Merafak Sembah Tahniah dan Ucap Selamat sempena Ulang Tahun Hari Kelahiran Yang Ke-49 Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin. Semoga Allah Subhanahu Wata’ala lanjutkan usia Tuanku dalam keafiatan dan senantiasa berada dalam lindungan Allah serta hidup dengan penuh kebahagiaan, dianugerahkan segala taufik dan hidayah, kewibawaan dan kebesaran, kehormatan dan kemuliaan, darjat dan daulat, fid-dunia wal-akhirat. Daulat Tuanku!
Tanggal 4 Jun merupakan hari ulang tahun kelahiran DYMM Tengku Permaisuri Norashikin. Menerusi perkongsian gambar di Selangor Royal Office, sememangnya ramai rakyat terpegun dengan keanggunan dan kejelitaan milik baginda. Lebih istimewa sempena hari kelahiran baginda dan buat julung kalinya laman rasmi keluarga diraja Selangor ini berkongsi potret DYMM Tengku Permaisuri Selangor mengenakan perhiasan mahkota yang pernah dipakai oleh nenda DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah, Yang Maha Mulia Almarhum Tengku Ampuan Raja Jemaah.
Yang pasti, perkongsian tersebut sarat dengan nilai sentimental tersendiri buat keluarga diraja Selangor dan menyerlahkan lagi pesona Tengku Permaisuri Norashikin.
DYMM Tengku Permaisuri Selangor mengenakan perhiasan mahkota yang pernah dipakai oleh nenda DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah, Yang Maha Mulia Almarhum Tengku Ampuan Raja Jemaah
Ads
Berita perkahwinan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj bersama Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin masih segar di ingatan rakyat meskipun sudah hampir empat tahun berlalu. Sebaik mengetahui khabar gembira itu pada tahun 2016, ramai yang tertanya-tanya siapakah wanita bertuah yang berjaya menawan hati Sultan Sharafuddin.
Dari hari pertama melihat wajah Permaisuri Selangor ini, ramai yang mengakui tertawan dengan kecantikan dan kelembutan yang dimiliki Tengku Permaisuri Norashikin yang juga
merupakan bekas penyampai berita di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan pernah memenangi Anugerah Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa pada tahun 2005.
Ads
Tengku Permaisuri Norashikin diijabkabulkan dengan Sultan Sharafuddin oleh Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid pada 31 Ogos 2016 di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang. Majlis pernikahan baginda berdua berlangsung secara sederhana dan ringkas atas titah baginda.
Ads
Empat tahun bergelar Permaisuri Selangor, penampilan baginda ketika berada di khalayak sering mencuri perhatian. Malah, ramai wanita menjadikan Tengku Permaisuri Norashikin
sebagai sumber inspirasi bukan sahaja dari segi keperibadian baginda bahkan gaya dan cita rasa fesyen.
Menerusi gambar-gambar Tengku Permaisuri Norashikin kelihatan baginda gemar mengenakan aksesori rantai dan subang mutiara. Malah, baginda juga cukup elegan menyarung busana tradisi seperti kurung dan kebaya.
Kredit : Facebook Selangor Royal Office
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Beruntungnya Susan Manen dikurniakan rupa paras cantik dan manis dipandang. Bergelar Ratu Cantik Malaysia 1993, jelitawan ini masih tampil menawan walaupun sudah berstatus ibu kepada empat anak.
Aktif mewarnai dunia seni, kecantikan Susan yang membintangi drama popular Pengantin 1 Malam nyata menjadi bualan ramai.
Meniti usia lewat 40an, Susan kelihatan anggun dan awet muda dalam kelas tersendiri. Pendek kata, kalau orang kata anak dara pun mesti ramai yang percaya!
Difahamkan jelitawan ini mempunyai darah kacukan Inggeris, Portugis dan Sinhalese.
Sejak menyertai pertandingan Ratu Cantik Malaysia, populariti Susan Manen terus melonjak dalam industri seni apabila menerima tawaran berlakon dalam filem Penyu arahan Z.Lokman.
Pada 1998, wanita ini membuat keputusan memeluk agama Islam dan berkahwin dengan aktor berbakat besar, Mustapha Kamal.
Sejak bergelar isteri, dia dilihat memperlahankan kerjaya seni demi memberi tumpuan kepada keluarga dan anak-anak.
Hasil perkongsian hidup selama lebih dua dekad, pasangan selebriti ini dikurniakan empat cahaya mata comel iaitu Sabella Qawiema, Aulia Qayyiem, Salsabil Qurani, dan Naqli Qaddiem.
