Rezeki Dapat Bersujud Lama Di Raudhah, WAN SHARMILA Mohon Doa DimakbulkanNya

Kebiasaannya, hujung tahun merupakan waktu di mana kebanyakan individu menghabiskan cuti tahunan dengan melancong bersama keluarga baik di dalam mahupun di luar negara. Selain bercuti, ada juga mengambil kesempatan ini untuk berkunjung ke kota suci Mekah dan Madinah untuk mengerjakan ibadat umrah.

Melalui posting di Instagram milik Wan Sharmila, @lala.wansharmila, dia kini berada di Mekah untuk menunaikan ibadat umrah. Turut kelihatan bersama rombongan umrahnya ialah pelakon Liza Abdullah.

9.Dec.2022 . AllahuAkbar. Alhamdulillah Allah berikan izin dan kemudahan utk kami bersujud lama di dalam Taman Syurga MU. Semoga kami dijemput lagi dan lagi untuk masuk ke dalam Raudhah Mu. Amin.🤲🏻

Thank you Ustazah… Thank you juga kakak2 & kawan2 yg sentiasa mendoakan Lala. 💋

Sorry lala post gambar kenangan ni sebab ini kenangan terindah Lala. ❤️

InsyaAllah akan ada rezeki awak semua untuk ke sini. 🤍

Wan Sharmila pernah memuat naik posting berkenaan hajatnya untuk menunaikan umrah dalam Instagram sekitar April lalu dan kini hajatnya telah termakbul dan dirinya kini dapat melaksanakan ibadat umrah dengan sebaik mungkin.

Malah, kenangan indah yang tidak dapat dilupakan buat dirinya dapat  bersujud lama di dalam Taman Syurga  atau Raudhah adalah momen indah yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayat. Mengambil kesempatan memohon kepadaNya untuk dijemput lagi ke Raudhah, pelakon berusia 41 tahun ini memanjatkan kesyukuran dan doa semoga diberi kesempatan lagi untuk masuk ke Raudhah.

Melalui posting di Instagram miliknya, pelakon versatil ini menyifatkan jemputan umrah ini bagaikan satu mimpi yang indah untuk dirinya.

“Bagai mimpi. Alhamdulillah. Semoga menjadi inspirasi untuk pasang niat lagi ke sini. 🤍🕋”, ujarnya melalui posting di laman Instagram miliknya.

Untuk rekod,  Wan Sharmila mula mengenakan hijab ketika berusia 38 tahun. Ketika itu, beberapa posting yang dimuat naik  ketika bercuti ke Osaka , Jepun menampilkan imej dirinya berhijab. Malah tambahnya lagi, hasrat untuk berhijab sudah lama tersimpan di hatinya dan dia nekad melakukan perubahan itu sempena sambutan ulang tahun kelahirannya  pada 12 Oktober 2019 yang lalu.

 

IKLAN
Share