Semangat juang yang ada dalam diri wanita ini sememangnya dikagumi ramai. Tanpa menghiraukan kekurangan yang ada pada dirinya YB Senator Ras Adiba Radzi terus mempertahankan hak komuniti Orang Kelainan Upaya (OKU) tanpa mengharapkan sebarang balasan. Nyata, rezeki tak pernah salah alamat, satu persatu sejarah tercipta menjadi miliknya.
Bermula dengan perlantikan wanita mengetuai badan bukan kerajaan yang memperjuangkan hak OKU iaitu OKU Sentral ini sebagai Senator di Dewan Negara. Perlantikan yang telah membangkitkan semangatnya untuk terus berjuang hak mereka yang memerlukan dan bersedia memikul tanggungjawab tersebut.
Foto: BERNAMAFoto: Twitter @RasNewsMPB
Seterusnya, YB Ras Adiba sekali lagi mendapat pengiktirafan apabila menerima pelantikan sebagai Pengerusi baharu Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) pada 24 November 2020 di Parlimen. Menariknya, bekas personaliti TV ini menjadi wanita pertama dilantik menjawat tugas berkenaan dalam sejarah penubuhan BERNAMA selama 53 tahun.
Sejarah tercipta lagi semalam, apabila wanita yang berusia 52 tahun ini dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk. Menggalas status sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) sejak 18 tahun yang lalu, YB Ras Adiba menerima PMW, satu daripada Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021.
“Pengurniaan ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk terus berjuang, seterusnya memperkasakan komuniti OKU dan golongan memerlukan. Ia satu anugerah yang amat saya hargai kerana ini adalah penghargaan buat komuniti OKU dan ini adalah rezeki untuk semua.
Ads
Foto: Instagram @senatorrasadibaradzi
Saya bersyukur kepada Allah SWT dan terima kasih diucapkan kepada semua terutama keluarga dan sahabat yang sentiasa menyokong dan mendoakan saya,” katanya kepada BERNAMA.
*Rebut peluang membeli-belah pada tarikh cantik ini, 2.2!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terujanya hendak sambut Hari Raya dengan ketuhar dari Panasonic, Cubie Oven! Bukan saja tertarik dengan rekaan ketuhar serba moden dan compact, lebih istimewa macam-macam juadah boleh disediakan dengan cepat dan mudah. Sebut sahaja hidangan apa yang mahu di makan dan Cubie Oven akan ‘realisasikan’ selera anda.
Cubie Oven bukan sekadar ketuhar biasa. Sekali mencubanya, anda pasti tidak mahu menggunakan perkakasan dapur lain. Diperincikan dengan teknologi canggih dan selamat, Cubie Oven ibarat kombinasi puluhan periuk pelbagai guna yang menghasilkan aneka sajian hanya dengan satu ketuhar sahaja. Daripada hidangan kukus hinggalah bakar, serahkan sahaja kepada Panasonic Cubie Oven ini.
Selain memiliki 16 butang menu automatik, ketuhar eksklusif ini direka khas dengan paparan yang lebih besar, sistem memasak lebih efisien, ruang dalaman yang luas serta dilengkapi dengan aliran haba sekata untuk proses memasak yang lebih sempurna. Dalam masa 3 minit saja, suhu ketuhar boleh mencapai 100 darjah Celsius. Tak perlu masak lama-lama!
Mudah Dibersih & Dijaga
Walau pun digunakan berkali-kali tetapi Panasonic Cubie Oven kekal terjamin dari segi kebersihan. Antara tip penjagaan yang disarankan untuk menghilangkan kotoran di ketuhar adalah seperti berikut.
Menghilangkan bau
Hidangan yang mempunyai aroma ‘kuat’ pastinya meninggalkan kesan bau kurang menyenangkan di dalam ketuhar. Apa yang perlu anda buat hanya tekan butang deodorization untuk menghilangkan bau.
Menanggalkan kotoran yang terlekat
Gunakan steam agar kotoran dan minyak yang terlekat mudah dibersihkan dengan hanya mengelap sekitar permukaan ketuhar.
Membersih takungan air
Bersihkan saluran paip yang digunakan untuk proses mengukus menggunakan air bersih dan buang lebihan air melalui drip tray.
Paling menarik, ia mempunyai fungsi sterilization yang menjadikan proses memasak lebih sihat, selamat dan dijamin bersih. Hendak cuci dan bersihkan botol bayi menggunakan Cubie Oven pun boleh.
Memasak Semudah A,B, C
Antara resipi lazat dan menyelerakan yang boleh disediakan dengan Cubie Oven adalah seperti berikut.
TUNA CROQUETTE
Bahan-bahan:
200 gram ubi kentang (direbus)
1 tin tuna
60 gram bawang Holland
1 batang daun bawang
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula
Lada putih secukup rasa
Telur
Serbuk roti
Cara membuat:
Lenyekkan kentang dan satukan tuna, bawang, daun bawang, garam, gula dan lada putih secukup rasa. Gaul semua bahan hingga sekata. Ambil adunan yang telah sebati tadi dan bentukkan bulat. Tekan adunan menjadi leper. Seterusnya, tabur sedikit tepung ke atas adunan tadi dan ratakan. Celup kepingan adunan ke dalam bancuhan telur yang siap dipukul. Kemudian, salutkan pula dengan serbuk roti. Susun adunan yang telah siap di atas dulang pembakar. Panaskan ketuhar dengan mode Healthy Fry. Akhir sekali, masak selama 25 minit atau sehingga masakan bertukar warna keemasan. Keluarkan hidangan dari ketuhar dan sedia dinikmati.
