Sebak Tengok Nilai Persahabatan Nonny Nadirah, Heliza Helmi & Mila Jirin AF5

Memang sejak kecil lagi ibu bapa sering berpesan biar bijak memilih kawan. Pengaruh kawan memang sangat besar terutama apabila kita hidup dalam zaman moden ini.

Telah menceritakan kepada kami Abu Burdah bin ‘Abdullah berkata; Aku mendengar Abu Burdah bin Abu Musa dari bapaknya RA berkata; Rasulullah SAW bersabda:

“Perumpamaan orang yang bersahabat dengan orang soleh dan orang yang bersahabat dengan orang buruk perangai seperti penjual minyak wangi dan tukang kimpal besi. Pasti engkau akan dapat bauan wangi dari penjual minyak wangi sama ada membeli atau tidak. Sedangkan dari tukang besi kamu akan merasa bahang atau kainmu atau kamu akan mendapatkan bau yang tidak sedap”. (HR Bukhari No: 1959) Status: Hadis Sahih.

Sebak melihat nilai persahabatan yang telah terjalin di antara Nonny Nadirah dengan Heliza Helmi dan Mila Jirin. Mula mengenali di antara satu sama lain semasa merebut gelaran Juara Akademi Fantasia Musim 5 rupa-rupanya telah menjalin ukhuwah persahabatan yang sangat bernilai.

Nonny yang baharu saja berhijab itu ada mencoretkan ketulusan nilai persahabatan mereka di laman Instagramnya, “Bersahabatlah kerana Allah SWT insyaallah Allah akan permudahkan segalanya.

Sahabat yang baik akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat diri kita kerana sahabat yang faham tentang rezeki Allah SWT sesungguhnya dia percaya bila mana dia mendoakan yang terbaik buat orang lain Allah SWT akan menggantikannya dengan benda yang lebih lebih baik lagi.

Sentiasalah mendoakan yang baik baik untuk orang lain supaya Allah SWT boleh memberi kita sesuatu yang lebih baik lagi baik dari segi pahala, rezeki dan dalam kehidupan kita. Mungkin kita tak dapat di dunia tapi insyaallah diakhirat sana. Bersangka baik dengan Allah SWT. Sahabat dunia & akhirat,” tutur Nonny.

Menyentuh tentang dirinya yang baru berhijab, Nonny turut berkongsi, “Saya masih di dalam fasa percubaan, dan bagilah masa kepada diri saya untuk memperbaiki diri, hari demi hari bukan disebabkan makhluk tetapi kerana Allah SWT. Terima kasih kepada yang mendoakan, keluarga, peminat dan kawan-kawan. Siap ada yang email dan DM private kat sayay, doa-doa dan kata-kata semangat korang membuatkan airmata saya mengalir tak henti. Akan tetapi jangan lah dikeji atau dikecam bila mana selepas ini jika ada kekurangan dari diri saya,” coret Nonny di laman Instagramnya.

Kredit foto: Instagram @nonnynadirah

IKLAN
Share