Luar biasa energy usahawan Ynalee menjelang lebaran tahun ini! Nama Nur Liyana Abdul Rahman sememangnya cukup sinonim dalam dunia fesyen. Namun sejak kebelakangan ini Nur Liyana atau mesra disapa Yana kian rancak melebarkan sayap perniagaan dalam bidang makanan.
Terbaharu, pemilik label Ynalee tersebut ligat mempromosikan satu lagi cabang bisnes dikenali sebagai Ynalee Bakes. Bersempena Hari Raya, Yana tidak hanya sibuk dengan rekaan dan penghasilan koleksi baju kurung eksklusif jenamanya seperti tahun-tahun sebelum ini.
Malah, tahun 2026 juga mencipta detik indah buat Yana apabila dia nekad membuat aneka biskut raya keluaran sendiri. Biarpun ‘tak menang tangan’ tapi wanita ini nampak seronok!
Ads
Lebih istimewa, Yana menerusi media sosial mendedahkan dia sedang hamil anak keempat pada 19 Januari lalu.
“Happy 13 weeks in pregnancy and still no morning sickness,” tulisnya.
Mengulas perkembangan Ynalee Bakes, ibu tiga cahaya mata ini meluahkan rasa teruja berpeluang mengeluarkan biskut raya.
“Dari fesyen, sekarang terjebak pula dengan F&B. Buat biskut raya ni rupanya mencabar juga. Nak buat seorang memang tak mampu dah. Banyak sangat benda kena belajar, kena urus, kena faham.
Pelan-pelan kita belajar, pelan-pelan kita jalan, insyaAllah. Nak berjaya perlukan proses.
Ads
Untuk yang nak cuba biskut raya I, boleh datang ke butik YNALEE atau contact mana-mana agent area korang ya. Terima kasih yang sentiasa support.”
Sebelum ini, Yana turut berniaga tiramisu dan kek batik. Minat isteri Hafiz Abdul Hamid ini terhadap bidang F&B mula terserlah ketika Covid-19 apabila Yana melangkah berani menjual kek coklat moist.
Yana mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Hafiz Abdul Hamid pada tahun 2014. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Tyara Luthfia, Hanna Qhalisya dan Mellysa Rose.
Semoga empayar yang dibina terus sukses dan rumah tangga Yana serta Hafiz dilindungi Allah SWT sampai ke syurga.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tengok aksi wanita menimbang bola bukan lagi perkara asing. Tapi bila gadis muslimah yang lengkap berhijab dan pakai jubah buat perkara sama, itu memang luar biasa! Seperti yang sedang tular di media sosial kebelakangan ini.. bakat dan kelincahan gadis berusia 18 tahun, Qhouirunnisa’ Endang Wahyudi melakukan free style football ternyata mengejutkan ramai pihak. Masakan tidak, bidang yang selama ini dimonopoli kaum lelaki kini turut dikuasai golongan wanita. Beragama Islam pula tu, memang rare!
Difahamkan Nisa mula berjinak-jinak dengan sukan ini pada tahun 2016 dan berlatih mempelajari teknik baru hanya melalui YouTube. Sambil mempamerkan gaya bersahaja menimbang bola dengan berjubah, anak sulung daripada tiga beradik ini menafikan tindakannya memuat naik video tersebut di media sosial miliknya bukan untuk meraih perhatian netizen, jauh sekali menambah followers.
Sebaliknya, ia sekadar ingin berkongsi minat dunia sukan berkenaan sejak menemani adik lelakinya bermain futsal dua tahun lalu.
“Wanita berhijab bukan penghalang untuk menceburi mana-mana bidang sukan atau dalam free style football tetapi yang menjadi penghalang adalah diri kita sendiri sama ada mahu atau tidak,” kongsinya yang berlatih selama empat hingga lima hari seminggu.
Kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan anak gadis ini, bapa Nisa yang pada mulanya menentang akhirnya akur dengan minat pelajar jurusan Asasi Bahasa Arab dan Sains Islamik di Universiti Al-Madinah, Shah Alam tersebut.
“Free styling in baju kurung is 1000x harder than usual. Jangan risau, belum pernah baju kurung saya koyak sebab free style.”
Sumber: Instagram Qhouirunnisa
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terpegun tengok kebolehan anak saudara Hanis Zalikha ini yang fasih berbahasa Inggeris. Walaupun baru berusia empat tahun, Camilla Kyra yang merupakan puteri kesayangan Liana Ezzana mampu bertutur dalam bahasa tersebut dengan sangat baik. Siap ada bunyi British accent lagi.
Bagi kanak-kanak seusia Camilla, kebolehan anak kecil ini menguasai bahasa antarabangsa berkenaan memang satu pencapaian membanggakan. Bukan bererti menidakkan bahasa ibunda, Bahasa Melayu … sama ada Liana mahupun ibu bapa lain, pastinya menyimpan hasrat agar anak-anak mereka mampu mahir lebih daripada satu bahasa sahaja.
Menceritakan tentang bagaimana dia mendidik Camilla hingga kanak-kanak bijak yang baru menyambut kelahiran pada 23 Januari lepas ini fasih berbahasa Inggeris, Liana tanpa berselindung berkongsi asuhan yang dipraktikkan selama ini.
“Antara faktornya adalah dari dia bayi memang saya berkomunikasi 100% English dengan dia. Rancangan TV yang saya bagi dia tonton adalah dari UK seperti Peppa Pig, BabyTV dan sebagainya sebab saya suka dengar British accent. Jadi masa Camilla mula-mula bercakap memang ada British accent, iyalah budakkan tiru macam parrot.
