Selebriti versatil Alif Satar tidak menyangka percutiannya bersama keluarga ke England dan Scotland memberi ruang buat dirinya dan keluarga menyaksikan sendiri ‘perjalanan terakhir’ mendiang Ratu Elizabeth II. Kejadian tidak dirancang itu berlaku sewaktu Alif bersama isteri serta tiga orang anaknya baru sahaja tiba di bandar Edinburgh, Scotland dan sedang dalam misi mencari makan tengahari di bandar tersebut.
“Semalam kami baru saja hendak meninggalkan hotel The Gleneagles untuk menuju ke Edinburgh. Sampai sahaja di Edinburgh, kami tinggalkan kereta dan berjalan kaki menuju ke bandar untuk mencari makan tengah hari.
“Sedang kami berjalan mencari nasi briyani (sebab dah seminggu tak makan nasi), jalan semua dah ditutup. Nak melintas pun tidak boleh sebab orang terlalu ramai. Rupa-rupanya ada perarakan membawa keranda mendiang Ratu Elizabeth II,” katanya menerusi satu hantaran dalam Instagram.
Ads
Dalam hantaran itu juga, pelantun lagu Lelaki Seperti Aku turut berkongsi video menunjukkan ‘perjalanan terakhir’ jasad Ratu Elizabeth II serta beribu-ribu rakyat jelata berkabung, berbaris di sepanjang laluan perarakan keranda baginda di Scotland di mana baginda mangkat bagi menunjukkan tanda penghormatan buat terakhir kali.
Dalam ruangan komen, rmai menyifatkan percutian Alif bersama keluarganya cukup bermakna kerana dapat menyaksikan sendiri kejadian yang mungkin berlaku sekali sahaja dalam seumur hidup.
Bilik tidur merupakan ruang untuk beristirahat setelah kepenatan dengan rutin seharian sekaligus menjadi tempat yang mendamaikan. Secara tidak langsung juga anda mendapat tidur yang cukup serta berkualiti.
Ruang bilik tidur yang tidak terurus seperti bau kurang menyenangkan, suasana yang membosankan atau udara yang kurang segar pastinya mempengaruhi jiwa serta mood penghuninya. Salah satu cara untuk mencetuskan suasana yang tenang pada ruang bilik tidur ialah dengan meletakkan beberapa jenis tanaman hiasan yang sesuai.
Ia dipercayai dapat mencetuskan suasana yang lebih segar, tenang dan cerah. Faktor ini turut dapat mengurangkan stres. Keberadaan tanaman hiasan juga mengurangkan kadar racun dan kelembapan udara dalam bilik tidur.
LAVENDER
Umum mengetahui bahawa lavender mempunyai aroma khas yang dapat menenangkan dan mengurangkan kadar kecemasan. Bahkan, salah satu khasiat aromanya ialah mampu mengusir nyamuk. Warna ungunya yang menarik juga dapat memberi kesan cerah dan segar sekaligus sesuai diletakkan dalam ruang bilik tidur.
ENGLISH IVY
Mudah tumbuh dan dirawat. English ivy juga dianggap sebagai pembersih udara yang baik. Mampu menurunkan kadar stres dan kecemasan. English ivy tergolong sebagai salah satu jenis tanaman untuk bilik tidur yang memberi pengaruh yang baik. Anda boleh menggunakan pasu berwarna warni yang diletakkan di atas rak atau pasu jenis gantung agar terlihat lebih ceria.
POKOK LIDAH BUAYA
Salah satu tanaman luar yang dapat meningkatkan kualiti udara. Pokok lidah buaya atau aloe vera dapat menyaring karbon dioksida dan menghasilkan oksigen. Jadi, semasa anda tidur udara akan lebih terjaga dan berkualiti. Merawatnya juga mudah kerana ia tidak perlu kerap disiram mahupun terdedah dengan matahari.
ROSEMARY
Warna hijau segar daripada tanaman rosemary mampu memberikan kesan yang baik pada kesegaran ruang bilik tidur. Selain itu, rosemary juga memiliki kemampuan untuk merangsang aktiviti otak menjadi lebih baik seterusnya membantu mengurangkan stres dan keletihan. Ia juga dipercayai dapat membantu mereka yang mengalami insomnia. AMY MOHD
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nama Mariah Carey bukan lagi asing bagi peminat seni hiburan sekitar tahun 90an. Apatah lagi dia pernah dinobat sebagai penyanyi pop Amerika paling berjaya pada era tersebut. Bahkan lagu-lagu dendangannya masih menjadi pilihan peminat di serata dunia hingga ke hari ini.
Tidak dinafikan, populariti Mariah Carey masih kukuh dalam industri muzik antarabangsa meskipun dia sudah pun meniti usia 50an. 27 Mac lalu, superstar ini genap meniti usia 56 tahun.
Menelusuri latar belakang anak seni ini, Mariah dilahirkan pada 27 Mac 1970 di New York. Bapanya, Alfred Roy ialah jurutera aeronautik kelahiran Venezuela. Sementara ibunya pula, Patricia Carey merupakan guru vokal dan penyanyi opera yang berasal dari Ireland.
Patulah Mariah Carey memiliki suara lunak merdu. Warisi bakat ibu rupanya!
Selebriti bertaraf dunia ini juga mempunyai dua adik-beradik iaitu Morgan dan Alison. Khabarnya, zaman kanak-kanak Mariah tidak seindah rakan sebaya kerana dia tidak mempunyai ramai kawan. Bahkan kedua-dua ibu bapanya berpisah ketika dia baru berusia tiga tahun.
