Suka tengok cara Khatijah Tan dan suami, Nazri Andre yang saling melengkapi di antara satu sama lain. Meskipun sudah meniti usia 60an dan bergelar datuk serta nenek namun kemesraan mereka sebagai suami isteri tetap terjalin erat. Malah jelas terpancar sinar kebahagiaan pada wajah kedua-duanya.
Menerusi perkongsian di media sosial, pelakon veteran ini dilihat sering meluangkan masa berdua dan bergurau senda dengan cara tersendiri. Setiap foto yang dimuat naik juga disertakan dengan kapsyen menghiburkan. Lain macam ‘orang dulu-dulu’ tunjuk kasih sayang!
Salah satu posting yang menarik perhatian apabila aktres berusia 64 tahun tersebut memuat naik foto di samping suami dan berkongsi kapsyen, “Mula jumpa masa kerja di Merlin Hotel. Pernah selamatkanku dari peragut kini hatiku diragut selamanya.”
Ads
Khatijah Tan mendirikan rumah tangga dengan Nazri Andre atau nama penuhnya Nazri Andre Abdullah pada tahun 1984. Khabarnya Nazri berketurunan Serani dan nama asalnya sebelum memeluk agama Islam ialah Philip Harry-Andre.
Tahun ini, pasangan romantis berkenaan menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-41. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Muhammad Pierre Andre dan Muhammad Mikail Andre.
Kerjaya Seni Khatijah Tan
Ads
Kedua-dua anak lelaki Khatijah Tan mengikut jejak langkahnya sebagai anak seni. Pierre dan Mikail juga kini merupakan pengarah.
Pierre Andre berkahwin dengan Siti Nur Hidayah Hashim pada Jun 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aishah Andre dan Zehra Andre.
Ads
Sementara Mikail Andre pula mendirikan rumah tangga dengan Siti Nur Aima Fauzi pada 1 April 2017 dan mempunyai seorang anak perempuan diberi nama Medina Andre.
Pada November 2022, Khatijah Tan menerima Anugerah Pelakon Wanita Drama TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa.
Moga jasa pelakon ini dalam bidang seni terus mendapat perhatian dan melayari perkahwinan yang bahagia di samping keluarga tersayang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masihkah anda ingat dengan kisah bekas atlet bola tampar wanita Indonesia dan anggota Angkatan Tentera Darat Indonesia (TNI), nama Aprilia Santini Manganang yang tular suatu ketika dulu kerana kisahnya yang dibesarkan sebagai seorang wanita selama 28 tahun walhal dirinya adalah seorang lelaki. Selepas menjalani pemeriksaan perubatan, Aprilio rupanya mengalami masalah kesihatan dipanggil hypospadiasyang membabitkan ciri abnormal pada alat sulit. Masalah kesihatan ini sering dialami oleh bayi lelaki semasa dilahirkan.
Dia yang dibesarkan sebagai seorang perempuan akhirnya berasa lega setelah keputusan ujian perubatan mendapati dia adalah seorang lelaki kerana mempunyai organ dan kadar hormon testosteron lebih tinggi seperti seorang lelaki.
Selepas menjalani pembedahan, beliau yang menggunakan nama Aprilia Manganang secara rasmi bergelar lelaki dan menukarnya kepada Aprilio Perkasa Manganang semasa perbicaraan yang diadakan di Mahkamah Daerah Tondano, Sulawesi Utara, Mac 2021.
Ujian perubatan pula mendapati beliau adalah seorang lelaki kerana mempunyai organ dan kadar hormon testosteron lebih tinggi. Paling menyentuh hati apabila perjalanan proses rawatan Aprilio yang dikongsi di YouTube TNI AD sehingga membuatkan mereka yang hadir pada upacara tersebut menitiskan air mata.
Setahun kemudian selepas menjadi “lelaki” dan kembali kepada fitrah asalnya, khabarnya Aprilio sudah bernikah dengan kekasihnya yang bernama Claudia Cvanrhyn. Hari bahagia Aprilio, 30, dikongsikannya di Instagram termasuk memuat naik gambar bersama isterinya menunjukkan cincin perkahwinannya dengan kapsyen ‘Bebas’.
Claudia menyarung persalinan gaun anggun berlengan panjang berwarna putih serta dibaluti rantai putih, manakala Aprilio pula memakai 2-piece suit dengan blazer berona biru bercorak bunga di mana kedua-duanya menunjukkan cincin kedua-dua pengantin baru ini.
