“Rupa-Rupanya It Was The Late Queen’s Coffin…” ALIF SATAR & Keluarga Jadi Saksi ‘Perjalanan Terakhir’ Ratu Elizabeth II

Selebriti versatil Alif Satar tidak menyangka percutiannya bersama keluarga ke England dan Scotland memberi ruang buat dirinya dan keluarga menyaksikan sendiri ‘perjalanan terakhir’ mendiang Ratu Elizabeth II. Kejadian tidak dirancang itu berlaku sewaktu Alif bersama isteri serta tiga orang anaknya baru sahaja tiba di bandar Edinburgh, Scotland dan sedang dalam misi mencari makan tengahari di bandar tersebut.

“Semalam kami baru saja hendak meninggalkan hotel The Gleneagles untuk menuju ke Edinburgh. Sampai sahaja di Edinburgh, kami tinggalkan kereta dan berjalan kaki menuju ke bandar untuk mencari makan tengah hari.

“Sedang kami berjalan mencari nasi briyani (sebab dah seminggu tak makan nasi), jalan semua dah ditutup. Nak melintas pun tidak boleh sebab orang terlalu ramai. Rupa-rupanya ada perarakan membawa keranda mendiang Ratu Elizabeth II,” katanya menerusi satu hantaran dalam Instagram.

Dalam hantaran itu juga, pelantun lagu Lelaki Seperti Aku turut berkongsi video menunjukkan ‘perjalanan terakhir’ jasad Ratu Elizabeth II serta beribu-ribu rakyat jelata berkabung, berbaris di sepanjang laluan perarakan keranda baginda di Scotland di mana baginda mangkat bagi menunjukkan tanda penghormatan buat terakhir kali.

Dalam ruangan komen, rmai menyifatkan percutian Alif bersama keluarganya cukup bermakna kerana dapat menyaksikan sendiri kejadian yang mungkin berlaku sekali sahaja dalam seumur hidup.

“Alif awak bertuah dapat menyaksikan pengalaman seumur hidup bersama anak-anak..” kata seorang pengikutnya. Bertuah sungguh Alif Satar kan!

 

IKLAN
Share