Seawal usia 4 tahun Mariah sudah mula mempelajari teknik vokal daripada ibu tersayang. Tamat persekolahan pada tahun 1987, dia berhijrah ke New York untuk mengejar cita-citanya sebagai penyanyi.
Sebelum menjadi penyanyi terkenal, Mariah pernah bekerja sebagai pelayan restoran. Karier nyanyiannya bermula apabila dia menjadi penyanyi latar kepada Brenda K Starr pada lewat tahun 80an. Difahamkan Brenda menghantar demo nyanyian Mariah kepada CEO Sony Music Entertainment ketika itu, Tommy Mottola.
Dek kerana sering bekerjasama, Tommy dan Mariah memutuskan untuk berkahwin pada tahun 1993. Bagaimana pun rumah tangga yang dibina hanya kekal selama lima tahun dan bercerai pada 1998.
Dia kemudian menjalin hubungan cinta bersama selebriti komedi Amerika, Nick Cannon dan berkahwin pada tahun 2008 namun berpisah pada 2014.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan cahaya mata kembar iaitu Moroccan Scott Cannon dan Monroe Cannon berusia 15 tahun.
30 April lalu, kedua-dua anak kembar Mariah Carey ini meraikan ulang tahun kelahiran ke-15. Sejak berpisah dengan Nick Cannon, pelantun lagu My All ini cekal membesarkan permata hati kesayangan. Malah, Moroccan dan Monroe juga sangat menyayangi ibu mereka.
Titip Mariah ketika hari lahir anak tersayang, “Happy Birthday, Roc & Roe! I love you so much, love mom.”
Sepanjang pembabitan sebagai penyanyi, Mariah pernah menandatangani kontrak bernilai USD80 juta bersama Virgin Records pada 2001 sekaligus menjadikan dia artis rakaman yang mendapat bayaran paling tinggi di Amerika.
Biarpun terkenal dan kaya, Mariah tidak terlepas mengalami jatuh bangun sebagai anak seni. Dia dikatakan mengalami detik sukar dan kemurungan melampau serta dirawat di hospital.
Pada tahun 2018, buat pertama kali Mariah membuat pendedahan kepada PEOPLE yang dia sebenarnya didiagnos menghidap Bipolar Disorder sekitar tahun 2001 dan berjuang melawan penyakit tersebut.
Kehidupan Mariah kini beransur baik dan setakat tahun 2021, album Mariah Carey sudah terjual lebih 200 juta di seluruh dunia dan menjadikan dia penyanyi ke-21 terkaya di dunia dengan nilai kekayaan mencecah USD 320 juta.
Album nyanyiannya termasuk 4 single turut berjaya menduduki carta Billboard Hot 100.
Mariah merupakan peminat fanatik Marilyn Monroe dan sanggup membeli piano milik artis tersebut dalam lelongan berharga USD600 ribu.
Dalam pada itu, dia turut menamakan anak perempuannya sempena nama pelakon tersebut.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berada di Jakarta, Indonesia untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 yang akan berlangsung dari 5 hingga 7 September ini.
Kesempatan tersebut turut digunakan oleh beliau untuk menghadiri sebuah program dialog anak muda bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Program yang diberi nama Temu Anwar merupakan program dialog Perdana Menteri yang julung kalinya diadakan di luar negara.
Program tersebut turut menampilkan beberapa selebriti terkenal Indonesia antaranya termasuklah Raffi Ahmad dan isteri, Nagita Slavina. Selain itu, turut kelihatan menghadiri program tersebut termasuklah penyanyi dan komposer muzik tersohor Indonesia, Ahmad Dhani, Nur Fazura dan ratusan anak muda dalam suasana penuh harmoni serta santai.
Momen pertemuan pemimpin nombor satu negara itu dikongsikan oleh beberapa selebriti Indonesia yang nyata teruja menerima kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Indonesia. Penyanyi dan komposer muzik tersohor Indonesia, Ahmad Dhani menganggap perjalanan hidupnya tidak banyak berbeza dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila penyanyi Kumpulan Dewa 19 itu berkongsi kisah pernah dipenjarakan satu ketika dahulu.
Tampil berseloroh ketika menyampaikan ucapan di pentas, Ahmad Dhani berkata, dia dan Anwar Ibrahim pernah dipenjara oleh pihak atasan.
“Anwar sama saya, pernah dipenjara oleh rejim, cuma Pak Anwar sudah menjadi orang nombor satu, saya belum,” ujarnya dalam nada bergurau.
Untuk rekod, vokalis kumpulan Dewa 19 itu pernah dipenjarakan selama 18 bulan di Penjara Cipinang Jakarta Timur, Indonesia atas kesalahan menyebarkan kebencian di platform Twitter pada Januari 2018 sebelum dibebaskan pada Disember 2019.
Sesi tersebut juga merupakan ruang untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan secara santai akan hala tuju Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani untuk difahami warga hadirin, termasuk mereka yang menyaksikan secara langsung di alam maya.
Selain selebriti Indonesia, kelibat Nur Fazura turut kelihatan di salah satu pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Alhamdulillah, Faz telah berpeluang menyertai para seniman, seniwati dan pempengaruh terkemuka Indonesia dalam Program ‘Santai Bersama Anwar’ di Jakarta, Indonesia. YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah sudi menyantuni kami semua dengan mesra, serta memberikan pelbagai pandangan berkaitan budaya dan landskap seni kedua-dua negara,’ ujar Fazura melalui Instagram miliknya.
YAB Perdana Menteri dalam rangka lawatan rasmi ke Jakarta, Indonesia untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-43.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!