Baru-baru ini Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib menyantuni golongan asnaf pada majlis berbuka puasa anjuran Astana Negeri Sarawak.
Tun Taib dan Toh Puan Raghad turut menyampaikan duit raya kepadaa 50 asnaf daripada Persatuan Anak Limbang dan Persatuan Budaya Pasar Borneo Sri Kembangan.
Ads
Majlis turut menyaksikan syarikat VFive Group menyampaikan sumbangan RM100,000 kepada Ragad Foundation sebagai sokongan kepada yayasan itu dalam menjalankan kerja-kerja amal.
Ads
Hadir sama pada majlis itu ialah Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.
Ads
Majlis tersebut dihadiri oleh 300 tetamu yang terdiri daripada jabatan serta agensi di bawah Kerajaan Persekutuan dan Sarawak termasuk duta-duta dari negara luar.
Tiada pasangan yang membina rumah tangga ingin mengakhiri hubungan tersebut dengan penceraian. Tidak kiralah orang biasa mahupun selebriti ternama. Namun apa yang terjadi di Hollywood mungkin agak memeranjatkan. Manakan tidak, ada yang hanya berkahwin dalam tempoh yang terlalu singkat.
Jom kita tengok 5 senarai artis yang berkahwin dalam tempoh paling singkat dalam sejarah!
1. Britney Spears dan Jason Alexander: 55 Jam
Princess of pop ini telah berkahwin dengan kawan karibnya, Alexander ketika berparti di Las Vegas pada tahun 2004. Bagaimanapun, perkahwinan ini dibatalkan selepas 55 jam.
2. Cher dan Gregg Allman: 9 Hari
Pada tahun 1975, Cher dan Gregg berkahwin di Vegas. Bagaimanapun, Cher memfailkan penceraian sembilan hari kemudian setelah dia dilaporkan mengetahui isu ketagihan dadah Gregg.
3. Drew Barrymore dan Jeremy Thomas: 39 Hari
Pada tahun 1994, Drew yang berumur 19 tahun berkahwin dengan Thomas yang berumur 32 tahun yang baru dikenalinya selama enam minggu. Drew memfailkan penceraian 39 hari selepas itu.
4. Kim Kardashian dan Kris Humphries: 72 Hari
Perkahwinan Kim dan Kris ini sangat popular dan kos perkahwinan mereka dilaporkan mencecah 10 juta dolar dan disiarkan secara eksklusif di E! “Kim’s Fairytale Wedding” pada tahun 2011.
5. Nicky Hilton dan Todd Andrew Meister: 85 Hari
Adik kepada Paris Hilton ini berkahwin dengan seorang usahawan pada Ogos 2004. Perkahwinan mereka berlangsung di Vegas dan telah dibatalkan pada bulan November tahun yang sama.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pada tahun 2020, Hari Keputeraan Rasmi Agong telah dipinda daripada 6 Jun kepada 8 Jun. Bermula pada tahun 2021, Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda ditetapkan pada hari Isnin pertama bulan Jun setiap tahun dan sepanjang tempoh pemerintahan KDYMM Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Dengan pindaan tersebut, sambutan Hari Keputeraan Seri Paduka dapat diraikan bersama-sama seluruh rakyat jelata melalui pengisytiharaannya sebagai hari pelepasan am.
PEGANG REKOD DUNIA Baginda adalah pemegang ‘rekod dunia’ sebagai Putera Mahkota kedua paling lama selepas Putera Charles. Baginda mula memikul amanah sebagai Tengku Mahkota Pahang sejak berusia 16 tahun, pada 1 Julai 1975. Justeru Baginda mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam pentadbiran negeri.
Selain itu juga, Baginda telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi Pemangku Raja Pahang sebanyak dua kali. Begitu banyak jasa dan sumbangan Baginda dalam pelbagai bidang sepanjang menjadi Pemangku Raja Pahang.
Semasa kecil, Baginda dibesarkan sebagai seorang yang lasak memandangkan Baginda bakal bergelar pemimpin. Sebab itulah Baginda sentiasa kelihatan cergas dan awet muda sehingga kini.
