Cantik sangat dan mendamaikan! Itulah ungkapan paling tepat dapat digambar apabila melihat rumah pasangan ini. Paling penting mesra alam (eco-friendly).
Sesiapa pun pasti mendambakan rumah seperti ini, biarpun tak semewah ini tetapi suasana dan ketenangan tu yang mahal.
Kredit Foto: ArchitecturalDigest.comKredit Foto: ArchitecturalDigest.com
Ketika ditemu bual oleh pihak ArchitecturalDigest.com, pasangan pelakon Hollywood Ashton Kutcher dan Mila Kunis baru saja berpindah ke rumah baharu mereka itu yang terletak di atas bukit di Los Angeles.
Kredit Foto: ArchitecturalDigest.com
Menariknya, rumah ini menerapkan gaya ladang yang sangat cantik dan unik. Menurut pasangan ini, ianya merupakan rumah idaman yang telah mereka rancang selama bertahun-tahun, bermula dengan kehamilan pertama Mila.
Kredit Foto: ArchitecturalDigest.com
Beginilah luas dan mewahnya rumah mewah Ashton Kutcher dan Mila Kunis ini yang dibina di atas kawasan seluas 2.4 hektar. Lengkap dengan ladang jagung produktif yang diairi dengan sistem pengairan dari telaga sendiri. Wow!
Ads
Kredit Foto: ArchitecturalDigest.com
Ashton dan Mila menamakan rumah mereka itu sebagai KuKu Farms. Mereka menggunakan khidmat arkitek Howard Backen dan pereka dalaman Vicky Charles untuk merealisasikan rumah impian mereka itu.
Kredit Foto: ArchitecturalDigest.comKredit Foto: ArchitecturalDigest.com
Bukan sahaja luas dan mewah, rumah Ashton Kutcher dan Mila Kunis ini juga mesra alam. Sumber tenaga berasal dari panel solar photovoltaic. Jumlahnya melebihi keperluan keseluruhan harta.
Kredit Foto: ArchitecturalDigest.com
Pada masa hadapan, Ashton dan Mila berharap sumber tenaga yang melimpah ruah ini dapat dikongsi bersama dengan rumah-rumah sekitar.
Ads
Semua bilik di KuKu Farms kelihatan luas, menggabungkan perabot moden dan seni bina kayu bercirikan Amerika. Bagi memberikan sentuhan berbeza, pasangan ini meletakkan candelier kristal setinggi 3 meter dan kerusi mewah seakan pelamin yang ditempah khas oleh Ashton ketika lawatannya ke India.
Kredit Foto: ArchitecturalDigest.com
Manakala rumah utama disambungkan ke rumah tamu, bilik hiburan yang direka bentuk menyerupai bangsal, dan pavilion yang dilengkapi dengan peralatan barbeku.
Salah satu bilik tidur di KuKu Farms. Nampak selesa seperti kabin mewah untuk percutian musim sejuk.
Ads
Kredit Foto: ArchitecturalDigest.com
Ini adalah bilik untuk dua anak Ashton dan Mila, Wyatt dan Dimitri. Nampak selesa dengan perabot semua kayu yang memberikan kesan hangat.
Cristiano Ronaldo dan Georgina Rodriguez akhirnya menikah selepas hampir 10 tahun bersama. Ketahui kisah cinta mereka dari butik Gucci hingga ke gerbang perkahwinan.