Sambutan Hari Gincu Tanpa Gincu, Ini Idea Melaram Warna Favourite Tanpa Jejas Kebersihan Facemask

Hari Gincu Sedunia disambut setiap 29 Julai untuk mendorong wanita mengenakan warna baru atau warna gincu favourite masing-masing untuk diri sendiri. Tapi berbeza tahun ini, keseronokan bergincu terjejas teruk sejak melandanya pandemik COVID-19 di seluruh dunia.

Dengan penguatkuasaan pelitup muka bagi memelihara kesihatan di tempat awam, bergincu cantik pun sudah tiada maknanya. Bukan ke susah nak calit-dan-bersihkan, calit-dan-bersihkan, tonyoh gincu berkali-kali, bila kena pakai pelitup muka?

Akhirnya, anda nampak lebih comot dan amalan bergincu di bawah pelitup muka juga tidak bersih serta meningkatkan risiko masalah kulit akibat jangkitan kuman pada pelitup muka yang dipakai.

Jadi bagaimana sambutan World Lipstick Day tahun ini? Baik untuk pengusaha kosmetik, pengasas jenama gincu atau pencinta gincu sekali pun, jawapan standardnya adalah hambar.

Bagi kebanyakan wanita, ramai mengakui tiada keperluan untuk mendapatkan gincu baru kerana gincu kesukaan pun seperti tidak terusik, sama seperti barangan mekap lain yang berlambak dalam beg kosmetik mereka.

IDEA BERGINCU UNTUK ANDA

Tidak dinafikan, gincu adalah cara paling mudah dan berkesan untuk menaikkan mood wanita. Calitan gincu bagai ‘mood lifter’

, yang memberi keyakinan dan seri semula jadi pada penampilan wajah seseorang.

Tapi dengan situasi sekarang, lipstick lover, hmmm… Nona rasa idea di bawah mungkin lebih sesuai dipraktikkan.

  1. Elakkan gincu jenis berkilat atau lipgloss. Anda boleh cuba gincu jenis tahan lama atau transfer-resistant yang tidak melekap warnanya walaupun ketika makan, minum atau bercium.
  2. Lebih baik jika elakkan terus pemakaian gincu. Sebaliknya fokuskan solekan pada bahagian mata.
  3. Melaram saja di rumah. Tidak perlu keluar memakai pelitup muka dan sambut Hari Gincu Sedunia dengan berselfie.
    Kemudian muat naik foto tersebut di media sosial sebagai tanda sokongan.
  4. Sekarang ada banyak pelitup muka pereka dijual di pasaran. Tanpa gincu, melaramlah dengan pelitup muka cantik ini untuk rasa confident!

PELITUP MUKA PEREKA

Jovian RTW
RI Mask by Rizalman
Khoon Hooi
IKLAN
Share