SIKAP SABAR YANG TINGGI “Tuanku tidak terkejar nak beri satu direksi atau titah, bukan kepada saya sahaja, tapi juga kepada kawan-kawan, sahabat Tuanku dan juga kepada orang kampung secara lembut dan jelas. Peribadi Tuanku iaitu hubungan bersama rakyat adalah satu hubungan yang sangat jujur.”
Terbukti hormat dan kasihnya KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah terhadap Paduka Ayahanda tercinta sehinggakan banyak keperibadian Baginda menjadi contoh teladan dalam hidupnya.
Begitulah keperibadian Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang sangat kasih dan prihatin akan rakyatnya. Maka tidak hairanlah Baginda menjadi kesayangan rakyat.
Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda bagi tahun 2022.
Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong terus dilimpahi keberkatan, kesejahteraan dan berada dalam lindungan rahmat-Nya bersama Paduka-Paduka Anakanda dan Paduka-Paduka Cucunda. Daulat Tuanku!
Sumber: House of Pahang
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Aktres cantik kesayangan ramai, Fasha Sandha dan suaminya, Aidil Aziz berkongsi hantaran di akaun Instagram momen berangkat ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah.
Jelas terpancar keterujaan di wajah Fasha dan Aidil apabila buat pertama kalinya mereka berpeluang menunaikan umrah bersama.
Aidil atau nama sebenarnya Mohd Aidil Abdul Aziz menjelaskan momen kali ini sangat bermakna selepas dia bergelar seorang suami. Menurut Aidil, keberangkatannya kali ini mencetuskan perasaan yang sangat berbeza.
Sebagai yang sudah ada pengalaman ke tanah suci sebelum ini, semestinya Aidil teruja kerana dapat membawa dan ‘guide’ isteri tercintanya itu sepanjang berada di sana.
Memetik perkongsian Aidil kepada Media Hiburan, sebelum ini dia pergi bersama keluarga. Sementara Fasha, ini adalah pengalaman pertamanya. Maka, bagi Aidil momen ini adalah cukup bermakna dan terindah.
DAH LAMA RANCANG
Menurut Aidil lagi, perancangan menunaikan ibadah umrah bersama Fasha sudah lama dirancang. Namun, disebabkan pandemik COVID-19 hasrat itu terpaksa ditangguhkan.
“Sekarang saya rasa masa yang terbaik, kebetulan anak-anak pun dah besar dan mudah diuruskan. Kami anggap ini rezeki, ini semua perancangan Allah SWT.
“Fasha pun sangat teruja, saya boleh nampak perasaannya itu. Kalau individu yang pertama kali berpeluang buat umrah pastinya seronok. Begitu juga dengan dia,” ungkap Aidil.
Menerusi perkongsian Fasha di Instagram peribadinya pula, dia memohon ampun atas segala kesalahan dan kekurangan agar dipermudahkan urusan ibadahnya di sana.
“Assalamualaikum, salam Jumaat yang barakah, penghulu segala hari.
“Dengan rasa rendah diri, saya Nur Fasha Sandha dan Mohd Aidil Abdul Aziz ingin memohon jutaan kemaafan di atas segala kesalahan.
“Mohon halalkan makan minum kami. Terima kasih keluarga tersayang yang sanggup minta cuti menghantar kami ke sini,” tulis Fasha.
Untuk info, Aidil dan Fasha berkahwin pada 30 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Aisha Amaira yang kini berusia dua tahun.
Terdahulu, Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 27 April 2012 namun bercerai pada 2016.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma.
Semoga perjalanan dan segala urusan Fasha dan Aidil di tanah suci dipermudahkan. Semoga dikurniakan umrah yang mabrur.
Kredit Foto: Instagram Fasha Sandha, Aidil
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Datin Intan Najuwa terus mengembangkan empayar Dico Brew dengan membuka cawangan baharu walaupun sedang sarat hamil anak kedua. Semangatnya sebagai usahawan menjadi inspirasi wanita.