuk Seri Eizlan yang telah berkahwin dengan Datin Seri Natasha pada 12 Disember 2019.
IKLAN
Foto: Instagram @eizlanyusof
Datuk Eizlan juga telah menyimpan momen terindah dalam hidupnya saat menimang cahaya mata apabila bertindak memakai baju yang sama. Mungkin ramai yang tak terfikir untuk melakukannya tapi bukan Datuk Seri Eizlan. “Baju ini akan jadi kenangan kerana 4 anak saya, Vie Zaara Khan, Zareef Yusof dan Vie Zaalia disambut bersama dengannya,” kongsinya di laman media sosialnya.
Suatu ketika dahulu sinetron dari Negara Seberang, Bawang Putih Bawang Merah telah menjadi fenomena di kalangan penggemar drama. Watak Bawang Merah yang ‘jahat’ benar-benar memberi kesan yang mendalam pada penontonnya lantas mengangkat nama pendukung wataknya, Nia Ramadhani. Ke mana sahaja Nia pergi nama Bawang Merah seolah-olah melekat dengan dirinya.
Namun Nia telah meninggalkan kerjaya seninya setelah berkahwin dengan Ardiansyah Bakrie. Berkahwin dalam usia yang muda tidak membuatkan wanita tinggi lampai ini terus dilupakan. Nia mempunyai 11.8 juta pengikut di laman Instagram. Wajah cantiknya sentiasa menjadi buruan lensa kamera dan menjadi penghias muka depan majalah di Indonesia.
Ibu kepada tiga orang anak ini telah melahirkan anak pertamanya pada 2 Jun 2012 dan diberi nama Mikhayla Zalindra Bakrie. Manakala anak keduanya lahir pada 17 November 2015, Mainaka Zanatti Bakrie dan anak ketiganya pula, Magika Zalardi Bakrie lahir pada 10 Mei 2017.
Nyata Nia seorang ibu yang penyayang dan sentiasa mengambil berat tentang masa depan anak-anaknya dengan menghantar ke sekolah yang terbaik. Baru-baru ini Nia telah mendedahkan bahawa telah membelanjakan 500 juta rupiah (RM142,000) setahun untuk kos persekolahan anaknya. Pendedahan ini dilakukan Nia menerusi salah sebuah temu bual di program Ngopi Dara yang disiarkan di stesen televisyen Trans TV.
Dalam temu bual tersebut, pengacara program tersebut, Jessica Iskandar bertanya tentang anak sulung Nia yang gemar merakam video tarian di sebuah aplikasi popular. Jawab Nia, “Ya, saya bayar belanja sekolahnya mahal-mahal, setahun 500 juta rupiah. Tapi dia katakan kepada saya, cita-citanya cuma mahu merakamkan video di dalam aplikasi terbabit,” gurau Nia.
Mikhayla bersekolah di British School Jakarta dan menerusi pemerhatian di internet, perbelanjaan untuk memasuki sekolah terbabit boleh mencapai sehingga ratusan juta rupiah. Bayaran masuk untuk ke sekolah tersebut sahaja bermula dari 30 juta rupiah dan itu tidak termasuk dengan perbelanjaan lain.
Beruntung Mikhayla dapat belajar di sekolah yang terbaik dan menuntut perbelanjaan yang tinggi.
Avokado sering dikaitkan dengan khasiat untuk mencantikkan kulit. Lantaran fungsinya yang meluas dalam industri kosmetik, ramai yang tidak mengetahui bahawa buah berbentuk bujur telur atau pir ini juga sebenarnya kaya dengan vitamin A. Ia sering dikisar untuk dijadikan jus berkhasiat. Tahukah anda,bagi individu yang sukar menaikkan berat badan, pengambilan avokado mampu membantu mengembalikan berat yang ideal?
Pokok avokado tumbuh subur di kawasan bercuaca panas dan lembap. Turut dikenali sebagai Persea americana miller dari keluarga Lauraceae, tumbuhan yang berasal dari kawasan Amerika Tengah ini sudah mula ditanam secara meluas di kebanyakan kawasan tropika dan subtropika. Jika dilihat, kulit avokado bertekstur licin atau kasar, manakala isinya berwarna kuning kehijauan dengan biji yang keras ditengahnya.
Sebiji avokado membekalkan khasiat protein, zat besi, kalsium, vitamin A, vitamin C, niasin, sodium dan potassium. Ia juga mengandungi kira-kira 300 kalori, dengan 88% daripadanya adalah lemak (minyak monotepu). Ini menjadikan zat avokado sangat ideal untuk menambah berat badan, khususnya di kalangan kanak-kanak yang kurus dan dewasa.
KHASIAT
Buah avokado berkesan sebagai pelincir semulajadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian sendi seperti leher, siku, pergelangan tangan, pinggul, lutut dan pergelangan kaki. Amalan memakannya setiap hari boleh menurunkan paras kolesterol disamping mengekalkan paras lipoprotein, iaitu sejenis kolesterol baik untuk menghindarkan seseorang itu daripada serangan sakit jantung. Malah minyak monotepu avokado mempunyai kesan antikolesterol.
Ia juga merupakan salah satu dari buah-buahan yang paling disyorkan untuk ahli bina badan dan ubatan untuk merawat penyakit jantung yang disebabkan kolesterol. Malah tahukah anda bahawa ekstrak avokado juga baik untuk mencegah kanser payudara dan kanser prostat? Sebuah kajian menunjukkan toksin yang ditemui dalam avokado berupaya membunuh sel kanser. Namun begitu, kesahihannya masih lagi dikaji secara saintifik.
Avokado turut mengandungi asid oleic, lemak monotepu untuk merendahkan kolesterol.
