Sambut Raya Dalam Keadaan Berpantang, Penampilan YAYA ZAHIR Tetap Anggun Di Pagi Raya!

Pelakon dan pengacara Yaya Zahir, selamat melahirkan cahaya mata lelaki melalui perkongsian di laman Instagram miliknya pada 11 April lalu.

“He’s Here,” kongsi Yaya di ruangan kapsyen. Menerusi perkongsian tersebut, Yaya hanya menunjukkan bibir anaknya dan mengenakan selimut berwarna biru.

Terdahulu, Yaya menyimpan rahsia tentang kehamilannya dan hanya berkongsi kepada umum ketika kandungannya menjangkau enam bulan. Yaya pernah berkongsi pengalaman sepanjang kehamilan di mana dia pernah mengidam untuk menikmati makan Korea bukan di Malaysia, tetapi dari sebuah restoran Korea yang terletak di Myeongdong, Korea.

Dek kerana mengidam, Yaya sanggup terbang ke Korea untuk menikmati hidangan di restoran tersebut!

Nampaknya lebaran tahun ini disambut dengan kehadiran orang ketiga dalam kehidupan berumahtangga Yaya dan suaminya, Arriz Azim. Yaya turut berkongsi foto keluarga kecilnya di Instagram miliknya. Selamat Hari Raya from Me, @arrizazim and our son, Atheer 🖤

Meskipun masih dalam proses berpantang usai melahirkan zuriat sulungnya, kejelitaan Yaya jelas terserlah dalam persalinan baju raya disamping keluarga kecilnya. Sedikit pun tidak menggambarkan dirinya sedang berpantang!

Selamat berpantang Yaya Zahir. Memang dugaan berpantang musim raya ni. Tetapi demi menjaga kesihatan dalaman, teruskan berpantang sebaik mungkin!

 

IKLAN
Share