Syabas diucapkan buat pereka fesyen masyhur, Dato’ Jovian Rayke Mandagie di atas pembukaan butik terbaharunya di Pavilion Kuala Lumpur. JStore yang terletak bersebelahan butik Dior ini merupakan cawangan keenam milik beliau di pusat membeli-belah terkemuka, selepas pembukaan di Berjaya Times Square bulan lalu.

Jika semalam meraikan sambutan hari jadi ke-63 ayahanda mertua, bekas Perdana Menteri kesembilan Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob bersama isteri, Datin Nina Sabrina dan anak kesayangan Jeanelle Nika Mandagie, hari ini lelaki hebat berusia 37 tahun itu mencapai satu lagi impiannya.

IKLAN

Sebelah Dior! Tinjau Butik Jovian Di Pavilion KL, Ultra Moden Setanding Label Antarabangsa

 

Terletak di aras 4 dan bersebelahan butik Dior, JStore Pavilion menawarkan pelbagai produk terkini dan koleksi eksklusif khusus buat peminat mereka yang digelar Jovianista.

“Episod terbaru untuk Jovian Ready-To-Wear. Dapat berjiran dengan Dior di Pavilion Kuala Lumpur ibarat mimpi jadi kenyataan! Terima kasih Jovianista untuk sokongan yang tidak putus-putus.” Jovian Mandagie

Sebelah Dior! Tinjau Butik Jovian Di Pavilion KL, Ultra Moden Setanding Label Antarabangsa

 

Sebelah Dior! Tinjau Butik Jovian Di Pavilion KL, Ultra Moden Setanding Label Antarabangsa

 

Sebelah Dior! Tinjau Butik Jovian Di Pavilion KL, Ultra Moden Setanding Label Antarabangsa

 

Sebelah Dior! Tinjau Butik Jovian Di Pavilion KL, Ultra Moden Setanding Label Antarabangsa

 

Dato’ Jovian sebelum ini turut membuka butik baharu di pusat membeli-belah Berjaya Times Square, betul-betul di hadapan pintu masuk dan merupakan premis terbesar di sana.

Dengan tata hias moden dan latar butik berwarna putih, penampilan JStore Pavilion pastinya memikat pelanggan, khususnya golongan pelancong ataupun ekspatriat untuk membeli barangan tempatan.

Dari koleksi skarf, busana ready-to-wear, telekung, beg tangan, korset, pelitup muka dan sebagainya, ia diperaga kemas untuk kemudahan pelanggan. Paling suka ‘vibe’ yang ditebarkan, jenama Jovian buat kita terasa seperti membeli barangan berjenama antarabangsa!

Jom cuci mata tengok keindahan butik JStore Pavilion dengan lebih dekat, mana tahu hujung minggu nanti boleh singgah ke sini?

IKLAN

Sebelah Dior! Tinjau Butik Jovian Di Pavilion KL, Ultra Moden Setanding Label Antarabangsa

 

Sebelah Dior! Tinjau Butik Jovian Di Pavilion KL, Ultra Moden Setanding Label Antarabangsa

 

Sebelah Dior! Tinjau Butik Jovian Di Pavilion KL, Ultra Moden Setanding Label Antarabangsa

 

IKLAN

Sebelah Dior! Tinjau Butik Jovian Di Pavilion KL, Ultra Moden Setanding Label Antarabangsa

 

Sebelah Dior! Tinjau Butik Jovian Di Pavilion KL, Ultra Moden Setanding Label Antarabangsa

 

Sebelah Dior! Tinjau Butik Jovian Di Pavilion KL, Ultra Moden Setanding Label Antarabangsa

 

Sebelah Dior! Tinjau Butik Jovian Di Pavilion KL, Ultra Moden Setanding Label Antarabangsa

 

Sebelah Dior! Tinjau Butik Jovian Di Pavilion KL, Ultra Moden Setanding Label Antarabangsa

Kredit: Instagram @jmandagie

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI