Sedih, Tersinggung Kerana Diejek Terlalu Kurus Oleh Warganet ARIANA GRANDE Akui Salah Pilih Diet

Ariana Grande tampil menjawab kebimbangan peminat setelah fotonya yang kelihatan terlalu kurus tular di media sosial.

 

Kenyataan Ariana Grande itu adalah tindak balas terhadap beberapa komen yang kurang menyenangkan oleh netizen mengenai penampilannya di konsert Jeff Goldblum di London, England, baru-baru ini.

Pada masa itu, dia memakai kot bersaiz merah jambu yang menampakkan tulang belikatnya.

“Kenapa Ariana Grande kurus sangat?” tanya seorang netizen di Twitter.

Seorang lagi berkata, “Serius, dia sangat kurus. Saya risaukan dia.”

Penyanyi lagu ‘Thank U Next’ ini memberi penjelasan di akaun TikTok miliknya yang berdurasi tiga minit. Dalam video itu, Ariana meminta para peminat mengulas tentang penampilannya.

“Badan saya dulu adalah versi yang tidak sihat. Sebelum ini, saya melakukan diet yang tidak sihat. Saya sedih bila anda kata saya sihat sedangkan saya tidak sihat,”

katanya.

Ariana Grande menasihati orang ramai supaya lebih empati dalam komen mereka kerana ianya boleh menyinggung perasaan orang lain.

Dia lebih menghargai orang yang tidak bercakap buruk tentang penampilannya.

“Cubalah berbuat baik kepada orang lain supaya semua pihak dapat menjaga satu sama lain.

“Kerana anda tidak pernah tahu apa yang dialami oleh orang itu,” kata bintang filem Wicked ini.

Semoga Ariana kekal cantik dan sihat seterusnya sukses dalam karier. Pentingnya menjaga kesihatan mental lebih-lebih lagi bagi seorang yang terkenal seperti Ariana.

Kata-kata negatif mahupun kecaman boleh mempengaruhi emosi seseorang. Diharapkan Ariana menjadi seorang yang lebih positif.

Kredit Foto: Instagram Ariana Grande

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di https://t.me/majalahnona

IKLAN
Share