Beberapa kali muncul berlakon di samping suami tercinta, kecantikan wanita ini cukup dikagumi penonton.
Dengan sepasang mata cantik, hidung mancung dan bibir mungil tidak hairanlah dia tetap menjadi buruan pengarah dan agensi pengiklanan.
Selain aktif dengan kerjaya seni, Susan juga rancak mengusahakan bisnes ‘Yummilicious Cakes by Susan Manen’ yang menghasilkan Sambal Bilis Garing dan aneka jenis kek.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Raut wajah yang lembut dan menawan, senyuman manis, lemah lembut serta sopan itu antara pesona yang dimiliki oleh puteri bongsu negeri Terengganu Darul Iman, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Fatimatuz Zahra’ binti Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin. Keperibadiannya juga tidak terperi hebatnya.
Tengku Fatimatuz Zahra’ merupakan puteri bongsu kepada pasangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin dan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.
Tengku Puteri Daulath yang berusia 20 tahun ini turut memiliki tiga orang kekanda iaitu Yang Amat Mulia Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah, Duli Yang Teramat Mulia Yang Di Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail, dan Yang Amat Mulia Tengku Sri Setia Mahkota Raja Tengku Muhammad Mua’az.
Setiap kali muncul di majlis-majlis rasmi, Tengku Fatimatuz Zahra’ sering menjadi sorotan lensa. Ini membuktikan Tengku Fatimatuz Zahra’ antara kerabat diraja di Malaysia yang popular dan sering mencuri tumpuan lensa kamera apabila muncul pada majlis rasmi.
Bukan hanya pesona yang dimilikinya bahkan busana yang disarungnya terutama bercirikan tradisional serta songket Terengganu sering menjadi perhatian perhatian ramai.
Untuk info, Tengku Fatimatuz Zahra’ dikurniakan Darjah Kemuliaan dan gelaran Tengku Puteri Daulath Raja menurut Adat Istiadat Negeri Terengganu Darul Iman pada 22 Julai 2019 tahun Masihi bersamaan 19 Zulkaedah 1440 tahun Hijrah.
Gelaran itu dikurniakan oleh Ayahandanya, Sultan Terengganu Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
Kredit Foto: Instagram @terengganu_royalfamily
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
2 Julai lalu genap 42 tahun usia penyanyi cantik, Intan Sarafina. Walau sudah menginjak usia 40an namun raut wajah dan penampilan pelantun lagu Kembali ini seakan tidak berubah. Tetap cantik dan jelita macam dulu. Awet muda!
Intan atau nama sebenarnya Ungku Intan Sarafina Ungku Yahya menerusi media sosial miliknya baru-baru ini berkongsi foto terbaharu di samping suami iaitu Iskandar Ezzahuddin.
Dalam posting berkenaan, Iskandar meraikan ulang tahun kelahiran isteri tercinta di Skillet, Kuala Lumpur.
Dia yang mengenakan persalinan dress biru bercorak hitam tampil anggun mempersona. Begitu juga suami yang segak dengan gaya kasual.
Kongsi Intan, “Here’s to embracing the strength, joy and love that life brings at 42! Alhamdulillah. Thank you for the scrumptious dinner treat last night B.”
Sekitar Januari lalu, Intan memuat naik gambar mereka sekeluarga di Finland. Difahamkan Intan menetap di sana ketika suaminya dihantar bertugas di negara berkenaan.
Walau berada di negara asing namun minat bekas pramugari ini terhadap gaya hidup sihat dan menyertai marathon tetap membara. Ini terbukti apabila Intan pada Mei lepas melibatkan diri dalam Helsinki City Running Day (HCRD) 2023.
“As I reflect on my experience, I carry with me a profound sense of gratitude and fulfillment. The HCRD 2023 Half Marathon will forever hold a special place in my heart—a testament to my growth as a runner and my unwavering commitment to pursuing my dreams.
It serves as a reminder that with determination, perseverance, and an open heart, any challenge can be transformed into a remarkable adventure.”
Diaju mengenai rutin kecantikan, Intan dalam temu bual bersama Nona tidak lama dulu mendedahkan petua. “Intan tak ada amalkan petua tradisi pun. Tapi mungkin Intan rasa dengan work out, amalkan minum air secukupnya dan good skin care will help untuk menjadikan kulit lebih cantik dan tegang.”
Penyanyi ini mendirikan rumah tangga dengan Iskandar Ezzahuddin pada Oktober 2008. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang anak lelaki iaitu Megat Evan Raez, Megat Ifrafel Raez dan Megat Noah Raez.
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.