Simpanan emas dilihat semakin mendapat tempat di kalangan kita, memandangkan keuntungan serta aset fizikal yang mempunyai harga yang berpatutan, menjadikan ianya satu pelaburan yang bermanfaat dan pasti akan memberikan kelebihan dan manfaat dalam jangka masa panjang.

Sabihah Hashim Ambil Semangat Arwah Bapa, Kini Bangkit Kemudi Empayar Jual Beli Emas Dengan Sabihah Gold

Ads

Sabihah Binti Hashim terkenal dengan ketabahan, kini merupakan Pengarah Urusan Sabihah Gold. Sepanjang kerjayanya dalam industri kewangan dan pelaburan, beliau telah secara konsisten membuktikan kejayaannya dan kini bersedia untuk membawa Sabihah Gold Sdn Bhd ke tahap baru.

Walaupun asalnya ditubuhkan sebagai Sabihah Wealth Management, sebuah agensi pemasaran untuk produk kewangan, syarikat tersebut sejak itu telah berkembang untuk mengkhususkan diri dalam usaha berkaitan dengan emas dan logam berharga.

Sabihah Hashim Ambil Semangat Arwah Bapa, Kini Bangkit Kemudi Empayar Jual Beli Emas Dengan Sabihah Gold Sabihah Hashim Ambil Semangat Arwah Bapa, Kini Bangkit Kemudi Empayar Jual Beli Emas Dengan Sabihah Gold

Menjadi jenama baru yang muncul untuk rakyat Malaysia terutamanya tempatan dan mereka yang tinggal di luar negara, Sabihah Gold memegang moto; Warisan Zaman. Sebuah jenama yang menyentuh hati dan jiwa rakyat Malaysia.

Melihat pada keazaman wanita berusia 44 tahun ini, NONA berkesempatan untuk menemubual pengasas dan pengarah urusan di sebalik nama Sabihah Gold, Puan Sabihah Binti Hashim yang juga penerima anugerah Hijabista Emerging Jewellery Award – Sabihah Gold pada malam Hijab Fashion Awards 2023 yang berlangsung baru-baru ini.

Sabihah Hashim Ambil Semangat Arwah Bapa, Kini Bangkit Kemudi Empayar Jual Beli Emas Dengan Sabihah Gold

NONA: Boleh Puan Sabihah kongsikan pengalaman serta sejak bila berjinak-jinak dalam dunia perniagaan? Siapa pendorong utama?

PUAN SABIHAH: Arwah ayahanda saya adalah pencetus utama minat saya kepada bidang perniagaan. Sejak berusia 16 tahun, saya telah mula terlibat dalam aktiviti perniagaan dengan membantu ayah saya di pasar malam. Beliau pernah tidak bertegur sapa dengan saya dalam jangkamasa yang agak lama kerana saya mengambil keputusan memilih untuk bekerja daripada berniaga seusai tamat pengajian diploma. Sehinggalah saya mengambil keputusan untuk berhenti bekerja makan gaji dan mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan, barulah hubungan kami kembali mesra malah semakin erat.

Kini, beliau sudah tiada, namun saya bersyukur kepada Allah kerana dapat merealisasikan hajat ayahanda saya untuk melihat saya berjaya membuka perniagaan sendiri. Memetik nasihat beliau di hari perasmian Sabihah Gold, “ingat, semakin kita menuju ke hadapan, jangan lupa selalu toleh ke belakang kerna kita mai kot belakang”.  Dan penghargaan serta penghormatan yang tidak terhingga kepada suami saya, Amirul Adli bin Ahmad kerana merestui keputusan saya menceburi bidang perniagaan ini. Malah, beliau juga membantu sama-sama dalam mengurus dan menjalankan operasi bilik pameran Sabihah Gold.

NONA: Boleh Puan Sabihah kongsikan bagaimana tercetusnya idea terhasilnya Sabihah Gold ini?

