
Di gelanggang, Rodtang Jitmuangnon cukup digeruni lawan kerana ketangkasannya dalam seni mempertahankan diri Muay Thai. Tetapi di rumah, sisi romantik dan penyayang atlet ini terserlah saat berada di samping isteri tercinta yang juga atlet bela diri kelahiran Thailand, Aida Looksaikongdin.
Pernah merangkul gelaran juara ONE Championship Flyweight, populariti Rodtang dalam kalangan peminat sukan kian melonjak apabila dia memeluk Islam dan mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya pada 14 Februari 2023.
Dek kerana reputasi yang baik dan gelaran ‘saudara baru’, Rodtang pada Februari lalu dipilih menghiasi kempen jenama Baju Melayu eksklusif, Elrah sempena lebaran.

Lebih bermakna, dia tampil segak dalam busana tradisi jenama berkenaan dalam satu sidang media menjelang pertarungannya sekitar Ramadan lepas.
Sambut Kelahiran Anak Sulung

View this post on Instagram
Nama Rodtang Jitmuangnon semakin dikenali masyarakat di negara ini. Selepas meraih kejayaan demi kejayaan saban tahun, dia akhirnya bergelar bapa apabila isteri tercinta selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka pada hujung Julai lepas.
Difahamkan, anak sulung mereka ialah bayi lelaki yang diberi nama Zlatan Tinnanat.
Titip Aida Looksaikongdin usai kelahiran anak tersayang, “Growing up, I just understand the word ‘beautiful pain’. Thank you for being born, my child. Let’s grow up together, our family.”
Menerusi perkongsian di media sosial kelihatan atlet berwajah garang ini melayan mesra isterinya usai kelahiran anak sulung mereka. Dia juga dilihat sering ‘meratukan’ Aida bukan hanya dari segi layanan tetapi juga kemewahan.



Aida menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-23 pada 16 Oktober lepas. Dia dan Rodtang nekad mengakhiri zaman bujang selepas beberapa tahun menyulam ikatan cinta.
Perkahwinan Rodtang & Aida

Mengimbas kembali detik bergelar suami isteri, Rodtang waktu itu tampil segak berbaju Melayu warna putih dan bersongkok. Sementara Aida pula menawan dalam persalinan tradisi dan bertudung litup.
Rodtang yang dikenali sebagai Raja Seni Mempertahankan Diri Muay Thai berusia 27 tahun yang sebelum ini merupakan bekas penganut Buddha mengesahkan telah bernikah dengan Aida di selatan Thailand.
Semoga rumah tangga yang dibina pasangan atlet ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!


















