Rezeki Rohana Ibrahim.. dikurniakan anak seperti Shiha Zikir yang tidak pernah putus memberi kebahagiaan kepadanya. Walau bergelar selebriti, anak bongsu daripada tiga beradik itu sedikit pun tidak berasa malu membawa Rohana menghadiri setiap show yang diterima. Paling menyentuh hati, Shiha sanggup berbelanja besar semata-mata mahu memberi keselesaan kepada ratu hatinya itu. Alahai, sejuk perut ibu mengandung!
Ditemui ketika menemani Shiha untuk program The Stage Media Hiburan, ibu berusia 60 tahun ini meluahkan rasa syukur kerana punya anak yang cukup prihatin. Mengakui tidak pernah memaksa Shiha untuk membawanya ke mana saja, Rohana yang merupakan ibu kepada tiga orang anak menjelaskan semua itu adalah kerelaan hati Shiha sendiri yang mahu sentiasa melihat dan berada di sisi ibunya setiap masa. Tanpa berselindung, dia membuka bicara.
“Bukanlah kata nak puji anak sendiri tapi iyalah mana-mana ibu pun akan rasa bertuah kalau ada anak macam dia sebab Shiha ni apa-apa yang dia buat mesti dia pentingkan kita (ibu) dulu. Misalnya kalau ada show yang kata tak boleh bawa mak, memang dia tolak walaupun bayarannya tinggi. Itu yang saya perasan tentang Shiha.. dia ada prinsip dia sendiri. Aunty pernahlah juga datang ke satu show ni. Bila dah sampai, mereka tak bagi masuk.. katanya orang pakai tudung tak boleh masuk dan macam-macamlah aunty pernah kena.”
Mendengar pengakuan ibunda tersayang, Shiha yang duduk di samping ibunya terus mencelah. “Bila jadi situasi macam tu, kita mula fikir sesuatu dan rasa tak best. Sampai pertengahan show tu baru saya sedar ia bukan persembahan dinner ‘biasa-biasa’ sebaliknya ada acara yang bertentangan dengan agama kita. Tanpa fikir panjang, saya terus panggil kawan saya yang juga penyanyi datang gantikan persembahan dan terus tinggalkan show. Memang saya kena ugut masa keluar dewan tapi kalau nampak botol arak depan mata, saya akan stop.”
Ads
Meskipun nama Shiha Zikir tidak begitu popular dalam industri muzik tanah air namun ia bukan halangan bagi penyanyi berbakat besar ini. Katanya, bukan populariti yang menjadi ukuran sebaliknya penglibatan Shiha dalam arena muzik adalah kerana minat.
Ads
“Dengan Shiha ni kita tak boleh merungut apa. Kalau cakap sedikit je ‘Eh, cantiklah barang ni’.. esok mesti dapat. Pemberian paling bernilai yang Shiha hadiahkan ialah kereta Vellfire. Tak minta pun sebab dah ada kereta tapi dia takut aunty tak selesa bila selalu ikut dia jalan jauh. Bab hadiah hari jadi, tiap-tiap tahun mesti dia bagi barang kemas,” jelas ibu Shiha yang menggemari barangan kemas.
Tambahnya lagi, “Dia anak yang sangat bertanggungjawab. Tak boleh dengar kita susah. Kalau kita termenung, dia akan cepat-cepat tanya ada Shiha buat salah ke. Kalau ada mak beritahulah jangan simpan-simpan. Sampai macam tu sekali dia takut buat kita terluka. Sejujurnya, Shiha ni akan yang paling senang nak besarkan. Bahkan masa dia kecil lagi dia dah jadi anak yang baik. Ingat lagi masa bersalin dulu, ibu-ibu yang bersalin sama hari macam aunty tak boleh tidur sebab anak mereka menangis tapi Shiha tak.
Ads
Nurse pun jadi pelik suruh aunty tengokkan dia sebab lena tidur. Masa Shiha baru berusia 15 hari, dia pernah hanyut atas tilam di rumah sebab hujan tak henti-henti. Bila terjaga, tengok-tengok dia dah dekat pintu. Rumah banjir dan nasib waktu tu malam dan pintu rumah tutup. Waktu dia baru berjalan umur setahun setengah, dia pernah lemas dalam baldi di bilik air sampai muka jadi biru. Sebab kejadian tu.. sampai sekarang dia takut air. Dari dia kecil, arwah bapa dia yang perasan bakat menyanyi Shiha tapi tak kesampaian tengok anak dia berjaya seperti hari ini.”
Mula menyanyi seawal tahun 2010, Shiha nyata bersyukur dengan limpahan rezeki yang diterimanya walaupun sedar tidak mencapai puncak populariti seperti artis popular lain. Pun begitu, dia selesa dengan kejayaan yang diraih sekarang. “Saya sedar populariti tu perlu tapi tak terdesak sampai hendak create story kontroversi untuk popular. Alhamdulillah, rezeki saya cukup mungkin sebab saya jaga mak dari dulu lagi sejak arwah bapa meninggal tahun 2008. Orang fikir dia ni tak popular sangat tapi rezeki saya cukup. Tiap minggu ada saja jemputan persembahan dinner dan rezeki cukup untuk menyara ibu, bayar duit kereta, rumah dan sebagainya.”
Nona percaya rezeki yang diterima Shiha berkat doa dan keikhlasannya membahagiakan hati insan bergelar ibu. Moga kasih sayang Shiha menjadi inspirasi kepada semua wanita agar terus menghargai jasa ibu yang melahirkan kita ke dunia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Atas sambutan luar biasa koleksi tudung bawal bertatahkan mutiara, kali ini Che Ta berjaya ‘restock’ berkotak-kotak tudung viral tersebut demi memenuhi permintaan pelanggan!
