Ruzaini Jamil dan Nurul Hidayati Yahaya antara pasangan suami isteri yang sangat humble biarpun dikenali ramai.
Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki yang sangat comel bernama Rahil yang kini berusia dua tahun.
Untuk info, pasangan ini bernikah pada 5 Februari 2016. Maka tahun ini genaplah usia perkahwinan mereka yang ke-7 tahun.
Isteri kepada Ruzaini yang mesra digelar sebagai Ida, merupakan seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik di sebuah kementerian.
Baru-baru ini Ruzaini yang merupakan pereka duo tersohor, Rizman Ruzaini telah memuat naik satu hantaran di Instagram, momen bahagianya bersama isteri ketika meraikan ulang tahun perkahwinan mereka di sebuah pulau.
Ads
Tulis Ruzaini di ruangan kapsyen: –
“05.02.2023 genap 7 tahun akad dilafaz menerima @ida_deqda untuk menjadi penyeri dalam rumahtangga. Alhamdulillah tahun ke-5 pula dikurniakan seorang imam kecil penyeri rumahtangga kami.”
Kongsi Ruzaini, ulang tahun perkahwinan mereka kali ini cukup istimewa kerana berpeluang meraikannya di sebuah pulau yang mereka sendiri belum pernah jejaki sebelum ini.
Ads
“Anniversary kali ini diberi rezeki untuk sambut di sebuah pulau yang kami berdua tak pernah sampai. SubhanAllah untuk pemandangan yang indah, seindah hati kami yang berbunga-bunga nak sambut anniversary di sini. Sempat la bergambar berdua, curi-curi lari dari si kecil @rahilruzaini”
Ruzaini juga berharap agar perkahwinan mereka kekal sampai ke akhir hayat.
Dia turut berterima kasih kepada isteri tercintanya itu atas segala pengorbanan dan kesabaran di kala susah mahupun senang.
Ads
“Hampir sedekad hidup bersama. Terima kasih untuk setiap detik pengorbanan, penat lelah, kesabaran dan pertolongan dalam susah mahupun senang.
“Semoga perkahwinan kita kekal abadi sehingga ke akhir hayat dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT.”
Menjengah ruangan komen, rata-rata para pengikut pasangan ini menitipkan ucapan anniversary buat mereka. Tak kurang juga, ada yang memuji penampilan isteri Ruzaini yang sopan.
“Salam dan Selamat Menyambut Anniversary bersama. Always looking fwd to see u and your wife photos together. Love how her santun and her adab in dressing. Semoga kasih sayang bersama menjadi asbab kebaikan hingga ke Jannah.
“Happy anniversary to ruzaini & ida”
“Happy anniversary wan & ida @ida_deqda. Semoga sentiasa berada di bawah perlindungan Allah SWT dunia & akhirat”
Semoga Ruzaini sekeluarga kekal bahagia selamanya sampai syurga.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagus sangat idea Ustazah Asni Mansor ni. Setidak-tidaknya kita dapat mendisiplinkan diri untuk bersedekah setiap hari. Mudah saja caranya tetapi untuk konsisten itulah cabaran utamanya.
Ustazah Asni Mansor.
Baca perkongsian bermanfaat daripada pendakwah terkenal yang berasal dari Felda Pasir Besar, Gemas, Negeri Sembilan ini bagaimana cara untuk konsisten dalam sedekah Subuh.
“Tercetusnya idea untuk mewujudkan tabung sedekah Subuh ini adalah ketika saya sedang mengisi hasil lukisan yang ditempah ke dalam bekasnya. Tiba-tiba terdetik di fikiran saya, selain lukisan alangkah baiknya kalau bekas itu juga dapat memberi manfaat kepada penerimanya. Lalu saya pun mendapat idea untuk mencipta tabung sedekah Subuh.
Tabung ini diperbuat daripada paip PVC yang dipotong kemudian dibersihkan, digosok dan dicat mengikut kreativiti. Pada awalnya saya mengikut warna asal buluh pada tabung ini sehingga ramai yang ingat itu adalah buluh lemang. Sekarang ini saya upgrade semula menjadi edisi istimewa atau premium.
Tabung sedekah Subuh yang dicipta oleh Ustazah Asni Mansor. Kreatifnya!
Tujuan utama tabung sedekah ini ialah untuk menggalakan kita bersedekah pada setiap hari dan setiap pagi. Maka dengan adanya tabung sedekah Subuh ini pagi-pagi lagi kita boleh masukkan wang. Rasulullah SAW bersabda
“Bersegeralah bersedekah kerana bala bencana tidak pernah mampu mendahului sedekah. Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah. Ubatilah penyakitmu dengan sedekah. Sedekah itu sesuatu yang ajaib. Sedekah menolak 70 macam bala dan bencana, dan yang paling ringan ialah penyakit kusta dan sopak.” (Riwayat al-Baihaqi & al-Tabarani)
Caranya, selepas solat Subuh boleh masukkan wang ke dalam tabung. Ketika memasukkan wang niatkan untuk bersedekah. Dari segi berapa jumlah wang yang hendak dimasukkan tidak kisah asalkan ada niat untuk bersedekah pada pagi itu. Ajar juga anak-anak kita untuk menabung dengan niat hendak beramal sedekah.
