Jika di Malaysia, kisah wanita muda mengahwini lelaki tua dianggap biasa, lain pula kisahnya dengan di negara jiran.
Selepas kisah Selamat Riyadi, 16, yang menikahi nenek Rohaya, 71, viral sekitar Julai lalu, kini masyarakat di Indonesia gempar sekali lagi dengan khabar perkahwinan Ade Irawan, 21, dengan isterinya Sani, 70.
Meskipun jurang usia mereka bagaikan nenek dan cucu, namun jodoh yang diaturkan-Nya cukup kuat.
Selamat dan Nenek Rohaya
Berbicara soal cinta, Ade menegaskan bahawa faktor usia bukanlah penghalang niatnya untuk melamar Sani. Pemuda tersebut pernah berkahwin sebelum ini namun terlerai kerana kemiskinan keluarganya.
Ads
Ramai yang mempersoalkan keputusan Ade, sama ada perkahwinan kali ini sengaja dilangsungkan kerana desakan hidup atau cinta yang sejati.
Namun jawabnya, dia tidak peduli persepsi masyarakat kerana mahu berkahwin kerana Allah dan mahu merasai kemanisan berumah tangga.
Ads
Sani dan Ade Irawan
“Saya ikhlas menyukai dan mencintai dia. Saya akan menjaga dia sampai menutup mata. Saya percaya sikapnya pasti berbeza dengan wanita muda yang mahukan itu dan ini,” kata Ade.
Dalam satu majlis yang dilangsungkan di Bogor, Sani yang merupakan seorang janda tanpa anak kelihatan awet muda dalam busana pernikahan serba putih, sementara Ade tampil segak berkot serta bertali leher.
Ads
Mereka berharap perkahwinan ini akan berkekalan dan dikurniakan zuriat yang baik-baik. Norzalina Mohd Alias
Konsep trak fesyen bukanlah sesuatu yang baharu dalam industri fesyen dunia. Malah ia telah diadaptasi oleh jenama-jenama gergasi antarabangsa sebagai salah satu bentuk promosi secara bergerak. Meskipun begitu, di Malaysia ia masih baharu dan belum pernah diketengahkan oleh pengusaha fesyen.
Melihat peluang perniagaan yang terbuka luas untuk mengetengahkan jenama fesyen melalui perniagaan menggunakan trak, Lenny Farina Hazree telah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan trak fesyen pertama di Malaysia, Fashion on wheels atau FOW.
Menurut Lenny yang ditemui di majlis pelancaran Fashion On Wheels baru-baru ini, pengguna kini boleh memilih fesyen terkini terutamanya untuk koleksi hari raya di atas trak Fashion On Wheels yang akan singgah di 10 lokasi di sekitar Lembah Klang. Mengetengahkan hampir 15 jenama fesyen popular di Malaysia, para pengguna boleh memilih fesyen terkini untuk digayakan di Aidilfitri tanpa perlu datang ke butik!
Tahun ini merupakan tahun pertama Fashion On Wheels diperkenalkan dan ia bakal menjadi penentu untuk mengembangkan lagi gaya perniagaan yang baharu bagi rakyat Malaysia. Saya berharap penggemar fesyen tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi busana dari jenama popular antaranya termasuklah Minaz, Jameqha, Bella Ammara,Locika, By Fatin Suhaa, Shawl Publika, Jannahnoe, Cattleya, Scarfeya, Ruman Manik, Ravaka, Syafiqah Aina Hijab, Kaizer Scarf, Sofea Rose Teruna by Hafiz mahamad, Riaz Arshad dan Jelitasara.
Traf FOW akan mula bergerak ke lokasi pertama pada 21 Mei di Menara Surian dari jam 10 pagi hingga 5 petang. Jelajah FOW akan berakhir pada 9 dan 10 Jun di Pullman Lakeside Putrajaya. Untuk maklumat lanjut, layari laman instagram Fashion On wheels.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bergelar anak kepada pereka fesyen ternama dan cucu seorang menteri pastinya membuatkan Jeannelle Nika Mandagie tidak terlepas tempias dunia glamor. Meskipun baru berusia tiga tahun pada 1 November lepas namun Jeannelle sudah menjadi perhatian umum. Apatah lagi wajah comel dan telatah anak perempuan Dato’ Jovian Mandagie dan Datin Nina Sabrina Ismail Sabri ini sering mencuit hati peminat.
Mempunyai akaun Instagram sendiri yang diurus kedua ibu bapanya, Jeannelle merupakan cucu Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Sri Ismail Sabri. Sehingga kini, media sosial miliknya sudah pun mencecah lebih 136 ribu followers! Berkongsi gambar-gambar terkini sempena sambutan majlis hari lahir yang berlangsung awal November lepas, difahamkan tema kartun animasi popular ‘Frozen’ adalah pilihan Jeannelle sendiri.
“Cancelled her birthday party, but that wont stop us from making her dream to become Elsa into reality,” dedah ibunya, Datin Nina Sabrina.
Pada majlis sambutan hari lahir tersebut, Jeannelle tampil comel dalam persalinan ala puteri ais, Elsa. Bagi memeriahkan lagi tema sambutan, Datin Nina dan Dato’ Jovian tidak terkecuali menyarung kostum filem animasi berkenaan sebagai Anna dan Kristoff!
Turut kelihatan ialah datuk Jeannelle yang mengenakan kemeja senada warna biru. Menerusi gambar yang dikongsikan, kanak-kanak comel ini turut mengusik datuk tersayang dengan meletak rambut panjang Elsa di sisi Dato’ Sri Ismail Sabri. Comel!
