Sarapan Tak Lengkap Tanpa Segelas Susu Setiap Pagi, Ini Sebabnya Ia Penting Untuk PERMULAAN HARI Yang Bertenaga

Kajian menunjukkan menambah segelas susu dalam hidangan sarapan kegemaran Malaysia membantu memenuhi keperluan pengambilan tenaga dan nutrien yang disyorkan untuk orang dewasa dan kanak-kanak.

Apakah yang kurang dalam sarapan pagi rakyat Malaysia? Itulah soalan yang cuba dijawab oleh Dutch Lady PureFarm, susu sedia untuk diminum No. 1 di Malaysia, sewaktu pelancaran kempen sarapan pagi bersama hidangan kegemaran Malaysia seperti nasi lemak dan mi goreng.

Dutch Lady Malaysia menekankan kepentingan untuk keluarga Malaysia mendapatkan nutrien penting yang mencukupi daripada sarapan harian bagi membantu mereka memulakan hari dengan lebih bertenaga dan kuat.

Sarapan merupakan hidangan paling penting dalam hari anda kerana ia merupakan makanan pertama yang dimakan selepas tempoh 8 hingga 12 jam daripada hidangan terakhir yang dimakan.

Bekalan nutrien yang semakin kurang selepas 12 jam bermakna otak akan kekurangan tenaga apabila bangun pagi. Metabolisme tubuh juga memerlukan makanan untuk mula bertindak.

Oleh itu, sarapan perlu menyediakan nutrien penting yang cukup untuk membantu memenuhi pengambilan nutrien harian seperti yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan.

Sarapan juga perlu membekalkan nutrien makro dan mikro yang seimbang, termasuklah karbohidrat, protein, vitamin dan mineral.

Rakyat Malaysia biasanya makan nasi lemak, mi goreng dan nasi goreng terutamanya pada waktu pagi. Walau bagaimanapun, pilihan sarapan ini tidak memberikan makro dan mikro nutrien yang mencukupi untuk memulakan hari anda dengan bertenaga.

Susu Dutch Lady PureFarm mengandungi nutrien penting berikut untuk membantu keluarga Malaysia memulakan hari mereka dengan lebih bertenaga:

  • Protein membantu membina dan membaiki tisu supaya otot kita sentiasa berfungsi dalam keadaan yang baik.
  • Vitamin A membolehkan mata berfungsi dengan sempurna dan membantu kita memberi tumpuan dan perhatian, di sekolah dan juga di tempat kerja.
  • Vitamin B2 menyokong pelepasan tenaga daripada karbohidrat, lemak, dan protein.
  • Vitamin D membantu menyerap dan penggunaan kalsium dan fosforus.
  • Kalsium adalah penting untuk membina tulang dan gigi yang kuat bagi kanak-kanak serta membantu orang dewasa mengekalkan jisim tulang yang sihat untuk gaya hidup yang aktif. Rosmah Idayu Abu Samah
IKLAN
Share