Sejarah Terukir, Bergelar Ahli Dewan Negara & Atlet Paralimpik Kini RAS ADIBA Dianugerahkan DATUK

Semangat juang yang ada dalam diri wanita ini sememangnya dikagumi ramai. Tanpa menghiraukan kekurangan yang ada pada dirinya YB Senator Ras Adiba Radzi terus mempertahankan hak komuniti Orang Kelainan Upaya (OKU) tanpa mengharapkan sebarang balasan. Nyata, rezeki tak pernah salah alamat, satu persatu sejarah tercipta menjadi miliknya.

Foto: Twitter @RasNewsMPB
Foto: Instagram @senatorrasadibaradzi

Bermula dengan perlantikan wanita mengetuai badan bukan kerajaan yang memperjuangkan hak OKU iaitu OKU Sentral ini sebagai Senator di Dewan Negara. Perlantikan yang telah membangkitkan semangatnya untuk terus berjuang hak mereka yang memerlukan dan bersedia memikul tanggungjawab tersebut.

Foto: BERNAMA
Foto: Twitter @RasNewsMPB

Seterusnya, YB Ras Adiba sekali lagi mendapat pengiktirafan apabila menerima pelantikan sebagai Pengerusi baharu Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) pada 24 November 2020 di Parlimen. Menariknya, bekas personaliti TV ini menjadi wanita pertama dilantik menjawat tugas berkenaan dalam sejarah penubuhan BERNAMA selama 53 tahun.

Foto: Instagram @senatorrasadibaradzi
Foto: Instagram @senatorrasadibaradzi

Sejarah tercipta lagi semalam, apabila wanita yang berusia 52 tahun ini dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk. Menggalas status sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) sejak 18 tahun yang lalu, YB Ras Adiba menerima PMW, satu daripada Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021.

Foto: Twitter @RasNewsMPB
Foto: Instagram @senatorrasadibaradzi

“Pengurniaan ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk terus berjuang, seterusnya memperkasakan komuniti OKU dan golongan memerlukan. Ia satu anugerah yang amat saya hargai kerana ini adalah penghargaan buat komuniti OKU dan ini adalah rezeki untuk semua.

Foto: Instagram @senatorrasadibaradzi

Saya bersyukur kepada Allah SWT dan terima kasih diucapkan kepada semua terutama keluarga dan sahabat yang sentiasa menyokong dan mendoakan saya,” katanya kepada BERNAMA.

*Rebut peluang membeli-belah pada tarikh cantik ini, 2.2!

IKLAN
Share