“Rihanna Sendiri Mahir Bersolek” Jurusolek Priscilla Ono Kongsi Teknik Berbedak Macam Pro

Bermekap seperti tidak bermekap. Trend solekan natural ini mungkin kedengaran mudah tapi sebenarnya tidak. Menurut Priscilla Ono, jurusolek selebriti Rihanna yang juga Fenty Beauty Global MUA, kemahiran memilih dan ‘mengadun’ rona bedak asas adalah teknik penting untuk menghasilkan solekan jenis ini.

“Rihanna sendiri mahir bersolek,” kata Priscilla Ono tentang selebriti Hollywood yang juga Pengasas Fenty tersebut.

“Memandangkan beliau mempunyai kulit jenis berminyak, jadi dia selalu memastikan produk-produk mekapnya jenis matte dan kelihatan seperti kulit semula jadi.

Dia juga berasal dari Barbados dengan suasana yang lembap di sana. Jadi dia tak boleh memakai bedak asas yang berkilat atau jenis dewy dalam cuaca itu kerana ia akan cair,” ujar Priscilla yang sudah 16 tahun bergelar mekap artis.

Eksklusif untuk followers

Nona, Priscilla turut berkongsi beberapa tip dan teknik bersolek seperti Rihanna menggunakan produk terbaru Fenty Beauty iaitu Pro Filt’r Soft Matte Powder Foundation.
Priscilla Ono

Nak tahu teknik kesukaan Rihanna? Tonton BUAL CANTIK NONA BERSAMA PRISCILLA ONO ini.

Tahan lama dan ringan dengan kemasan matte lembut, bedak debu ini menawarkan 50 rona matte untuk dipilih. Rihanna mengilhamkan Pro Filt’r Soft Matte Powder Foundation kerana beliau menggemari kesan poreless

dan flawless, serta yang penting sesuai untuk pelbagai tona kulit.

Untuk solekan jenis no-makeup look hingga jenis mampan, bedak serba guna ini pasti memberikan kepuasan tak terhingga buat penggunanya. Pilih rona yang sepadan kulit anda menggunakan Fenty Face Shade Finder di web Fenty.

IKLAN
Share