Sebanyak 10 hospital di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menerima pengiktirafan sebagai Hospital Mesra Ibadah (HMI) kerana menyediakan fasiliti serta khidmat bimbingan untuk pesakit menunaikan ibadah ketika menerima rawatan.

IKLAN

10 Hospital KKM Diiktiraf Sebagai Hospital Mesra IbadahHospital berkenaan ialah Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu; Hospital Serdang dan Hospital Shah Alam di Selangir; Hospital Taiping dan Hospital Teluk Intan di Perak.

Turut menerima pengiktirafan ialah Hospital Sultanah Bahiyah di Kedah, Hospital Pulau Pinang, Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat dan Hospital Pontian, Johor serta Institut Kanser Negara di Putrajaya.

Sijil pengiktirafan HMI disampaikan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali kepada wakil-wakil hospital pada Konvokesyen HMI peringkat Kebangsaan 2022 yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff.

10 Hospital KKM Diiktiraf Sebagai Hospital Mesra IbadahHMI ialah program kerjasama KKM dan JAKIM bagi memenuhi keperluan spiritual pesakit semasa mendapat rawatan di fasiliti kesihatan melalui perlaksanaan ibadah.

“Melalui program ini, pihak hospital beri kemudahan tunaikan solat, beri motivasi kepada peakit malah mengajar bagaimana berwuduk dan solat bagi orang yang sakit. Ini penting kerana solat itu satu ibadah,” kata Dr Noor Azmi.

10 Hospital KKM Diiktiraf Sebagai Hospital Mesra IbadahDitanya adakah HMI akan diperluaskan ke hospital swasta, beliau berkata pihaknya membuka ruang dan peluang untuk hospital swasta turut sama mengaplikasikan HMI di tempat masing-masing.

IKLAN

“(Program ini) secara sukarela, kalau boleh memang kita ingin semua hospital terapkan HMI. Buat masa ini, hasratnya adalah untuk perkakasan HMI di hospital kerajaan,” katanya.

10 Hospital KKM Diiktiraf Sebagai Hospital Mesra IbadahAudit pengiktirafan standard HMI dilaksanakan barisan pegawai dilatih oleh secretariat HMI serta standard yang dibangunkan oleh KKM dan JAKIM.

IKLAN

Standard HMI mengandungi enam teras utama iaitu organisasi dan pengurusan, pembangunan dan pengurusan sumber manusia, polisi dan prosedur, peralatan dan kemudahan, aktiviti keselamatan dan peningkatan kualiti serta kerjasama agensi luar.

“Maka bertakwalah kepada Allah dengan kadar kemampuan kamu” (al-Taghabun:16)

Firman di atas membuktikan bahawa ibadah wajib dilakukan walaupun dalam keadaan sukar, contohnya semasa menerima rawatan. Walaupun begitu, ibadahnya dilonggarkan mengikut kemampuan seseorang itu. Dalam konteks ini, kakitangan hospital khususnya perawat perubatan muslim perlu memikul tanggungjawab dalam memastikan pesakit muslim menerima bimbingan yang betul untuk melakukan ibadah dan amalan keagamaan. Panduan beribadah ketika sakit didedahkan dengan sempurna dan pada masa yang sama bertindak sebagai kaunselor dan sahabat kepada pesakit dan ahli keluarganya. Maka, pengetahuan asas dalam panduan beribadah ini perlu diberi perhatian yang serius oleh setiap perawat perubatan muslim.

Sumber: Bernama

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI