Alhamdulillah, nampak makin ayu dan berseri-seri Jihan Muse sejak mengenakan hijab. Sedang menikmati percutian di Jepun bersama keluarga, penampilan terbaru Jihan yang dikongsikan di laman Instagramnya baru-baru ini nyata mengejutkan ramai pihak. Bahkan di kalangan rakan-rakan artis pun, ramai yang memuji gaya muslimah pelawak wanita terkenal ini.
Baru selesai menyertai Misi Dapur Kasih buat Sulawesi pada penghujung Januari lalu bersama Fara Fauzana dan Zara Zya, isteri Ungku Hariz ini sekali lagi menjadi perhatian dengan berita ‘penghijrahan’ tersebut. Mana tidaknya, tahu-tahu saja Jihan dah bertudung. Syukur alhamdulillah.
Jihan di samping suami
Meskipun tampil dengan imej baru, tapi ibu kepada Ungku Arsalan Haq sedikit pun tak kekok menggayakan hijab. Lilitan yang membaluti kepalanya juga nampak cantik terletak dan kemas. Tak ubah macam wanita yang dah lama pakai tudung.
Lebih manis, penghijrahan Jihan ini berlaku ketika anaknya menyambut ulang tahun kelahiran yang pertama. Tak kisahlah sama ada dia sengaja memilih tarikh tersebut untuk berubah atau sekadar kebetulan… janji selebriti ini berani berubah ke arah kebaikan.
Ads
Ads
Jihan dalam pada itu turut berharap agar penampilan barunya ini tidak menjejaskan kerjaya lakonan dan pengacaraan yang diceburinya selama ini selain berharap ia diterima masyarakat termasuk syarikat produksi.
Rata-rata rakan artis dan peminat yang gembira melihat perubahan Jihan meluahkan rasa syukur dan mengharapkan supaya wanita hebat ini terus istiqamah mengenakan hijab.
Tak sabar rasanya nak tengok Jihan kembali beraksi di kaca TV dengan imej tersebut. Moga dengan penghijrahan Jihan ini dapat membuka pintu hati selebriti dan wanita lain untuk turut sama menutup aurat.
Keserasian sesuatu produk sangat penting kerana setiap orang mempunyai jenis kulit dan masalah yang berbeza. Oktober ini, Nona membariskan pilihan produk yang menjadi Best Seller untuk bulan ini.
My Beautiful Romance
Dr. Irma Radiant White Vitamin C Serum
Memiliki kulit cerah berseri secara semula jadi menjadi titik fokus utama wanita kini. Penjagaan kulit penting agar wajah kekal muda dan jelita dengan penggunaan serum dalam ritual penjagaan kulit.
Dr. Irma Radiant White Vitamin C Serum adalah pilihan yang tepat buat wanita yang mencari solusi kulit wajah putih berseri. Serum Vitamin C semula jadi daripada ekstrak buah-buahan dan tumbuhan ini membantu untuk mencerahkan, meremajakan, menganjalkan kulit serta mengurangkan pertumbuhan jerawat.
Amouage Blossom Love
Bertemakan flora yang mengusik perasaan, Amouage telah memperkenalkan Blossom Love lambang rahsia percintaan taman wangian melalui sentuhan ceria, manis dan kelembutan nektar bunga-bunga ceri bergandingan pula dengan keharuman mawar semerbak demi menyerlahkan keberanian dalaman.
Haruman utama bunga kenanga memberikan keanggunan yang nyata tersendiri. Kisah percintaan flora ini diperkukuh oleh keharuman amaretto, kacang tonka, dan vanila yang menggoda perasaan sebelum diperkasakan dengan kewangian kayu cendana dan cashmeran.
Moschino Pink Fresh Couture
Sesuai dengan namanya, Moschino Pink Fresh Couture memiliki haruman yang sangat segar dan menyenangkan. Bahagian nota atas diadun daripada Pink Grapefruit dan Casis yang diperkaya dengan ekstrak Bunga Lili.
Paduan Wild Rose, Pink Jacinth dan percikan jus Delima untuk nota tengah, sementara untuk nota asas terdiri daripada kayu cedar, ambrox dan musk. Setiap semburan lembut yang diadun sempurna itu pasti memukau pada pandangan pertama.
Clarins The New Double Serum
Makmal penyelidikan Clarins telah mencipta keajaiban buat wanita untuk menentang penuaan dengan The New Double Serum. Ia berkuasa membantu menjaga kualiti kulit agar tetap muda, anjal dan lembap sudah tidak perlu diragukan lagi.
Ditambah pula dengan ekstrak tumbuh-tumbuhan istimewa seperti kunyit, organic green banana, organic goji berry, teasel, organic kiwi dan organic quinoa.
The New Cool
L’Occitane Immortelle Divine
Rangkaian penjagaan kulit antarabangsa, L’occitane telah membuktikan tidak pernah terlewat untuk mengekalkan keremajaan. Memperkenalkan rangkaian Immortelle Divine yang menghambat penuaan dengan berkesan.
Divine Youth Oil yang diperbaharui ini diperkaya dengan nutrien Immortelle untuk membantu melawan tanda penuaan dan membawa keselesaan yang serta merta kepada kulit. Divine Youth Oil ini melengkapkan amalan penjagaan kulit kerana boleh disapukan secara berasingan atau sebelum krim pelembap untuk awet muda.
AstaVita+ Re-Fueling Mist Spray
AstaVita+ Re-fueling Mist Serum menjadi solusi dalam melengkapkan penjagaan kulit wanita. Diformulasikan khas dengan kombinasi elemen semula jadi yang kaya dengan kandungan antioksidan tertinggi bertindak membantu menyelesaikan masalah kulit.
Mengadunkan bahan-bahan terpilih dan berkualiti daripada Astaxanthin, StemCell Epal, StemCell Anggur, Vitamin C, ekstrak Argan dan Pati Bunga Ylang Ylang membuat kulit wajah kekal terpelihara dengan serta-merta di samping memelihara kelembapan kulit.
Amarissa White Chocolate Lotion
Amarissa House telah memperkenalkan losen White Chocolate demi memberi perlindungan kepada wanita yang mementingkan kecantikan. Losen ini merupakan salah satu produk losen yang sangat baik untuk mencerahkan kulit.
Kandungan bahan-bahan dirumuskan khas di dalam losen ini seperti ekstrak bahan semula jadi membantu membuatkan kulit menjadi dan kekal lembap, cerah, dan juga terbebas daripada sebarang cela.
Porra & Duuro Instant Cleansing
Buat julung kalinya muncul produk penjagaan bahagian intim untuk khusus untuk lelaki dan wanita. Memperkenalkan rangkaian penjagaan bahagian intim Porra dan Duuro yang berkuasa membersihkan dan menyingkirkan kotoran dan kuman.
Ia turut mengandungi sejenis unsur kimia semula jadi yang dapat membunuh bakteria dan berkesan membasmi masalah kesihatan dalaman dan luaran tubuh badan. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiada kata yang dapat menggambarkan pesona dimiliki Nasha Aziz. Biarpun kini sudah mencecah usia 51 tahun, dia kelihatan semakin cantik dan bahagia! Barangkali khabar tentang Nasha dilamun cinta menambah keserian wajahnya, bertuah sungguh sang jejaka yang berjaya menambat hati si cantik ini.
Tiba-tiba teringat filem komedi romantik – Kad Cinta – yang dibintangi Nasha Aziz sekitar 90-an dulu. Sweet sangat lakonan aktres kesayangan ramai ni, agaknya tentu begitulah karakter Nasha andai bercinta, kan?
Memetik Harian Metro, Nasha mengesahkan dia kini sedang mengenali seorang jejaka sejak sembilan bulan lalu.
Kata Nasha yang pernah memenangi anugerah Artis Harapan di FFM13 (Bara) dan Pelakon Wanita Terbaik FFM17 (Trauma), dia mengakui sedang dilamun cinta dan lelaki itu mungkin menepati ciri-ciri lelaki idamannya.
“Saya memang dilamun cinta setiap hari. Saya memang mencari cinta setiap waktu. Cinta itu bukannya datang dari seorang lelaki dan wanita saja, tapi kita semua.
Kita sokong satu sama lain, cakap benda baik-baik, galakkan satu sama lain, itulah sifat-sifat keluarga Islam. Kita bersaudara.
Insya-Allah, dia mungkin menepati. Apa pun, kita kena kenal lebih rapat, kan? Tapi, ruang untuk rapat itu, susah juga sebab baru sembilan bulan.” Nasha Aziz
Dalam pada itu, Nasha mendedahkan lelaki itu turut menghadiahkannya bunga setiap hari dan pelakon itu menyifatkan ianya sebagai simbolik tanda ingatan.
Nasha atau nama penuhnya Noraishah Abd Aziz berkata dia mengharapkan pengakhiran yang baik berkenaan perhubungan itu. Sebagai peminat, sama-samalah kita mendoakan yang terbaik buat Nasha agar bertemu pasangan hidup yang serasi suatu hari nanti.
Merupakan seorang yang berhati-hati dan ‘agak memilih’, Nasha Aziz pernah memaklumkan bahawa dia sengaja meletakkan nilai eksklusif pada kerjayanya.
“Saya kena selektif sebelum bersetuju untuk menerima sebarang naskhah. Kerja juga tak boleh tangkap muat saja.
Saya mahu menghasilkan sesuatu yang mempunyai nilai yang tinggi bukan sahaja untuk diri saya, malah untuk peminat dan individu yang bekerja bersama saya.” Nasha Aziz
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai seorang wanita, kecantikan merupakan elemen utama yang perlu dititik beratkan. Kecantikan seorang wanita bukan hanya untuk ditunjuk kepada lelaki tetapi lebih kepada meningkatkan keyakinan diri dalam pergaulan, pejabat, bertemu klien malah menjadi rujukan utama anak-anak.
Perkongsian Cef Sue M. Arukin melalui laman Facebook adalah suatu yang menarik untuk dikongsi semua terutama buat wanita yang mementingkan kecantikan dalaman dan luaran.
Resipi untuk kesegaran tubuh yang boleh diamalkan oleh ibu berpantang ini juga sesuai dilakukan oleh sesiapa sahaja tak kira lelaki atau wanita. Khasiat yang terkandung dalam ramuan ini adalah badan akan rasa segar dan wangi lepas mandi atau rendaman.
Kalau rajin buat seminggu sekali. Lebih bagus lagi kalau tanam sendiri pokok-pokok yang digunakan kerana tanpa penggunaan bahan kimia. Umpama menikmati home spa di rumah sendiri.
Air Mandian Daun
Bahan-bahan:
Cara membuat:
(1) Cuci bersih semua bahan.
(2) Rebus semua bahan bersama air selama 1-2 jam hingga aroma wangi benar-benar keluar. Boleh tambah air jika berkurangan.
(3) Tapis dan tuang dalam bath tub yang berisi air (kalau tak ada bath tub tuang dalam besen biasa dan mandi gunakan gayung).
(4) Tambah bunga-bunga segar seperti ros, kekwa, melati dan lain-lain.
(5) Rendamkan badan selama mana yang suka dan bilas. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!