Boleh keluarkan seminggu sekali atau sebulan sekali, terpulang. Yang pentingnya niat untuk bersedekah pada setiap hari telah pun terlaksana. Jika kita tidak tahu kepada siapa hendak bersedekah, boleh gunakan wang tersebut untuk belanja makan anak-anak, keluarga atau kawan-kawan. Itu juga dianggap bersedekah.
Kalau kita mampu menabung untuk pergi bercuti, kenapa tidak boleh menabung untuk sedekah Subuh? Sedangkan itu tanda bukti cinta kita kepada Allah SWT.
Ajar tangan kita untuk selalu memberi. Kita hendak ajar diri kita supaya ‘harta’ ada di tangan. Apabila ada di tangan senang untuk lepas. Tapi kalau harta ada di hati itu yang jadi bakhil (kedekut). Ini juga adalah training untuk mengajar keluarga dan anak-anak bahawa rezeki bukan untuk kita. Dalam hidup ini kita perlu belajar memberi. Barulah hidup kita akan bahagia.”
Kredit Foto: Instagram Ustazah Asni Mansor
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wow, terpegun tengok slip keputusan peperiksaan dua adik perempuan kepada selebriti cantik, Anzalna Nasir. Mana tidaknya, tiap semester Nur Afifah Md Nasir dan Nur Nazirah Md Nasir berjaya mengekalkan keputusan cemerlang. Belajar jurusan Sains pula tu!
Sebagai kakak.. sudah tentu Anzalna bangga dengan kecemerlangan akademik Afifah dan Nazirah. Afifah yang juga dikenali sebagai pelakon kini berusia 26 tahun manakala Nazirah pula berumur 22 tahun dan merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Bioperubatan.
Nazirah (kiri) bersama AfifahAfifah (kiri) di samping Nazirah (Kredit foto : Instagram @hafizbaharuddin17)
Anzalna yang berkongsi berita gembira mengenai keputusan ‘4 Flat’ Nazirah atau panggilan manjanya, Maggie di media sosial baru-baru ini nyata telah menarik perhatian netizen.
Jelasnya, “Regardless of how pretty or rich you are, education is very important. My parents tak pernah paksa us sisters to study hard, it all comes from within and alhamdulillah you nailed it again Nazirah.”
Awal Februari lepas, Anzalna pernah memuat naik keputusan kedua-dua adiknya itu di Instagram. Dia yang teruja dan bersyukur melihat kejayaan akademik Afifah dan Nazirah turut menitipkan pesan kedua ibu bapanya yang menegaskan tentang kepentingan pendidikan selain kekal merendah diri walau setinggi mana pun kejayaan yang dikecapi.
“During Afifah’s uni life, she did me proud being her sister with her flying colors results until she finally graduated with honors. I remember seeing she study from am to pm!
Sampai makan pun tolak tepi just to focus on studying and now Maggie is going through the same phase. Proud sister I am and no doubt they got it all from my dad.”
Anzalna yang juga isteri kepada Hanif Zaki mempunyai dua lagi adik-beradik perempuan iaitu Diana Nasir dan Mia Nasir. Kelima-lima mereka sangat akrab dan menariknya, Afifah dan Mia turut mengikut jejak langkah Anzalna dalam dunia lakonan.
Foto kredit : Instagram Anzalna Nasir & Hafiz Baharuddin
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam kemeriahan Syawal, nampaknya keluarga pemain bola sepak negara, Zaquan Adha Abdul Razak dan Ayu Raudhah selamat menerima kehadiran ‘orang baharu’ dalam keluarga mereka.
Zaquan Adha berkongsi berita gembira melalui Insta Stories mengenai isterinya, Ayu Raudhah telah selamat melahirkan cahaya mata keenam pada jam 2.25 petang.
Sejak semalam, penyerang bola sepak Negeri sembilan itu berkongsi keadaan isterinya yang dimasukkan ke hospital. Malah dia turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menitipkan doa yang baik untuk isteri dan anaknya itu.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011. Hasil perkongsian hidup selama 12 tahun, mereka dikurniakan lima cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 9 tahun, Muhammad Aisy Aryann, 8, Laura Zuleyka, 5, Muhammad Aisy Khaliq, 3 dan Muhammad Aisy Al Jibreel, setahun enam bulan.
Minggu lalu, keluarga ini sempat meraikan sambutan Aidilfitri di Kedah bersama keluarga besar Ayu Raudhah di mana sudah menjadi kebiasaan keluarga ini berkumpul beramai-ramai untuk meraikan Aidilfitri.
Tahniah dan selamat berpantang!
Sumber: Instagram Zaquan Adha dan Ayu Raudhah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.