NYONYA STEAMED FISH
Bahan-bahan perap ikan:
600 gram keping ikan tuna
1/4 sudu teh lada putih
1/2 sudu teh tepung jagung
3 batang daun bawang
1 sudu besar minyak masak
Bahan-bahan A:
2 ulas bawang putih (dicencang)
2 cm halia muda (dicencang)
1 batang bunga kantan (dicencang)
5 tangkai cili padi (dihiris halus)
1 batang serai (dicencang)
3 helai daun limau (dihiris halus)
1/2 sudu teh garam
1 1/4 serbuk stok ikan bilis
2 1/4 sudu teh gula
3/4 sudu teh tepung jagung
2 1/4 sudu teh jus limau
Cara Membuat:
Potong dan bersihkan ikan. Perap ikan dengan lada putih dan tepung jagung selama 15 minit. Letakkan daun bawang dan tuang minyak masak serta ikan yang sudah siap diperap di atasnya. Sementara itu, masukkan bawang putih, halia muda, bunga kantan, cili, serai, daun limau, garam, serbuk stok ikan bilis, gula, tepung jagung dan jus limau. Kacau semua bahan hingga sebati. Seterusnya, letakkan ke atas ikan yang diperap. Masukkan ikan ke dalam ketuhar. Selaraskan butang ‘steam-high’ selama 15 minit atau sehingga ikan betul-betul masak. Apabila sudah masak, keluarkan dan sedia untuk dinikmati.
Mudah sahaja, bukan? Panasonic Cubie Oven berharga RM1, 206.60 dan boleh didapati di outlet-outlet Panasonic terpilih berhampiran anda. Selain itu anda juga boleh melayari laman www.panasonic.com. untuk maklumat lanjut dan mengikuti tawaran serta promosi terkini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Suatu ketika dulunya, wajahnya pernah tular dek seakan-akan mirip pelakon jelita, Mira Filzah. Dan kini dialah Dewi Remaja 2022. Peserta dari Sabah, Tracie Sinidol telah mengenepikan 15 lagi finalis lain sekaligus dinobatkan sebagai Dewi Remaja 2022. Menerusi kemenangan ini, Tracie Sinidol, 21 tahun, telah membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 beserta trofi.
Tempat kedua dimenangi oleh Bee Aishah, manakala tempat ketiga pula menjadi milik Kimberly Chua. Akhir sekali Alyssa Azmi pula berpuas hati di tempat keempat. Empat lagi peserta yang turut bertanding pada pentas akhir Dewi Remaja 2022 malam ini ialah Auni, Rashika, Zafira, Hyele, Dina dan Janani.
Namun siapakah sebenarnya Tracy? Jom kita rekap antara beberapa fakta menarik tentang dirinya.
Tracie Sinidol pernah tular sebelum ini apabila raut wajahnya dikaitkan dengan beberapa selebriti popular termasuklah Mira Filzah, Diana Danielle dan Angelababy.
Gadis peranakan Murut dan Dusun ini pernah dinobatkan sebagai juara pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau Tambunan.
Dengan bakatnya dalam bidang lakonan, Tracie telah menimba pengalaman menerusi projek telemovie Malaysiaku 16 September dan Budak Pasar arahan Dato Jurey Rosli.
Penyertaan dalam pencarian Dewi Remaja 2022 adalah untuk menyerlahkan lagi identiti dirinya sendiri tanpa berselindung di sebalik raut selebriti lain.
Tracie memasang impian untuk berjaya seperti juara terdahulu, Scha Alyahya yang diangkat kerana bakat dan keperibadian yang diminati ramai.
Tahniah dan selamat maju jaya NONA ucapkan kepada Tracie.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
MashaAllah, comelnya cahaya mata terbaharu Mua Bellaz! Selamat bersalin anak keempat pada 29 Julai lepas, berita kelahiran bayi jurusolek popular ini menjadi bualan ramai kerana nama yang diberikan Bella kepada si kecil ini.
Tanpa berselindung, Bella atau nama penuhnya Nabilah Zulyadaini menerusi Instagram mendedahkan nama cahaya mata keempat yang juga puteri keduanya iaitu Nur Aisywara Naelofa.
Rata-rata peminat Bellaz menganggap nama tersebut seakan-akan gabungan nama jelitawan Bollywood, Aisywarya Rai dan selebriti terkenal tanah air, Neelofa. Apa-apa pun, ramai yang memuji wajah comel Aisywara Naelofa.
Besar nanti boleh teman kakak OOTD dengan mama ya. Yey geng Muabellaz kali ni. Adik kepada Ean Yusuf. Bersalin date yang sama 29 Julai.”
Hasil perkongsian hidup bersama suami tercinta, Anuar Ahmad, Bellaz sebelum ini sudah pun mempunyai tiga orang anak iaitu Iris Arisya, Mohd Aidil Mikhail, dan Ean Yusuf.
Meniti usia 30 tahun, usahawan berasal dari Kedah ini merupakan pengasas Bellaz Beauty yang mempunyai rangkaian produk kosmetik termasuk lip matte, berus mekap dan sebagainya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siti Zuraina Majid, pelopor arkeologi negara dan penemu Perak Man, dinobatkan sebagai Tokoh Akademik Negara 2025. Ketahui perjalanan, pencapaian dan impak luar biasa beliau.