Mengimbas kembali detik kelahiran Jeannelle, cahaya mata kesayangan Datin Nina dan Dato’ Jovian turut pernah diraihkan penuh meriah dalam sebuah majlis akikah akikah berkonsepkan ala butik atelier. Waktu itu keluarga personaliti popular ini mengenakan persalinan sedondon rona lilac.
Namun paling menarik tumpuan ialah dress yang dipakai Jeannelle ketika itu seakan gaun kartun animasi Thumbelina yang dilihat seperti kelopak bunga. Sememangnya kartun animasi memang dah sebati dengan Jeannelle sejak kecil lagi.
Moga Jeannelle terus membesar dengan bijak dan sihat serta menjadi kebanggaan semua.
Kredit foto: Instagram Datin Nina
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Simposium Tekstil Tradisional ASEAN ke-8 yang berlangsung pada 25 hingga 30 September 2022.
Baginda diiringkan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Al-Sultan Abdullah bertitah agar Simposium Tekstil Tradisional ASEAN dwitahunan itu akan terus diadakan di negara lain pada masa hadapan dengan menghimpunkan penggiat seni tekstil dari ASEAN dan rantau lain untuk berkongsi maklumat mengenai keunikan tekstil masing-masing.
“Sambutan untuk acara ini amat menggalakkan dengan lebih 300 peserta. Saya berharap semua peserta akan bergembira di sini,” titah Al-Sultan Abdullah.
Seri Paduka baginda turut mengucapkan tahniah kepada Tunku Azizah dan pasukannya atas usaha mereka dalam menganjurkan acara dengan jayanya.
“Beta perlu memberitahu bahawa Raja Permaisuri sangat sibuk dalam memastikan simposium ini berjaya. Beta ingin berkongsi bahawa beta melihat betapa mendalamnya minat Raja Permaisuri untuk memastikan kejayaan acara ini, baginda kadang-kadang tidak dapat tidur pada waktu malam,” titah Al-Sultan Abdullah.
Simposium berkenaan dianjurkan Yayasan Tenun Pahang Diraja, mempamerkan keindahan tekstil Malaysia termasuk songket dan batik selain teknik pembuatan tekstil warisan Melayu seperti tekat, tenun, telepuk dan menggerus untuk dipelajari oleh masyarakat dunia.
Sempena simposium itu, 19 kertas kerja akan dibentangkan oleh wakil 13 negara termasuk Brunei, Indonesia, Kemboja, Kanada, India, Filipina dan Myanmar, khususnya untuk membincangkan mengenai pemeliharaan seni dan kelestarian tekstil tenunan asli di rantau ASEAN.
Sementara itu, Tunku Azizah yang merupakan pengasas dan penaung Yayasan Tenun Pahang Diraja mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas usaha dalam menyokong dan memelihara seni kraf tekstil berkenaan.
“Dari lubuk hati beta, beta ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan. Terima kasih banyak-banyak. Kita harus memelihara apa sahaja yang kita ada untuk generasi akan datang,” titah Tunku Azizah.
Tunku Azizah bertitah, Institut Kraf Negara di Rawang, Selangor, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia di Kuala Lumpur, Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja Tengku Ampuan Besar Meriam di Pekan, Pahang, dan program pemulihan penjara oleh Jabatan Penjara, merupakan pencapaian khas hasil inisiatif kerajaan.
Sempena majlis itu, Tunku Azizah turut mengumumkan projek kerajaan Pahang di Kampung Al-Sultan Abdullah di Pekan akan menyediakan tempat tinggal kepada bekas banduan dari seluruh negara dan memberi peluang kepada mereka untuk membina semula kehidupan dalam persekitaran yang bersepadu dan kondusif.
“Di dalam perkampungan seluas 20 ekar tanah yang disediakan kerajaan Pahang ini, beta ingin terus membawa harapan kepada mereka yang datang dari penjara ini mengenai erti kebebasan. Kami mahu memperkasakan insan-insan ini untuk berdikari dari segi kewangan serta menyumbang kepada ekonomi tempatan dan domestik,” titah Tunku Azizah.
Baginda juga mengumumkan penubuhan Persatuan Artisan Diraja Malaysia sebagai sebuah persatuan untuk mengiktiraf segelintir artisan yang mahir dan hasil usaha mereka yang lampau dan masa depan.
Berkongsi perjalanan baginda, dalam memelihara dan menghidupkan tradisi budaya, Tunku Azizah bertitah, ia bermula dua dekad lepas dengan memberi tumpuan kepada usaha perkembangan dan penjenamaan semula Tenun Pahang kepada Tenun Pahang Diraja di Pulau Keladi, Pekan.
“Baru-baru ini, kita telah menyertai Minggu Kraf London untuk mempamerkan Tenun Diraja Pahang kepada dunia. Beta berharap dapat mengetengahkan seni dan kraf lain seperti seni Orang Asli dan songket dalam Minggu Kraf London yang akan datang,” titah Tunku Azizah.
Tunku Azizah turut bertitah, baginda juga akan meneruskan lawatan sambil belajar ke negara-negara lain untuk menerokai dan mengenali cara negara berkenaan mengekalkan tradisi lama.
“Apabila pulang ke Pahang, beta akan gabungkan ilmu yang dipelajari ke dalam tekstil tradisional kita. Malah, reka bentuk itu telah diserapkan dalam kesemua enam persalinan pakaian yang beta pakai semasa pertabalan Yang di-Pertuan Agong,” titah Tunku Azizah.
Sumber: Bernama
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.