Sumber pembekal potassium iaitu mineral penting untuk keseimbangan tekanan darah. Pengambilan yang mencukupi membantu mengelakkan masalah tekanan darah tinggi, penyakit jantung atau strok.
Secawan avokado mempunyai sekurang-kurangnya 23% kandungan folat untuk kesihatan jantung, mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
Berbanding bayam atau lobak, makan hirisan avokado sehari meningkatkan keupayaan tubuh untuk menyerap karotenoid.
Seronok tengok kejayaan yang dicapai wanita muda dari Johor ini. Mana tidaknya, baru meniti usia 29 tahun… Farah Zieda Mohd Anuar sudah pun berjaya mengejar salah satu impian hidupnya iaitu untuk menjadi juruterbang. Lebih manis, kerjaya idaman ini jugalah yang mempertemukan dia dengan suami tercinta yang merupakan juruterbang di syarikat penerbangan sama, AirAsia. Alahai, indahnya bertemu jodoh di awan biru!
Farah yang juga graduan Diploma Malaysia Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT) berkata sebelum bergelar juruterbang dia terlebih dahulu menyertai Akademi Latihan Penerbangan Gulf Golden International Flying Academy Sdn Bhd (GGIFA), di Bintulu, Sarawak untuk mendapatkan lesen juruterbang pengangkutan syarikat penerbangan (CPL/IR with Frozen ATPL).
“Saya mula berkhidmat di AirAsia pada tahun 2013 selepas menimba pengalaman bekerja di bahagian jualan tiket penerbangan Airasia selain mengumpul maklumat mengenai skop kerjaya sebagai juruterbang. Sepanjang bertugas di sana, saya telah berkahwin dengan suami yang juga juruterbang AirAsia.”
Ditanya apa yang membuatkannya terdetik untuk memilih kerjaya berkenaan, Farah tanpa berselindung mengakui semuanya bermula daripada bapa tersayang. “Bapa saya merupakan seorang Kapten yang mengendalikan pesawat A330 lebih 20 tahun bersama Malaysia Airlines dan sekarang beliau ialah seorang Kapten A320 di Airasia. Bapa saya sering berkongsi pengalaman kerjanya dengan anak-anak waktu kami kecil dulu.
Jadi apabila saya berumur 15 tahun dan berbekalkan inspirasi daripada bapa, saya sudah memasang cita-cita sebagai seorang juruterbang meskipun pada masa itu, tidak ramai juruterbang wanita tempatan. Dengan apa yang saya miliki hari ini, saya rasa sangat bangga kerana dapat meneruskan kerjaya yang diinspirasikan oleh beliau. Saya ingat lagi kali pertama saya mengendalikan pesawat Airbus A320, saya rasa tidak percaya yang saya dapat kendalikan pesawat tersebut.
Malah, saya juga bangga kerana berkhidmat bersama syarikat penerbangan yang mengukur kerja keras dan layanan adil serta sama rata tidak kira jantina. Bagi saya, tiada
cabaran khusus sebagai seorang juruterbang wanita kerana kami melalui latihan yang sama seperti juruterbang lelaki. Kami mengendalikan penerbangan berdasarkan piawaian
dan peraturan industri yang telah ditetapkan.
Kerjaya ini sememangnya mencabar kerana ia bergantung kepada cuaca semasa dan setiap penerbangan tidak akan sama kerana cabarannya berbeza bagi setiap penerbangan. Paling penting sebagai juruterbang, kita harus sentiasa bertenang dalam mengendalikan pesawat dengan selamat dalam apa jua keadaan.”
Teruja bercerita pengalaman yang dilalui sepanjang menjadi juruterbang, Farah dalam pada itu turut berkongsi peristiwa berdepan detik cemas suatu ketika dulu. “Saya
pernah mengendalikan situasi kecemasan di mana seorang penumpang mengalami pendarahan yang berterusan semasa dalam penerbangan.
Syukurlah ada di antara penumpang terdiri daripada jururawat dan doktor yang turut berada dalam penerbangan sama. Mujur segalanya terkawal. Dari pengalaman tersebut saya mempelajari tugas kami haruslah membawa pesawat mendarat dengan selamat secepat mungkin untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku kepada para penumpang.”
Sebelum memulakan tugas, Farah akan memastikan dia mendapat rehat yang cukup dan bersedia untuk bertugas. Pelaksanaan ‘document check’ dan ‘walkaround check’ secara teliti sebelum berlepas penting untuk mengelakkan sebarang masalah dan kesilapan. Walau kerjaya ini berdepan dengan situasi tidak menentu setiap hari namun Farah gembira dengan pilihan kerjayanya ini.
“Setiap hari, saya berkata kepada diri sendiri “Do what you love” jadi saya amat menyukai kerja saya ini hingga saya tidak rasa ia satu pekerjaan. Macam betapa sukanya saya terhadap sukan berbasikal, macam tu jugalah perasaannya bila saya bekerja. Rasa seronok dapat buat benda yang kita suka.
Bagi saya ini bukan sekadar satu pekerjaan, tetapi ia adalah peluang untuk saya terus belajar menjadi insan yang lebih baik dalam pelbagai aspek. Menjadi isteri yang baik, ibu yang mampu memberikan yang terbaik untuk anak-anak saya nanti, menjadi anak, kakak, adik yang baik terhadap ahli keluarga.”
Tambahnya lagi sebelum mengakhiri perbualan, “Jangan sesekali fikir bahawa jantina akan menjadi penghalang kepada impian anda. Yang penting anda berusaha dan bekerja keras sama seperti orang lain. “Dare to dream” dan lakukan yang terbaik selain sentiasa pegang kepada DUIT iaitu Doa, usaha, ikhtiar, tawakal. InshaAllah segalanya akan dipermudahkan.”
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...