Tapi bila dah besar ni dah banyak berkomunikasi dengan orang sekeliling maka ada sedikit ‘manglish’. Selain itu, aunties and uncles dia banyak berbicara in English tentang pelbagai perkara dengan Camilla. Tak terhad topik kanak-kanak sahaja. Mungkin sebab tu kosa kata (vocabulary) dia luas.”
Tak sah kalau tak tengok video Camilla berkali-kali. Petah dan comel sangat!
Jadi, lepas ini ibu bapa yang mahu anak-anak mereka fasih bercakap Bahasa Inggeris bolehlah tiru amalan Liana. Malah, ibu muda ini turut berkongsi 4 tip mudah untuk mengajar si kecil menguasai bahasa ini.
Kata Liana, “Ini yang saya buat, rasa sesuai nak ikut silakan.”
1. Bagi kanak-kanak 3 tahun ke bawah, parents dan orang sekeliling jangan jadi ‘grammar nazi’. Biarkan grammar berterabur. Dia akan belajar along the way. Betulkan sedikit-sedikit sepanjang dia membesar. Tak perlu stress, lulusan universiti tersohor pun grammar ke laut juga. Relax ok.
2. Jangan risau dia tak faham terms yang akan anda gunakan kerana umur dia masih kecil. Bila dia tanya kenapa kenapa kenapa, jawab soalan dengan penjelasan yang lengkap apa dan bagaimana. Jawab dengan betul. Sesetengah parents rasa kalau kita explain budak tak faham, jadi ambik shortcut dengan bagi jawapan tipu / kisah dongeng / atau just jawab je apa-apa supaya anak diam. Bila begini, kita risau otak dia tak berkembang, kerana dia tak dilatih berfikir dan vocab terhad.
3. Walaupun anda berbahasa Inggeris dengan anak, jangan halang orang lain berbahasa lain dengan anak anda. Biar dia terdedah dengan banyak bahasa. Grandpa Camilla sering berbahasa Melayu dengan dia, dan bila kami sekeluarga / kawan-kawan berborak bahasa Melayu, dalam diam Camilla observe dan absorb. Jadi Camilla juga tahu berbahasa Melayu.
4. Bila anda rasa bahasa Inggeris anak anda dah agak-agak ok boleh berkomunikasi dengan lancar, boleh mula lebihkan bahasa Melayu. Muka anak memang blur kejap tapi cakap je bahasa Melayu as if dia faham. Lepas tu terangkan makna dalam bahasa Inggeris. Macam yang saya sedang buat sekarang. Kadang tiba-tiba je Camilla datang dekat saya dan cakap “Mummy, pretty is cantik. Sleep is tidur.”
Tambahnya lagi, “Itu tipnya setakat pengalaman sayalah. Saya pun baru anak seorang tapi inilah formula yang saya reka sendiri. Alhamdulillah setakat ni ok.”
Sumber: Instagram @leanazainal
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjadi seorang penyampai berita bukanlah mudah seperti yang disangka, terutama sekali apabila bersiaran secara langsung. Apa saja boleh terjadi di luar kawalan. Inilah yang terjadi pada penyampai berita Global News Canada, Farah Nasser yang mengalami satu momen yang pasti tidak akan dilupakan sampai bila-bila.
Menurut laporan Daily Mail UK, berdasarkan rakaman yang tular di media sosial, Farah Nasser dilihat telah tersedak akibat tertelan lalat ketika sedang menyampaikan berita mengenai tragedi banjir yang berlaku di Pakistan.
Saat insiden itu berlaku, eskpresi wajah Farrah terus berubah malah sedikit tidak selesa. Beliau dilihat seperti tersedak apabila haiwan itu memasuki rongga mulutnya hingga membuatkan beliau terdiam seketika. Meskipun sedikit cemas, Farrah tidak melatah atau menunjukkan reaksi malu.
Sebaliknya beliau bertindak profesional apabila meneruskan kembali tugasnya menyampaikan laporan berita, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Sikap profesionalisme Farrah juga turut dipuji oleh warga maya yang melihat video tersebut dan memuji sikapnya berhadapan dan mengawal situasi yang tidak dijangka.
Dalam temu bual berasingan bersama ET Canada pula, wanita berkenaan menerangkan dengan lebih terperinci bagaimana keadaan itu berlaku. “Saya hanya bimbang kalau haiwan itu boleh menutup lensa kamera, tetapi tanpa disangka haiwan berkenaan ‘singgah’ di kerongkong saya. Bagi saya, ia bukanlah satu situasi yang memalukan, tetapi sesuatu yang lucu bagi saya”. katanya.
Untuk rekod, Farah Nasser ialah seorang wartawan Kanada yang pernah memenangi anugerah.Beliau merupakan graduan Ryerson University dalam jurusan Seni Radio & Televisyen. Pada Mei 2015, beliau dinamakan oleh Shaw Media sebagai penaung bersama siaran berita 5:30 petang dan 6 petang Global Toronto, bersama Alan Carter. Sebelum peranan ini, beliau adalah seorang wartawan dan penaung dengan CablePulse24 di Toronto pada tahun 2010.
Beliau juga merupakan Anggota Lembaga Pengarah untuk Yayasan Penyelidikan Arthritis, Rangkaian Kesihatan Universiti dan menjadi tuan rumah untuk pengumpulan dana yoga Power of Movement setiap tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lebih sedekad hidup bersama nyata bukan satu tempoh yang singkat. Pastinya pelbagai kisah suka dan duka dilalui Ayu Abas dan suami tercinta, Tomok sepanjang melayari alam perkahwinan. Tanggal 1 Julai lalu genap 15 tahun pasangan ini berkongsi hidup sebagai suami isteri.