Selebriti Korea, SON YE -JIN & HYU BIN Timang Bayi Lelaki

PASANGAN selebriti Son Ye Jin dan juga Hyun Bin selamat menimang cahaya mata pertama mereka  pada 27 November lalu.

Berita kelahiran tersebut diperolehi menerusi kenyataan yang disiarkan oleh pihak agensi pasangan selebriti berkenaan.

“Memang benar Son Ye-jin bersalin hari ini. Ibu dan bayinya sihat,” kongsinya.

Kata agensinya, pelakon berusia 40 tahun itu sepatutnya bersalin pada awal Disember namun anaknya terpaksa dilahirkan lebih awal dari tarikh sepatutnya.

Melalui perkongsian Hyun Bin di laman Instagram miliknya, pasangan tersebut memuat naik sekeping foto sempena majlis gender reveal  yang menunjukkan pasangan tersebut bakal menimang cahaya mata lelaki.

Terdahulu, Son Ye Jin pernah berkongsi berita gembira tentang kehamilannya di Instagram pada Jun lalu. Aktres ini pada awalnya memberitahu dia berasakan terdapat perubahan pada tubuh badannya sehinggalah disahkan hamil.

Bintang Crash Landing on You itu juga dikatakan sedang berpantang di sebuah pusat jagaan yang terletak di Yeoksam-dong, Seoul.

Bagaimanapun, menerusi tinjauan media sosial pasangan selebriti ini belum lagi mendedahkan nama mahupun wajah anak mereka kepada para peminat.

Untuk rekod pasangan ini berkahwin pada 31 Mac lalu di sebuah majlis tertutup berikutan penularan Covid-19. Pasangan ini dikatakan menjalinkan hubungan cinta selepas Crash Landing On You tamat siaran pada Mac 2020 namun mendedahkan kepada umum pada awal tahun 2021.

Untuk rekod, pasangan romantik ini telah mengumumkan hubungan mereka secara rasmi pada awal Januari tahun ini. Hyun Bin dan Son Ye Jin  melangsungkan perkahwinan pada Mac lalu dan majlis diadakan secara tertutup kerana pandemik Covid-19.

IKLAN
Share