Senyuman gembira juga jelas terpancar di wajah pasangan pengantin. Didoakan semoga prkahwinan mereka kekal hingga ke anak cucu.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebelum ini pasangan selebriti Jennifer Lopez dan Ben Affleck menggemparkan dunia selepas melangungkan perkahwinan secara mengejut di Las Vegas. Dan baru-baru ini dikhabarkan mereka berdua melangsungkan perkahwinan sekali lagi, kali ini dalam majlis tertutup dan dihadiri ahli keluarga serta rakan terdekat sahaja. Ia berlangsung di kediaman Affleck di Savannah, Georgia pada Ahad. Menurut People Magazine, kesemua anak-anak pasangan itu turut hadir.
Kredit foto: Vanity Fair
Kemuncak acara perkahwinannya menyaksikan Jennifer Lopez tampil dengan gaun pengantin penuh dramatis dengan veil yang lebih panjang dari gaunnya. Menurut Bazaar, gaun pengantin Jennifer Lopez tersebut merupakan hasil sentuhan magis dari Ralph Lauren couture.
Kredit foto: OntheJLo.com
Jika sebelum ini, gambar gaun perkahwinannya tidak begitu jelas dan peminat sering tertanya-tanya bagaimanakah rupa persalinan Jennifer untuk resepsi keduanya. Mujurlah hari ini, Jennifer Lopez memuat naik gambar-gambar persalinannya di dalam website onthejlo.com.
Jika sebelum ini gaun lebih sederhana dengan gaun kasual, namun kali ini ia lebih dramatik, ‘couture’ dengan perincian yang lebih anggun.
Gaun pengantin pertama yang dipakainya adalah yang pertama daripada tiga gaun Ralph Lauren untuk malam itu. Lebih daripada 1,000 sapu tangan dan 500 meter kain telah dipotong menjadi ruffles untuk dijadikan versi ethereal turtleneck klasik Ralph Lauren. Ruffles itu kemudiannya dilekatkan menghasilkan skirt yang lebar dan romantis.
Kredit foto: OntheJLo.comKredit foto: Ralph Lauren
Jennifer kemudiannya menyarung dua persalinan tambahan oleh Ralph Lauren, satu menampilkan rentetan mutiara dan satu lagi dengan siluet ikan duyung dengan garis leher yang dihiasi kristal Swarovski.
Kredit foto: OntheJLo.comKredit foto: Ralph LaurenKredit foto: OntheJLo.comKredit foto: Ralph Lauren
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiada apa yang dapat menghalang seorang remaja perempuan yang baru sahaja berusia 18 tahun, Chiara Bordi untuk meneruskan kehidupannya dan mengejar impian walaupun beliau kehilangan kaki kirinya dalam kemalangan basikal ketika berusia 13 tahun. Bahkan, kekurangannya itu turut memberi tuah buat dirinya apabila berjaya ke pertandingan akhir Miss Italy 2018 baru-baru ini.
Ya, pertandingan ratu cantik cukup sinonim dengan penampilan wanita yang cantik dan bijak. Namun bagi wanita kelahiran Itali ini, kekurangan pada dirinya bukanlah penghalang untuk dia menyertai pertandingan ratu cantik tersebut dan membuktikan dirinya mampu bersaing dengan wanita-wanita sempurna di luar sana.
Akibat kemalangan itu, Bordi yang berasal daripada Wilayah Tarquinia meneruskan hidup dengan status OKU dengan hanya mempunyai satu kaki.
Selain itu, kejayaan Bordi ini juga membuktikan walaupun terdiri dalam golongan OKU, orang seperti mereka tidak seharusnya dipandang rendah dan berhak mendapat layanan seperti insan biasa yang lain.
Walau bagaimanapun, sesetengah netizen menganggap ia sebagai satu pencapaian membanggakan dan memecahkan rekod dalam pertandingan berprestij itu namun ada sesetengah tidak berpuas hati dengan perkara ini. Beberapa hari sebelum pusingan akhir, penyokong dan penentang Bordi saling berbalah.
Menurut Bordi, dia tidak berminat dengan kemenangan tetapi menunjukkan kepada dunia, kehidupan masih indah apabila dilahirkan semula selepas kejadian dramatik.
Kredit foto: Instagram Chiara Bordi
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti yang dinanti-nantikan, majlis pernikahan Erra Fazira dan Mohamad Ezwan Mohamad Zain atau Mr E berlangsung penuh indah pada tanggal 12 Disember 2025. Mengambil keberkatan Hari Jumaat, pasangan ini selamat disatukan sebagai suami isteri sekitar jam 9.19 pagi tadi.