PUAN SABIHAH: Saya secara peribadi, saya adalah pencinta perhiasan emas dan sering membeli sama ada untuk tujuan penggayaan mahupun pelaburan simpanan. Oleh yang demikian, perhiasan emas merupakan perkara pertama yang terlintas apabila membuat keputusan untuk berniaga.

NONA: Kenapa memilih perniagaan emas berbanding perniagaan lain?

PUAN SABIHAH: Fitrahnya wanita dan perhiasan berpisah tiada, saya juga tidak terkecuali. Lantaran itu, saya terdorong untuk memilih perniagaan emas berbanding perniagaan yang lain. Selain itu, permintaan pasaran yang berterusan; potensi pelaburan dan kepentingan budaya yang sangat dekat di hati setiap rakyat Malaysia khususnya orang Melayu, menjadi penguat dalam membuat keputusan untuk menceburi perniagaan ini.

NONA: Perkembangan industri perniagaan emas untuk pasaran sekarang menerusi perspektif Puan Sabihah?

PUAN SABIHAH: Industri perniagaan emas pada masa kini mengalami beberapa perkembangan penting. Terdapat pelbagai medium yang digunakan oleh peniaga, termasuk kedai fizikal dan laman web dalam talian, membolehkan mereka mencapai lebih ramai pelanggan. Trend dan gaya dalam perhiasan emas sentiasa berubah, dan peniaga perlu sentiasa menyesuaikan diri dengan trend baru untuk kekal relevan. Walaupun perlu menghadapi cabaran, terdapat peluang yang besar untuk pertumbuhan dan inovasi dalam industri perniagaan emas. Kerana emas bukanlah sekadar perhiasan.

“Fitrahnya wanita dan perhiasan berpisah tiada, saya juga tidak terkecuali. Lantaran itu, saya terdorong untuk memilih perniagaan emas berbanding perniagaan yang lain.”

NONA: Keunikkan emas yang dijual di Sabihah Gold berbanding kedai-kedai emas yang lain?

PUAN SABIHAH: Selain kombinasi rekabentuk yang moden, elegan, dan eksklusif dengan harga yang berpatutan; Sabihah Gold mengutamakan kualiti dalam setiap produk emas kami, serta menawarkan variasi rekabentuk yang menarik dan sesuai dengan tren semasa. Yang paling utama, kami juga memberikan perkhidmatan pelanggan yang berkualiti tinggi dan memastikan pengalaman membeli yang melekat di jiwa bagi setiap pelanggan kami.

Sabihah Hashim Ambil Semangat Arwah Bapa, Kini Bangkit Kemudi Empayar Jual Beli Emas Dengan Sabihah Gold

Ads

NONA: Siapa idola dalam bidang perniagaan & kenapa?

PUAN SABIHAH: Saya mengidolakan Dato’ Maznah Hamid. Beliau aktif dalam memberikan inspirasi dan motivasi kepada golongan wanita dalam bidang keusahawanan. Beliau merupakan contoh yang menginspirasi bagi banyak individu yang ingin mengejar impian mereka dalam dunia perniagaan.

NONA: Wanita dan bisnes, apa yang boleh dikongsikan dari sudut pandang Puan Sabihah?

PUAN SABIHAH:  Harus kerana 9/10 rezeki adalah melalui perniagaan. Sebagai seorang wanita, terdapat beberapa perkara saya kira penting dalam pembangunan pembangunan perniagaan iaitu:

Keberanian dan Ketegasan: Wanita perlu mempunyai keberanian dan ketegasan dalam mengejar matlamat perniagaan mereka. Ini termasuk membuat keputusan yang sukar dan menghadapi cabaran dengan keyakinan. Dengan membina rangkaian jaringan yang kukuh serta mendapatkan sokongan dari dari wanita lain dalam industri, adalah penting untuk pertumbuhan perniagaan dan perkembangan professional – ‘Women Empowerment’.