Laris dijual pada hujung Januari lepas, tak sampai tiga bulan tudung harga berpatutan milik pelakon dan usahawan cantik ini ‘mendarat’ di pasaran.
Stok yang tiba dalam bulan Ramadan ini pastinya sesuai dimiliki pembeli untuk digayakan ketika Aidilfitri nanti. Bijak strategi pemasaran ibu tiga anak ini!
Berkongsi khabar gembira itu, Che Ta memuat naik video menunjukkan dirinya berada di sebuah gudang yang penuh dan dikelilingi dengan kotak-kotak tudung berkenaan.
“Sampai dah, sampai dah! Tudung Bawal Che Ta bertatahkan mutiara 20 warna. Pilih ambil! Nak beli dekat mana? Dari stokis-stokis kami di seluruh Malaysia.”
Tudung bawal yang cukup sinonim dalam kalangan para hijabi ini bukan saja berkualiti. Malah dijual pada harga mampu milik iaitu RM25 sehelai.
Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Che Wan yang kini berusia 50 tahun semakin rancak mendalami dunia perniagaan. Bersandarkan popularitinya, tidak hairanlah apa saja produk yang dijual pasti ‘laku keras’ dan jadi rebutan pembeli khususnya peminat setia.
Terdahulu, isteri Zain Saidin ini memperkenal inai ‘instant’ Inai Che Ta pada September lepas yang diusahakan bersama rakannya, Anas Zahrin yang turut mendapat sambutan hangat di pasaran.
Tahniah Nona ucapkan kepada Ustaz Don atau nama sebenarnya Don Daniyal Don Biyajid dan isteri, Husna Mohd Zahry kerana bakal menimang cahaya mata ketiga.
Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh isteri kepada penceramah bebas yang ‘sempoi’ itu di laman instagram sekali gus meraikan ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-6 pada 23 Ogos 2018.
“Tiada siapa kata kehidupan sebuah perkahwinan adalah mudah. Dalam pada masa 6 tahun, kami telah berkongsi banyak suka dan duka”, tulisnya.
Siapa sangka penceramah seperti Ustaz Don ni, sebenarnya merupakan seorang yang sangat romantik terhadap isterinya. Bagi meraikan hari bahagia itu, Ustaz Don membuat surprise dengan membawa isterinya makan tengah hari di sebuah hotel di Putrajaya.
Sebelum ini, Husna yang merupakan seorang doktor, turut pernah mendapat kejutan daripada Ustaz Don di tempat kerjanya sempena hari jadi. Wah, seronoknya selalu dapat kejutan daripada suami tercinta.
Ustaz Don dan Husna berkahwin pada 23 Ogos 2012 dan kini sudah dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.
Bertuahnya Husna dapat suami yang sweet macam Ustaz Don ni. Semoga hubungan kalian berdua kekal ke jannah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon terkenal Indonesia, Marshanda membuktikan bahawa dengan keazaman dan kaedah yang betul, menurunkan berat badan bukanlah sesuatu yang mustahil. Kisah kejayaan Marshanda mengamalkan intermittent fasting menjadi inspirasi.
Marshanda wajar dijadikan contoh apabila berjaya menarik perhatian ramai selepas menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram dalam tempoh setahun.
Pelakon sinetron popular Bidadari ini melalui perjalanan yang penuh cabaran untuk mencapai berat idamannya.
Proses Penurunan Berat Badan
Bermula dengan berat 76 kilogram, Marshanda bertekad untuk mengambil langkah serius bagi mencapai bentuk tubuh ideal.
Melalui gabungan senaman berkala dan amalan intermittent fasting, dia akhirnya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram hingga mencapai berat 56 kilogram.
Selepas mencapai berat badan ideal, Marshanda kini lebih aktif berkongsi foto OOTD serta terlibat dalam pelbagai kempen fesyen di media sosial.
Penampilannya yang semakin langsing menyerlahkan keyakinan baru dan gaya hidup sihat yang diamalkan melalui intermittent fasting.
Apa Itu Intermittent Fasting?
Kedah pola pemakanan yang mengawal masa makan dan tempoh berpuasa, bukan jenis makanan yang diambil. Kaedah ini membantu badan membakar lemak dengan lebih efektif tanpa perlu menyekat jenis makanan tertentu.
Antara cara popular ialah berpuasa selama 16 jam dan makan dalam tempoh 8 jam. Namun, bagi mereka yang lebih berdisiplin seperti Marshanda, kaedah ekstrem 21 jam berpuasa dengan masa makan hanya 3 jam juga boleh diamalkan. Hasilnya amat mengagumkan apabila dilakukan dengan betul dan konsisten.
Perbezaan Dengan Diet Ketat Lain
Tidak seperti diet ketat yang menghadkan jenis makanan, intermittent fasting lebih menekankan kepada waktu makan. Dalam tempoh berpuasa, hanya minuman tanpa kalori seperti air putih, kopi tanpa gula atau teh tanpa gula dibenarkan.
Kaedah ini membantu mengawal nafsu makan dan menstabilkan hormon dalam badan.
Kesimpulannya, kisah Marshanda membuktikan bahawa intermittent fasting bukan sekadar trend tetapi satu kaedah diet yang berkesan jika dilakukan dengan penuh disiplin. Bagi anda yang ingin mencuba, pastikan mendapat nasihat pakar pemakanan terlebih dahulu agar kaedah ini sesuai dengan gaya hidup dan kesihatan anda.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.