Ads

Rezeki 6 Tahun Kahwin, Datin Sri Tasha Sarat Hamil Anak Kedua & Teruja Bakal Timang Seorang Lagi ‘Puteri’!

Datin Sri Tasha Hamil Anak Kedua
Datin Sri Tasha Hamil Anak Kedua

Tumpang gembira dengan kehidupan rumah tangga Dato’ Sri Eizlan dan isteri tercinta, Datin Sri Tasha. Peribadi suami isteri ini yang ‘low profile’ dan sentiasa berdua menemani pasangan masing-masing ke mana saja meraih perhatian khalayak. Sepanjang bergelar suami isteri, kedua-duanya tampil bahagia dan bijak menjaga privasi diri.

Tanggal 12 Disember lalu merupakan ulang tahun perkahwinan keenam Dato’ Sri Eizlan Yusof dan Datin Sri Natasha Rosa. Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan seorang anak perempuan comel diberi nama Zaelynn Rosa yang kini berumur lima tahun.

Artikel https://www.nona.my/keturunan-serani-selesa-tampil-sederhana-datin-sri-sasha-bahagia-jadi-suri-hati-dato-sri-eizlan/

Datin Sri Tasha Bahagia Jadi Isteri Dato’ Sri Eizlan

Rezeki 6 Tahun Kahwin, Datin Sri Tasha Sarat Hamil Anak Kedua & Teruja Bakal Timang Seorang Lagi ‘Puteri’! Rezeki 6 Tahun Kahwin, Datin Sri Tasha Sarat Hamil Anak Kedua & Teruja Bakal Timang Seorang Lagi ‘Puteri’! Rezeki 6 Tahun Kahwin, Datin Sri Tasha Sarat Hamil Anak Kedua & Teruja Bakal Timang Seorang Lagi ‘Puteri’!

Difahamkan Datin Sri Tasha sudah sedekad mengenali hati budi suami tercinta namun sah bergelar suri hati aktor kacak berkenaan selama enam tahun.

Menerusi perkongsian di media sosial, wanita cantik berketurunan Serani ini menzahirkan rasa syukur menjalani perkahwinan bahagia di sisi Dato’ Sri Eizlan.

“Married for 6 years, together for 10 years. Happy Anniversary sayang. Semoga Allah SWT akan sentiasa melindungi dan merahmati kami hingga ke Jannah. Love you my love, Eizlan Yusof.”

Sementara itu, ketika dihubungi Nona baru-baru ini Datin Sri Tasha yang pernah berkhidmat dalam bidang perhotelan dalam nada mesra menyambut panggilan penulis.

Ads

Rezeki 6 Tahun Kahwin, Datin Sri Tasha Sarat Hamil Anak Kedua & Teruja Bakal Timang Seorang Lagi ‘Puteri’! Rezeki 6 Tahun Kahwin, Datin Sri Tasha Sarat Hamil Anak Kedua & Teruja Bakal Timang Seorang Lagi ‘Puteri’!

Ditanya perkembangan terkini, isteri selebriti ini sudi berkongsi kisah. Katanya, “Buat masa sekarang, kebanyakan masa adalah bersama keluarga. Zaelynn pun akan masuk tadika tahun depan. So kena fokus dengan pembelajaran dia dan jaga baby baru sebab saya yang menjaga sendiri.”

Datin Sri Tasha Hamil Anak Kedua

Sambutan ulang tahun perkahwinan Datin Sri Tasha kali ini lebih bermakna kerana dia kini sarat hamil dan bakal timang anak kedua. Secara eksklusif, dia mengumumkan sedang mengandung lapan bulan kepada Nona.

Ads

Rezeki 6 Tahun Kahwin, Datin Sri Tasha Sarat Hamil Anak Kedua & Teruja Bakal Timang Seorang Lagi ‘Puteri’! Rezeki 6 Tahun Kahwin, Datin Sri Tasha Sarat Hamil Anak Kedua & Teruja Bakal Timang Seorang Lagi ‘Puteri’! Rezeki 6 Tahun Kahwin, Datin Sri Tasha Sarat Hamil Anak Kedua & Teruja Bakal Timang Seorang Lagi ‘Puteri’!

“Kami tak merancang bila ada rezeki anak lagi. Alhamdulillah. Kehamilan kedua, alahan agak teruk masa first trimester. Saya kehilangan 6kg pada masa itu, banyak makanan yang tak boleh makan.”

Tambahnya, anak sulung iaitu Zaelynn turut teruja menanti kehadiran ‘adik’ tidak lama lagi.

“Dia seronok! Setiap hari Zaelynn cakap ‘ada baby sister dalam perut Mommy’. Dia memang peramah dan suka berkawan. Rasanya dia akan sangat happy dengan kehadiran adik dia.

Ads

Suami of course happy sebab dia memang suka anak ramai dan dia kasihan Zaelynn seorang. Zaelynn pun memang suka babies. Kalau di luar ada jumpa baby, dia akan cakap ‘Hi Baby’. Sebab kakak dan abang dia semua dah besar, so lepas ni dia ada baby untuk main bersama-sama.”

Rezeki 6 Tahun Kahwin, Datin Sri Tasha Sarat Hamil Anak Kedua & Teruja Bakal Timang Seorang Lagi ‘Puteri’! Rezeki 6 Tahun Kahwin, Datin Sri Tasha Sarat Hamil Anak Kedua & Teruja Bakal Timang Seorang Lagi ‘Puteri’!

Menyentuh sama ada dia dan suami merancang untuk memiliki berapa orang anak, ini jawapan jujur Datin Sri Tasha.

“Setakat ini, rasanya dua anak cukup untuk kami. Kalau Allah benarkan kami ada rezeki lagi, alhamdulillah.”

Semoga Allah akan sentiasa memberkati perkahwinan dan hubungan kami suami isteri sehingga ke Jannah. Karakter suami masih kelakar seperti biasa, penghibur hati di rumah dan kuat drama sampai Zaelynn pun dah sama perangai macam dia. Di rumah sekarang ada Drama King iaitu suami dan Drama Queen, Zaelynn!” selorohnya.

Datin Sri Tasha bergelar isteri kepada Dato’ Sri Eizlan pada 12 Disember 2019.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Dulu Buta Huruf & Kerja Di Kedai Teh Susu, Pengasas Chagee...

Kisah Zhang Junjie, pengasas Chagee, dari hidup sebagai buta huruf hingga membina empayar teh RM12 bilion melalui kesabaran dan disiplin.