Pendidikan dan Pembangunan Diri: Mengambil inisiatif untuk terus mempelajari perkembangan dalam industri perniagaan dan meningkatkan kemahiran peribadi secara berterusan adalah penting untuk mencapai kejayaan jangka panjang. Kerana ia memberi impak langsung terhadap kecekapan dalam pengurusan perniagaan secara holistik.

Keseimbangan Kerja dan Kehidupan: Penting bagi wanita untuk mencapai keseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi. Sambil mengejar kejayaan dalam perniagaan, mereka juga perlu memberi tumpuan kepada aspek kehidupan lain seperti keluarga dan kesihatan.

Ads

Kreativiti dan Inovasi: Merujuk kepada kadar pertumbuhan usahawan wanita yang semakin rancak, seorang usahawan mestilah mampu membawa unsur kreativiti dan inovasi yang unik kepada perniagaan mereka, kerana ia amat penting dalam membezakan perniagaan kita dalam pasaran yang kompetitif.

Secara keseluruhannya, sebagai seorang wanita dalam dunia perniagaan, saya percaya bahawa keberanian, ketegasan, Pendidikan, keseimbangan, jaringan dan sokongan, kecekapan, dan kreativiti adalah elemen penting yang membantu mencapai kejayaan dalam bidang ini.

NONA: Di mana Puan Sabihah melihat Sabihah Gold dalam tempoh 5 tahun akan datang?

Puan Sabihah: Jauh di sudut hati saya, saya ingin melihat Sabihah Gold menjadi jenama yang sentiasa dekat di jiwa rakyat Malaysia khususnya. Yang mana disambut baik oleh pemain-pemain utama industri serta dapat sama-sama bersaing secara sihat dan kompetitif. Saya sangat berhasrat untuk melihat pertambahan bilangan bilik pameran Sabihah Gold di dalam serta luar negara iaitu Indonesia dan Brunei melalui model perniagaan perlesenan (‘licensing’).

Seiring kepada permintaan berterusan kepada produk wafer/syiling/dinar emas 999.9 serta koleksi perhiasan emas 916 dan 999, saya melihat kepada prospek membangunkan kilang mengeluarkan produk-produk tersebut dan menambah model perniagaan secara ‘perniaagaan ke perniagaan’ (‘business to business’).

NONA: Kenangan pahit manis sepanjang mengemudi perniagaan Sabihah Gold yang kekal dalam dalam ingatan:

PUAN SABIHAH:

(a) Pahit (Cabaran)

Cabaran terbesar dalam merealisasikan bilik pameran Sabihah Gold setakat ini adalah bermula daripada proses mencari lokasi premis perniagaan, permohonan permit pengubahsuaian sehinggalah siap proses pengubahsuaian. Kami mengambil masa lebih kurang 12 bulan sehinggalah 14 Januari 2022, tarikh keramat iaitu tarikh Perasmian Bilik Pameran Sabihah Gold. Selainnya, banyak aktiviti yang saya cuba dan masih mencuba untuk mendapat strategi pemasaran dan jualan yang terbaik, dalam era peniagaan yang bersifat dinamik kini; yang sentiasa berubah terutamanya perniagaan e-dagang (atas talian).

(b) Manis (Pencapaian)

Berkat usaha dan doa yang berterusan, saya bersyukur dihadirkan dengan para pekerja yang berdedikasi dan sentiasa sama-sama membantu samada secara langsung atau tidak langsung dalam operasi seharian. Walau masih setahun jagung, saya gembira kerana nama Sabihah Gold sudah mula dikenali. Saya juga terharu apabila sering menerima maklumbalas serta komen-komen yang amat positif daripada para pelanggan yang gembira dan berpuas hati dengan pengalaman membeli, terutamanya perhiasan emas dari Sabihah Gold. Ia menjadi pemangkin semangat saya untuk sentiasa memberikan yang terbaik kepada pelanggan kami. Saya juga gembira apabila dapat berkongsi minat dengan para wanita yang lain, apatah lagi apabila dapat menyalurkan maklumat serta ilmu berkenaan emas sebagai pelaburan.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI