Rihanna Kembali Mempesona Selepas 6 Tahun Tanpa Karya, Nampak Makin Cantik Lepas Jadi Ibu

Single lagu ‘Lift Me Up’ punya aura yang menggetarkan jiwa. Barangkali selepas enam tahun tanpa karya baharu dan tujuh bulan selepas kelahiran bayi sulungnya, Rihanna sendiri mahu mengubat kerinduan peminat melalui lagu yang menjadi soundtrack filem Black Panther: Wakanda Forever itu. Paling mempesona, kecantikan Rihanna selepas bergelar ibu makin menyerlah!

Terpanggil untuk melancarkan single sebagai tribute khas kepada aktor Chadwick Boseman, Rihanna menulis sendiri lagu ini sebagai sesuatu yang melambangkan kekuatan dan rindu mendalamnya terhadap kehilangan orang-orang yang disayangi.

Mendiang Chadwick Boseman merupakan pembawa karakter Black Panther sebelum meninggal dunia pada tahun 2020

lalu.

Semangat untuk kembali aktif dalam seni hiburan mungkin juga susulan kelahiran bayi lelaki Rihanna pada 13 Mei lepas.

Penghibur dan usahawan bertaraf billionaire dunia itu menjalin hubungan dengan penyanyi rap A$AP Rocky sejak tahun 2020.

The Glow Around 4-Pieces Travel Skincare Essential Set (RM295)

 

FENTY HOLIDAY

Dalam kempen terbaharu Fenty Holiday 2022, pesona Rihanna dalam koleksi produk Fenty Beauty dan Fenty Skin edisi terhad jelas menunjukkan kematangan wanita berusia 34 tahun itu.

Dengan kulitnya yang bersinar, solekan terletak kemas dan glos bibir signature kesukaan, kecantikan Rihanna atau nama penuhnya Robyn Rihanna Fenty selepas menimang cahaya mata jelas mempesona.

Tampil menyerlah sempena musim perayaan Hari Natal dan sambutan Tahun Baru 2023, himpunan mekap Fenty Beauty dalam saiz kompak ini pasti menceriakan diri anda.

Koleksi Fenty Holiday 2022 untuk semua wanita

 

Glossy Posse Volume 5.0 (RM205)
Fenty Icon The Case – Berry Edition (RM70)
Baby Watts: Mini Fluid Freestyle Highlighter Duo (RM110)
Double Cheek’d Up: Freestyle Cream Blush Duo (RM180)
Lil Icons Mini Semi-Matte Lipstick Duo (RM140)

Semua koleksi Fenty Holiday 2022 ini boleh didapati secara eksklusif di gedung Sephora.

KEKAYAAN

Sebenarnya sumber kekayaan Rihanna bukan datang dari bidang seni semata-mata. Sumber pendapatan penyanyi yang mempunyai jumlah pengikut seramai 103 juta di laman Instagram ini datang dari kerjasama bersama jenama mewah terkenal dunia, LVMH menerusi Fenty Beauty dan Fenty Skin.

Rakan kongsi Rihanna, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LVMH iaitu Bernard Arnault yang berusia 70 tahun juga merupakan Pengerusi dan CEO kepada syarikat jenama mewah seperti Louis Vuitton, Christian Dior, Fendi dan Sephora.

Sejak jenama kosmetik ini dilancarkan pada bulan September 2017 dan dipasarkan secara atas talian dan di rangkaian kosmetik, Sephora, jumlah jualan yang dicapai pada minggu pertama dan kedua mencecah sehingga RM400 juta (USD100 juta).

IKLAN
Share